Nasi ayam Thai limau nipis sedap ini sememangnya mudah nak disediakan. Olahan resepi nasi ayam thai yang terinspirasi dari salah satu resepi vlogger terkenal ‘jalan makan-makan’ Mark Wiens pernah kongsikan di blognya.
Rasa sebijik tu tidaklah, sebab ada bahan tak boleh nak dimasukkan. Ini versi viral halal punya. Paling penting bahannya senang jumpa dan senang masak.
Uniknya, cara masak nasi ayam thai viral ini ayam direbus seekor tanpa potong. Ada sedikit persamaan resepi nasi ayam thai limau nipis pun iya.
Resepi Nasi Ayam Thai Viral
Bahan untuk sup ayam :
- 1 ekor ayam – bersihkan dalamannya
- 7 akar daun ketumbar. (akar saja, daunnya simpan dulu)
- 21/2 inci halia – hiris nipis
- 1 kiub ayam knorr
- Garam secukupnya
Bahan untuk nasi ayam thai :
- 4 pot beras – basuh bersih masukkan dalam periuk nasi.
- 1 sudu besar marjerin/planta
- 2 ulas bawang putih
- 2 helai daun pandan
- Air rebusan sup ayam – masukkan dalam periuk berisi beras. Sukat ikut pot sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
- Garam secukupnya
Bahan sos nasi ayam daun ketumbar :
- Segenggam daun ketumbar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit taucu
- 1 sudu besar sos ikan
- 1/2 sudu besar kicap manis
- 5 tangkai cili – tak suka pedas boleh kurangkan
- Setengah mangkuk rebusan ayam
- Sedikit gula
- Sedikit perahan limau nipis atau jus lemon

Cara Buat Sup Ayam Thai Confirm Jadi
Ini cara siapkan air rebusan ayam seekor tanpa potong : Terlebih dulu bersihkan ayam seekor yang belum dipotong. Buang dalaman ayam seekor sehingga betul-betul bersih. Bersihkan juga bulu-bulu halus ayam.
Setelah yakin dalaman ayam telah bersih. Sedia untuk masak sup ayam thai pula.
Cara buat sup nasi ayam thai : Masukkan seekor ayam dah dibersihkan dalam periuk besar yang boleh menenggelamkannya. Kemudian, masukkan kesemua bahan untuk sup ayam (daun ketumbar, halia, kiub ayam Knorr dan garam). Rebus sehingga ayam matang sepenuhnya.
Tak mengapa air banyak, nanti air rebusan ini akan digunakan untuk masak nasi ayam dan jadikan sup serta sos nasi ayam daun ketumbar.
Saya rujuk di Youtube ini untuk cara bersihkan ayam seekor tanpa potong.
Cara Masak Nasi Ayam Thai Viral Guna Rice Cooker
Saya gunakan periuk nasi Tefal Delirice Pro, spherical bowl untuk masak nasi ayam thai viral. Siap pot beras khas untuk sukatan beras.
Cara masak nasi ayam Thai viral : masukkan bahan untuk nasi ayam thai iaitu beras, marjerin, bawang putih, daun pandan, air rebusan ayam dan garam secukupnya. Tekan periuk nasi dan tunggu nasi tanak. Konsepnya sama saja macam gunakan rice cooker yang biasa.

Sejak guna periuk nasi spherical bowl ini, saya terus jatuh cinta. Sebab macam-macam boleh buat. Misalnya, saya boleh tanak pulut tanpa berkerak dengan sekali tekan saja.
Tak perlu pun rendam dulu beras pulut. Masak nasi ayam dalam rice cooker Tefal ini pun sama jugalah. Setelah masuk bahan-bahan terus boleh tekan button on.
Cara Buat Sos Nasi Ayam Thai Daun Ketumbar Simple
- Kisar semua bahan sos nasi ayam daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang sudah disejukkan.
- Seimbangkan rasa sama ada tambah gula atau perah limau nipis lagi.
- Kalau tak suka tekstur sos kicap nasi ayam yang halus, anda boleh potong-potong saja bahan sos nasi ayam ini dan kacau sebati kesemuanya.

