Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC

Rahsia Kentang Putar Gebu ‘Creamy’, Guna Cream Cheese

Buat kentang putar gebu ini mudah sebenarnya. Bahannya kena betul, barulah ‘mashed potato’ yang dibayangkan rasa ‘creamy’ setanding malah lebih sedap dari KFC.

Kebetulan dekat rumah ini ada kentang dan ubi kemili yang mak bagi. Bila tiap hari berbuka puasa dengan nasi, lama-lama bosan pula.

Beritahu anak-anak, “hari ini kita makan western ya.

Maka, meng-gooogle-lah cara buat kentang putar sedap. Macam-macam idea resipi kentang putar yang ada. Rata-rata nak bagi sama rasa dengan kentang putar KFC tu.

Bahan-bahannya mana ada dalam peti ais ini. Bawa keluar, kita campak-campak dalam masakan. Kadangkan, resepi campak-campak itu yang sedapnya.

Itu yang terhasilnya resepi mashed potato creamy ini.

Kentang Putar Gebu

Sebenarnya, kita boleh je buat kentang putar homemade yang sedap. Asalkan penggunaan bahannya betul.

Kebetulan, hari tu terbeli cream cheese di Lulu Setia Alam. Nak kata untuk buat kek ke krim tak jugak. Sebabnya bukan reti baking pun. Just beli untuk rasa bahagia. Boleh gitu?

Jadinya carilah pulak resepi omputih kot terjumpa cara nak guna cream cheese dalam resipi kentang putar. Yeay! Jumpalah.

Macam biasalah, ku memang tak ikut sukatan kan.

Olahlah sendiri ikut kesesuaian.

pokok-ubi-kemili

Ubi Kemili Mak Tanam

Masa ini pokok ibu kemili ni masih kecil lagi. Bila dah matang merimbun, seronok nengoknya. Pokok ni tanam dari batangnya, mak beli dekat Wak Mujer. Pokok atas sekali tu salad.

Agak pahit rasa dia. Benih pokok salad ni mak beli dekat kedai RM2.

Dalam proses pembuatan kentang putar gebu ini saya campur ubi kemili sebab nak bagi habis ubi kemili yang mak bagi. Dia tanam banyak betul di kebun.

Cara tanam ubi kemili ini, mak cucuk saja batangnya pada tanah bakar. Alhamdulillah, menjadi ubinya.

Mana yang tak tahu rupa pokok ubi kemili, sila rujuk gambar atas ini. Ubi kemili ni rebus dengan air campur garam, dah empuk makan gitu saja pun sedap.

Jadilah resepi ubi kemili rebus. Sedap lemak rasanya.

Tapi budak-budak ini tak berapa suka sangat ubi kemili rebus nampaknya. Mungkin sebab ubi tu ada sejenis rasa yang unik.

Baca : Kentang ikan bilis bercili tumis garing

Kentang Putar Terbaik Guna Kentang Russet

Resipi mashed potato cheese saya ini, guna kentang biasa yang jual kat pasaran tu. Plus ubi kemili mak bagi.

Cuma, dari pembacaan sebelum-sebelum ini, menyatakan kentang russet lah paling bagus untuk buat kentang putar yang sedap.

Sebab,

  • Ia sejenis kentang yang lembut dengan tekstur yang ringan dan lembut.
  • Kulitnya jadi kenyal apabila dimasak. Senang nak kupas kulit kentang selepas direbus nanti. Sesuai untuk dibakar, lenyek dan panggang.
  • Kentang russet juga menjadikan kentang lenyek anda lebih gebu dan lebih berperisa.
Begini rupa kentang russet tu.

Tapi kalau dah takde, pakailah kentang apa pun. Yang penting, air tangan tu.. Chewah!

Maka, saya pakai sajalah lebihan kentang yang ada kat rumah ini. Rasanya sedap juga ikut tekak kami anak beranak.

Update : Cadangan saya, gunalah kentang russet untuk buat kentang putar ini. Selepas saya mencuba guna kentang russet. Tekstur kentang putar jadi lebih padat dan berperisa. 

Resepi Kentang Putar Cheese Yang Sedap

Okay, boleh ikut step bergambar ini ya. Semoga bermanfaat.

Bahan-bahan
  • Kentang
  • Cream cheese tatura – jenama lain pun boleh
  • Mentega buttercup – brand lain pun boleh
  • Susu penuh krim Goodday – brand lain pun boleh
  • Lada hitam
  • Sedikit garam

Buat Kentang Putar Gebu Cara Saya

Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC

Cuci kentang bersih-bersih. Ubi kemili tu agak payah jugalah nak bagi bersih. Last-last ku sental guna pencuci pinggan yang kasar tu.. hahaha.

Sebab nanti nak rebus kentang ni dengan kulit-kulitnya.

Ada yang kata sebaiknya buang kulit dulu. Ini salah satu cara membuat kentang putar jadi lagi sedap.


Tapi saya tak nak ambil masa mengupas kentang (macam letih je.. puasa kan). Akhirnya kentang dan ubi kemili rebus je dengan kulit-kulitnya.

Nanti bila dah empuk, lebih laju untuk saya kupas kulit kentang yang dah masak tu.

Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC

Masukkan air dan garam dalam periuk. Hidupkan api dan rebuslah.

Bila dah empuk, nak kupas kulit kentang ini jadi lebih mudah. Cuma panas sikitlah.

Nanti bila dah siap kupas tu, cepat-cepatlah mashed kan dia.

Memula Lenyekkan Pakai Pemutar Telur Dulu

Lenyek sampai lembut. Disebabkan ubi kemili ini tak selembut kentang besar itu, dia ada lagi tekstur ketul-ketul halus.

Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC

Lepas itu saya masukkan cream cheese dalam mashed potato ni.

Dalam 1 inci dari pek asal tu. Sukatan tepat memang tak adalah. Saya kan jenis masak agak-agak je. Kalau tak suka rasa cream cheese tu, boleh kurangkan jumlahnya.

Lepas tu, masukkan pula mentega buttercup. Patutnya cairkan dulu kat luar peti ya.

Jangan macam saya, sebab terlupa.. maka berketul-ketul, berderai lah kejadiannya. Kacau lagi. Saya guna sudip kayu je. hahaha.. tak sesuai langsung.

Kemudian, saya masukkan lada hitam tumbuk dan sedikit garam. Memandangkan saya tak rajin nak buat kuah blackpaper tu, ku buh siap-siap bagi kentang putar ni berasa terus.

Teruskan menggodek.

Dah Part Ni Lenyek Kentang Putar Gebu Pakai Senduk Kayu Pulak

Last sekali masukkan susu full cream ni. Ikut kesesuaian ya. Kalau suka kentang putar cheese yang lebih lembut, masukkanlah lebih. Kalau suka yang kental, masuk sedikit sahaja.

Kacau dan putar lagi sampai sendiri puas hati dengan tekstur dan kelembutannya.

Baca : Manisnya keledek bakar dalam oven, 45 minit masak

Resipi ini first time saya try buat. Memang creamy rasa dia. Makan kentang putar ini gitu je pun dah sedap.

Nikmati Kentang Putar Dengan Gravy Tambahan Ini

Biasa makan kentang putar KFC tu makan dengan gravy atau sos black paper kan. Sebenarnya, boleh juga jika dinikmati dengan sos cendawan macam saya cuba itu.

Sedap dan memberikan rasa lain dari yang lain.

Dalam kentang putar tu kalau nak letak bawang putih pun boleh sebenarnya. Lagi ‘kick’ rasa dia nanti.

Anda juga boleh hidang kentang lenyek dengan mentega yang dicairkan. Dan tabur daun parsley atau thyme. Pun sedap.

Cara simple buat sos blackpaper untuk kentang putar.

  • Masukkan olive oil dan butter atas pan.
  • Tumis bawang putih cincang, masukkan sedikit kicap.
  • Masukkan blackpaper dan sedikit tepung. Kalau pekat tambah air sikit.
  • Buh perasa kuib Knorr daging. Kalau kurang masin, buhlah garam sikit. Siap.

Sedang Elok Makan Pulak Dengan Dominos

Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC
Kah..kah.. kah.. tak menahan kain saprah tu. Dah macam East Meets West.

Sepatutnya buatkan sos blackpaper dia kan.. tapi saya dah tak rajin nak buat. hahaha..

Saya siramkan dengan sup cendawan-ayam pulak. Kebetulan hari ni order Dominos, jadi dapat cili flakes tu kan.. masuk sekali. Saja nak bagi rasa pedas-pedas taklah keterlaluan creamy rasa dia.

Bezakan dari resepi kentang putar KFC yang guna sos blackpaper tu.

Dengan resipi rare cara buat kentang lenyek saya ni, Haa.. dapatlah rasa kentang putar lain dari yang lain.

Buat Kentang Putar Gebu, Rasanya Lagi ‘Creamy’ Dari KFC

Sup Cendawan/Ayam Campbell Super Creamy

Ini cara mudah nak buat sup cendawan dan ayam

Bahan-bahan
  • 1 tin sos cendawan campbell
  • 1 tin sos cendawan+ayam campbell
  • 2 ulas barang putih – cencang
  • 2 sudu besar lada hitam (saya memang suka pedas)
  • susu penuh krim
  • cream cheese
  • Olive oil
  • mentega buttercup

Caranya,

  • Panaskan mentega buttercup dan olive oil.
  • Masukkan bawang putih dan lada hitam
  • Tuang segala sos campbell dan tambahkan air (2 tin campbell yang kita guna tu)
  • Kacau bagi tekstur sos dalam tin tu tak berketul. Guna pemutar telur tu lagi mudah.
  • Masukkan cream cheese dan susu penuh krim. (tak nak masukkan cream cheese pun takpe). Kalau ada krim masakan pakailah. Tak yah dah letak susu bagai. Saya pakai apa ada kat rumah ni je.
  • Takyah tambah garam ke apa, sebab dia dah creamy. Kacau sampai menggelegak.
  • Bolehlah tutup api.

Saya suka rasa dia sebab lagi sedap dari sup cendawan yang jual kat Pizza Hut tu.. hahaha.. ke sendiri yang perasan ni.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Kerepek pisang RARE tak buang kulit, hasilnya sedap rangup
- Kerak nasi, olah jadi bubur ala K-POP yang sedap
- Pakai serbuk, resipi daging ketumbar Dato' Rizalman tetap sedap

Leave a Reply

error: Content is protected !!