Resepi daging bakar western ini guna dua bahan perapan. Cuma garam dan lada hitam. Panggang pun atas kuali pemanggang Ikea tu, masak atas dapur gas.
Sebabnya saya tak reti nak guna setting microwave kat rumah ni. Oven pun takde lagi. Jadi, panggang daging ikut style omputih je.
Hasilnya resepi daging bakar ni tetap juicy, dan masih dalam keadaan medium rare. Lembut dan kekal rasa daging bakar yang sedap. Tapi nak dapatkan hasil yang macam gini, kena ada aturannya.
Hadamkan tips daging bakar lembut ni ya. Tapi tak semua daging jadi.
Cara Saya Masak Resepi Daging Bakar Ala Western, Medium Rare
- En Yem beli daging jenis steak yang jual di Pasaraya Lulu. Harganya anggaran RM15++. Saiz anggaran besar tapak tangan. Masih berbaloi sebab kongsi 5 orang makan.
- Pernah guna daging tempatan biasa, bukan jenis steak. Menjadi juga medium rare tu, cuma bentuk dagingnya tak cantik.
- Pada sayalah, bakar daging tak boleh overcooked nanti dia liat dan keras semacam (ikut pengalaman sendiri).
INFO : Antara cara perap daging bakar supaya lembut adalah dengan memilih daging jenis steak yang betul. Daging steak ini kalau tak perap semalaman dan cuma tabur garam, lada hitam pun dah lembut dagingnya.
Jika menggunakan daging tempatan, cara bagi daging bakar lembut seeloknya peraplah daging grill dengan rempahnya. Masukkan sedikit minyak zaitun (olive oil). Kalau takde minyak sawit pun ok. Letak dalam ziplock dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
Begini Cara Panggang Daging Steak
- Memula basuhlah daging tu. Toskan.
- Lepas tu, ambil tisu dapur tu tekan-tekan dekat daging. Tekan lembut je, nak bagi air daging tu takde. Tapi saya buat sekejap je. Sebab nak cepat.
- Lumurkanlah daging dengan garam dan lada hitam yang dah tumbuk.
- Panaskan kuali pemanggang dengan mentega/butter campur olive oil.
- Agak dah mencair, masukkan daging tadi.
- Lepas tu masukkan bawang putih yang dah kupas tu. Saya letak dua ketul je.
- Nak jadikan menu daging panggang ini lagi sedap, masukkan rosemary. Kalau tak ada herba rosemary, bawang putih je pun ok dah.
- Cara grill daging ni, guna api sederhana je. Biarkan je daging bakar tu. Cuma sesekali siramkan lebihan minyak tu kat tepi-tepi daging panggang tu.
- Bila bawah tu dah terpanggang dengan baik, balikkan daging bakar. Buat cara yang sama macam tip kat atas tu.
- Tak perlu nak golek-golek daging banyak kali atau tekan-tekan daging panggang tu dalam pan bakar daging.
- Matikan api. Beginilah cara buat daging bakar lembut style saya.
- Angkat letak atas papan pemotong, hiris ikut saiz mudah makan.
- Jangan panik, kalau air jus daging tu keluar. Memang macam tu pun.
- Nanti angkatlah daging bakar tu, letak atas pinggan.
- Alhamdulillah, menjadi juga cara buat daging steak lembut ni.
Cara panggang daging yang dikongsikan ini sebenarnya boleh juga dipraktikkan untuk memanggang daging bakar harimau menangis, mahu pun resepi daging bakar lain yang anda beli siap berempah itu.
Saya kongsikan juga cara masak steak daging well done yang simple di blog ini.
Sos Simple Untuk Resepi Daging Bakar Lembut Guna Heinz BBQ Je
- Pemanggang tadi akan ada sisa-sisa lemak daging yang bertukar jadi minyakkan. Saya tak buang, saya masukkan sos Heinz BBQ (kebetulan ada stok kat rumah ni).
- Campur air sikit, kacau-kacau kan jadilah sos pencicah sedap untuk daging grill lembut tu. Makan pulak panas-panas.
- Bau Tony Roma’s kau. Fefeeling sangat makan daging panggang mahal.
Baca : Kerabu daging mentah ala resepi Kak Engku
Cara Nak Dapatkan Telur Goreng Macam Ni
- Bila dah cedok keluar sos tu, saya tak basuh pun kuali tu.
- Saya basuh telur 5 biji. Pecahkan setiap satu atas kuali pemanggang tu.
- Kecikkan api paling perlahan.