Info masakan : Resepi nasi ayam Thai limau nipis ala mark wiens ini sedapnya terletak pada sos kicapnya. Rasanya sos nasi ayamnya simple saja, tapi kick.
Lebihan Rebusan Ayam Jadikan Sup Cendawan
Selepas setengah mangkuk sup diambil untuk dibuat sos kicap, memang akan ada lebihan rebusan ayam sebenarnya.
Sebelum itu, keluarkan dahulu ayam seekor dari dalam kuali. Letak atas rak berjaring.
Cara Masak Sup Cendawan Ayam Thai
- 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk halus
- 1 ulas bawang putih – diketuk
- Semangkuk cendawan tiram
- Daun ketumbar – hiris
- 1/2 biji ketumbar – tumbuk halus
Cara buat sup cendawan ayam thai viral : Masukkan kesemua bahan di atas dalam air rebusan ayam yang kosong tadi. Reneh hingga cendawan masak.

Info masakan : Gambar sup atas ini, saya masukkan cendawan. Ikut masing-masinglah nak letak sayuran apa pun dalam sup tu ya. Nanti kita dan anak-anak juga yang makannya.
Cara Ini Buat Kulit Ayam Seekor Tanpa Potong Garing Di Luar
Patutlah bila nampak kedai nasi ayam Cina tu dorang gantung ayam dekat dalam cermin. Rupanya nak bagi permukaan kulit luar ayam garing.
Begini cara nak dapatkan kulit rebusan ayam thai garing di luarannya, empuk di dalamnya :
- Rebus sampai ayam betul-betul empuk. Tapi bukan hancur ya. Bila dah empuk matikan api dapur gas tu.
- Angkat ayam dan letak dalam bekas berjaring. Pastikan bawahnya berlapik. Nanti air rebusan pada ayam tu akan jatuh ke bawah.
Teknik ini akan buatkan ayam seekor tadi garing pada kulit luarnya. Nanti bila nak dinikmati, cuma perlu siat-siat saja ayam itu. Haa.. barulah isi ayam juicy seakan resepi ayam stim Chicken Rice Shop.

Terbukti Ini Cara Masak Nasi Ayam Thai Paling Mudah
Sekiranya anda suka dengan bau daun ketumbar, tentu anda akan menggemari masakan ini. Kerana, dalam resipi nasi ayam thai simple ini juga menggunakan banyak daun ketumbar.
Malah, cara masak nasi ayam ini juga lebih mudah.
Untuk menyediakan nasi ayam Thai viral gaya Mark Wiens versi halal ini ada 4 langkah kesemuanya. Walaupun nampak panjang stepnya.
Sebenarnya, bila dah buat depan mata. Teramatlah mudah. Bagi saya inilah resepi nasi ayam thai limau nipis paling senang nak di masak.
Sebab itulah, saya tak jemu nak buat.
Anak-anak pun kerap kali request resepi nasi ayam thai limau nipis ini. Rasanya unik dan berbeza daripada nasi ayam viral yang pernah dimakan atau dibeli. Mudah kata, ringkas saja rasanya.
Autentik gitu dia punya rasa. Sedap pun sedap.

Nak bagi seimbang, tambahkan sayuran, salad dan tomato sewaktu menghidang. Kalau tak ada bahan-bahan dapur itu pun tak apa.
Makan nasi ayam thai ni gitu je pun dah sedap amat. Dia punya feel tu macam resepi nasi ayam Hainan Chicken Rice Shop.
Nampak tak.. berapa kali sedap entah saya dok ulang ini. Sebab nak bagitau, rasanya memang sedap.
Disclaimer : Jangan pelik tau tengok gambar macam tak syncro. Tu dah siri ke berapa kali ntah saya masak nasi ayam ini. Nak ambil gambar step by step asyik terlupa sokmo.
Selamat mencuba!
Baca juga :
- Maggi goreng mamak resepi ala Sheila Rusly
- Cara siang ikan banyak tulang, mudah makan
- Masak Nasi Lemak Dalam Periuk Spherical Bowl Tefal
- Resepi Sup Ayam Mak Jemah, Bahannya Ringkas Tapi Signifikan
Follow Fanpage Facebook saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Sedapnya masakan ni.
dan lagi sedap kalau ada yg tolong masakkan 🙂
Part tolong masakkan tu pun suka nak dengar juga.. hihi
Sedapnya nasi ayam..macam2 cara kan nak masak nasi ayam. Lama tak tengok video Mark Weins, seronok kalau tengok dia makan, bersungguh..
Kan.. dengan kita-kita melayan cara dia makan sambil sengih-sengih tu..
huhu nampak sedap pula nasi ayam dia
silalah cuba nanti ya.. hihi
Sedapnya, nanti nak cuba lah
sila.. sila kak..
Wah sedap nye ….
sebab zarif suka sangatlah ibu masak..