Air lemonade soda guna Sprite lagi kick | Sebelum ini, bila nak buat air lemonade ini, saya guna perasa Ais Krim Soda F&N.
Bila saya cuba dengan perasa Lemon Dan Limau Nipis Sprite, rasa air sprite ini lagi kick.
Mungkin sebab Sprite tu sendiri lebih masam berbanding ais krim soda. Tetapi, baik air Sprite atau F&N, kedua-duanya tetap sedap untuk dijadikan air lemonade soda ini.
Apa yang membezakan adalah jumlah lemon yang perlu dimasukkan jika menggunakan ais krim soda atau Sprite. Kerana, jumlahnya tak sama.
Bulan puasa ini, tak bolehlah nak buat selalu sangat. Sebab tak bagus untuk perut kita kan. Lagi-lagi waktu berbuka puasa.
Cuma, kalau dah teringin tu. Memang langgar je segala pantang larang tu. Orang kata sekali sekali. Hahaha..
Resepi Air Lemonade Soda Sprite
Bahan-bahan
- 1 botol air Sprite Lemon Dan Limau Nipis
- Sedikit lemon – tak perlu masukkan sebiji, dalam dua tiga slice ok dah.
- Serai – sebatang dua – ketuk
- Daun pudina – buhlah ikut mana suka
- Air gula – 6 sudu besar (ikut kemanisan anda nak)
Cara Membuat Resepi Air Sprite Lemon Kick Yang Sedap
- Masukkan air bergas Sprite dalam bekas air, campurkan semua bahan di atas.
- Kemudian, masukkan air gula ikut kemanisan anda nak.
- Kacau-kacau, boleh letak ais.
- Sedia untuk dinikmati.
Note : Sebab ni puasakan, jadi simpanlah dulu air sprite lemon dalam peti ais. Jika nak simpan air lemonade soda dalam peti ais, jangan letak dulu ais batu. Dekat-dekat nak minum tu barulah tambahkan.
Baca juga : Cara buat air bunga butang tak rasa rumput
P/S : Gambar utama itu saya gunakan gambar air lemonade soda dengan aiskrim soda ya. Itu gambar lama dari facebook saya. Gambar guna air Sprite lemon ni tak pulak rajin saya amik gambarnya.
Jika Guna Ais Krim Soda Sebagai Asas Air
Sekiranya anda menggunakan ais krim soda untuk buat air lemonade ini, bolehlah gunakan sebiji buah lemon untuk mendapatkan rasa lebih kick. Potong nipis, masukkan dalam air.
Anda juga boleh tambahkan dengan setin air laici dan juga asam boi.
Resepi air Sprite lemon serai saya ini basic saja. Sebab saya nak dapatkan rasa kick air tu saja. Gabungan serai, lemon, pudina tu dah cukup kuat.
Kalau tambahkan air laici dalam tin, rasanya pun jadi berbeza. Begitu juga kalau anda ikut resepi air lemonade soda menggunakan aiskrim soda. Rasanya tak sama. Boleh cuba resepi air lemon soda ini kalau teringin.
Walhal, semalam je baru saya buat untuk berbuka puasa.
Kalau nak gabungkan dengan buah-buahan lain seperti laici pun sedap juga.
Baca juga : Cara cepat cairkan santan kotak beku yang berbulan simpan dalam feezer
Beli Sprite Di Kedai RM2
Sekarang ini tak bolehlah sebut RM2 dah, sebab dengan segala jenis barang yang dah naik harga ini. Harga barang kedai dua ringgit pun dah jadi RM2.40.
Memang sedih kan bila mengenang kenaikan harga barang kat negara kita ini.
Baru ni sambil keluar bersarapan singgahlah kedai dua ringgit. Ikutkan dah lama sangat tak jejak sana. Elok pula terjumpa botol air sprite ada dijual.
Rembatlah sampai dua botol.
Dapatlah buat air kick ini. Sengaja saya buat lain sedikit resepinya. Kalau berani boleh cuba.
- Sprite satu botol
- Daun pudina (ni ambil je dari kebun mak. Alhamdulillah, subur pokoknya membesar)
- Sebatang serai – ketuk
- Separuh limau nipis – hiris kecil dan perah
- 2 biji asam boi (kebetulan ada en Yem punya)
- Separuh lada hijau besar
Haa.. berani ke tak berani nak cuba tu. Memang rare betul rasa dia. Lagi kick dari resepi yang sebelum-sebelum ini.
Sesekali mencuba sajalah. Tak boleh diamalkan hari-hari. Lagipun air bergas ini bukannya bagus untuk diamalkan selalu kan.
Panjang pula saya bercerita ini kan. Silalah cuba ya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis