Sambal belacan ini pelengkap hidangan. Paling penting cara buat sambal belacan itu. Kena ada bahan rahsia iaitu asam jawa. Seimbangkan rasa pedas cili.
Asam Jawa ini bukan sekadar jadi penyedap dan buatkan sambal belacan jadi padu teruk. Malah, asam jawa juga berfungsi untuk bagi sambal belacan tahan lama bila di simpan.
Saya kongsikan resepi pelengkap hidangan yang pernah dibuat. Makan dengan ulam, nasi panas-panas. Memang hasilnya sedap lagi padu. Buatkan saya sayang nak habiskan.
Resepi Sambal Belacan Padu
Durasi memasak : 20 minit
Bahan-bahan
- 4 cili merah besar
- 4 cili hijau besar
- 7/8 cili merah thai
- 1 biji bawang merah (saiz kecil je)
- 2 inci belacan batu laut (belacan hitam) – bakar dulu
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- Garam
- Gula
- Air masak (jangan banyak, janji dapat jalankan blender)
Cara-cara Buat Sambal Padu
- Kisar kesemua bahan, cili merah besar, cili hijau besar, cili merah thai, bawang merah, belacan hitam, pes asam jawa, gula dan garam secukupnya.
- Setelah halus bahan sambal dikisar, bolehlah masukkan bekas. Simpan dalam peti sejuk.
- Bila nak makan dengan lauk atau ulam kegemaran, bolehlah ceduk sambal dengan sudu yang bersih.
Info Masakan : Cara Buat Sambal Belacan Pedas Lagi Padu
Sambal ini sememangnya pedas dan padu. Jika disimpan dengan cara yang betul. Iaitu guna bekas bersih dan cara pengambilan yang betul, sambal boleh tahan sampai 2 minggu.
Resepi Sambal Belacan Sedap
Bahan-bahan
- 4 cili merah besar
- 3 cili padi hijau
- 11/2 inci belacan – dibakar
- 1 bawang putih
- Sedikit pes asam jawa Adabi
- 1 biji limau kasturi
- Gula, garam, perasa
Cara Buat Sambal Belacan
- Tumbuk bahan sambal; cili besar, cili padi hijau, belacan bakar, bawang putih, pes asam jawa, gula, garam, perasa secukupnya.
- Bila dah lumat bolehlah perahkan jus limau kasturi di atasnya.
- Gaul sebati.
- Sementara itu, boleh rebus ikan dengan asam keping dan garam. Bila ikan dah masak. Ambil isi ikan dan campurkan dalam sambal belacan tadi. Boleh masukkan sedikit air rebusan ikan, untuk beri tekstur lembut pada sambal.
Asal Usul
Menu sampingan ini dalam masyarakat negara ini sudah wujud sejak berabad-abad lamanya. Dikatakan dahulu belacan ini dibawa oleh pedagang asing di rantau ini. Belacan itu sendiri dibuat daripada udang yang difermentasi atau diperam.
Hasil pemeraman itulah yang memberikan rasa dan aroma yang unik kepada belacan sekaligus sambal yang dihasilkan.
Bahan utama dalam pembuatan sambal yang sedap, tentunya perlu ada belacan, cili merah, bawang merah dan bawang putih, gula dan garam. Setiapnya ada fungsinya.
- Belacan : Ia adalah bahan asas yang memberi hidangan ini cita rasa yang kuat dan unik. Belacan yang dibakar akan menghasilkan aroma yang lebih enak dan mengurangkan bau tengik padanya.
- Cili merah : Membuat hidangan ini pedas dan berwarna merah menyala.
- Bawang merah dan bawang putih: Memberi hidangan itu rasa manis dan bau harum.
- Gula dan garam : Meningkatkan keseimbangan rasa dalam sambal belacan.
- Asam Jawa : Seimbangkan rasa pedas sambal. Sekaligus buatkan sambal tahan lebih lama.
Sambal yang sedap apabila ditumbuk dalam batu lesung. Ini kerana, lesung batu mengekalkan rasa semulajadi pada bahan masakan.
Malah, memberikan tekstur yang sedikit kasar dan terasa sedapnya bila dikunyah di mulut.
Kadangkala saya rujuk juga resepi sambal belacan padu Che Nom untuk dapatkan idea menghasilkan sambal belacan yang sedap.
Baca juga : resepi sup tulang
Variasi Sambal Yang Ada
Selain sambal yang asas ini, ada bermacam jenis sambal yang boleh dibuat dengan menggunakan bahan asas sambal ini. Antaranya adalah
- Sambal dengan limau : Menambahkan perasaan segar dengan perasan limau.
- Sambal dengan petai : Menambahkan kelezatan dengan petai yang gurih.
- Sambal mangga : Campuran mangga yang manis dan sambal yang pedas.
- Sambal kuinin : Buah kuinin mempunyai rasa yang unik dan harum. Membuatkan sambal jadi lebih enak ketika dinikmati dan ada rasa manis pahit semulajadi.
- sambal belacan tumbuk : Ini guna dua bahan saja iaitu cili padi hijau dan belacan. Memang padu rasa dia.
- sambal belacan kencur bersantan : Aroma daun cekur buatkan sambal mempunyai rasa unik.
Kesimpulan
Sambal belacan adalah penanda penting dalam masakan Malaysia dan budaya Melayu. Dengan asal usul yang kaya dan rasa yang unik, ia merupakan hidangan yang tidak boleh dilupakan. Mari mencuba membuat sambal belacan sendiri di rumah dan nikmati cita rasanya yang memukau.