- Biarkan telur tu masak. Dapatlah tekstur kat atas tu.
- Macam telur dalam citer masak-masak Korea kan.
Resepi Coleslow Paling Mudah
- Kebetulan kat rumah ini ada kobis lebihan bulan puasa hari tu.
- Minta Mirza potong kubis kecik-kecik, halus-halus. Tapi tak halus mana pun.. hahaha.
- Patutnya ada lobak merah dan mayonis. Tapi dua bahan ni takde.
- Kita olah ikut sukalah.
- Masukkan jus lemon skit, creamer kering (kalau takde susu tepung pun boleh), gula, sos thousand island (ni pun tinggal sikit). Saya masukkan jugak olive oil. Belasahan sangat kan resepi ni.
Di sini saya share resepi coleslaw KFC yang lengkap.
Ayam Goreng Ni Rasa Macam Ayam Gunting
- Last sekali goreng ayam.
- Guna ayam bahagian dada atau yang isi je. Potong nipis-nipis. Toskan.
- Tepung bestari garlic tu. Campur sikit serbuk cili babas. Gaul sebati dengan air.
- Masukkan ayam. Biar dalam 30 minit.
- Tepung bestari garlic masukkan dalam pinggan, campur serbuk roti color oren yang halus tu. Boleh beli kat NSK semua ini.
- Masa nak goreng, ayam perapan tadi golek-golek atas pinggang berisi tepung dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas.
- Mula-mula bayangkan rasa dia macam ayam KFC tu, tapi bila dah jadi rasa macam ayam gunting yang beli kat pasar malam tu.. sedap!
Buat Sendiri Resepi Daging Bakar Ala Western Lebih Jimat
Okay, semua proses nak memasak bahan-bahan atas ni tak ambil masa yang lama pun, sebab dari daging panggang sampai ke gorengan telur tu guna grill pan ikea yang sama je.
Kecuali nak goreng ayam tulah lama juga, sebab banyakkan.
Bila kita tahu cara buat daging grill gaya omputih ini, dalam musim-musim PKP ni beruntung sebenarnya. Sebab semua boleh buat sendiri dengan kos yang kita sendiri boleh kawal.
Kalau makan kat luar tu mau dekat ratus juga tu. Bila buat sendiri, bahan masak pun boleh guna banyak kali. Dan macam yang pernah saya sebut sebelum ini, sedap itu subjektif.
Baca juga : Pertama kali guna periuk cast iron
Lagi pun kita yang masak, kita yang makan. Sedap ke tak kita yang rasa. Boleh je olah, ikut citarasa keluarga.
Sebabnya, kalau saya masak di rumah mak abah ikut gaya saya memang mak abah tak makan punya. Hahaha.. mak cara masaknya kena lembut betul, sebab abah dah takde gigi. Kadang itu, mak masak asing khas untuk abah.
Sampai kat anak dia.. campak-campak je! Adeh.
Tahap Memanggang Steak
CUBA RESIPI LAIN : - Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja - Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat - Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC - Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi - Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer - Mudahnya masak rendang ayam, campak-campak jadi
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
- Info Ibu Hamil : https://t.me/ibuhamilmalaysia
- Telegram Info Resepi : https://t.me/ResepiKampungku
- Info Motivasi : https://t.me/katasemangathidup
- Malaysia Blogger Influencer & Content Writer : https://t.me/bloggersmalaysia
Western style. Dah lama tak makan steak. Resepi mudah dibuat. Ikut rasa kita je kalau nak letak bahan apa kan. Boleh try next time.
Teringin nak mkn steak ala western gitu. Terima kasih atas tips yg dikongsi…
hadoi sedapnya. tekun aida baca bab panggang daging tu.
kebetulan, ada sekeping daging aida beli kan mydin kelmarin.
teringin nyer nak buat. tak pernah buat gini tau.
tapi tu la, sekeping je ada, tak cukup! nampak sedap tu.
kena beli lebih lenkali 🙂
tq ekk for sharing. beri aida idea nak masak pe nanti these few days.
weekend nie nak makan daging jugak lah…
ya Allah, sedapnya. kaella nak try jugak ni
Yealah lama tak guna pemanggang ajaib sy tu,, nanti nak buat juga masak style western macam yang dikongsikan ni, nampak sedap!
Semua nampak sedap..simple dan senang cara penyediaan pun. Nanti nak follow la tips dan resepi ni.
lemah tengok daging.. tengok je nak makan.. tengok je nak makan..ehehhe