kilat-bersihkan-kuali-stainless-steel

Begini Cara Mudah Bersihkan Kuali Stainless Steel Hangus Berkarat

Kuali Stainless Steel ini kalau betul cara jaganya, dikatakan boleh sampai berpuluh tahun ketahanannya dan kilatnya. Periuk atau kuali dari jenis material keluli tahan karat ini agak berat, namun mudahkan kerja-kerja memasak.

Macam mana cara nak pastikan permukaan kuali stainless steel ini tetap berkilat walaupun selepas membuat kerja-kerja memasak. Saya sendiri berdepan kesukaran untuk pastikan periuk ini mantain bersinar-sinar (pada awalnya).

Bulan lepas, saya saya beli kuali menggoreng Sensuell dari IKEA. Dah lama teringin (baca belas tahun) nak ada kuali dari jenis stainless steel ini, barulah direzekikan mendapat.

Harganya dalam RM179 dan ada jaminan 25 tahun. Bermakna kuali tahan karat ini boleh berkilat selama itulah kan.

kuali-stainless-steel
Kredit foto : Ikea

Selepas Seminggu Guna Kuali Stainless Steel

Selepas seminggu penggunaan, permukaannya masih lagi berkilat. Tapi satu kesilapan (besarlah jugak) yang saya terbuat, saya cuci kuali ini dengan penyental periuk kuali besi yang kasar tu. Walaupun putarannya lembut je, ia tetap mencalarkan beberapa permukaannya.

Sebab itu, disarankan cara guna kuali baru jenis tahan karat ini, elakkan pakai senduk atau sudip besi semasa memasak. Boleh sebabkan calar pada permukaannya.

Jagalah dengan sebaiknya. Bila dah nampak berkarat itu, buang sajalah ya. Tentu-tentu bahaya kuali berkarat ini. Tak perlu nak sayang-sayang.

Haa.. satu lagi, jangan sesekali basuh guna cecair kimia, berasid, lemon, cuka ke baking soda. Segala makneka tu semua boleh sebabkan permukaan kuali tahan karat ni tak berkilat dah.

Masuk minggu seterusnya, saya pelik kenapa kuali ini jadi bercapuk macam karat di sesetengah tempat. Nampak macam kuali hangus pun iya.

Puaslah basuh dengan pencuci sunlight (masa ini dah tak guna penyental). Tetap tak mahunya hilang.

Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja.

Cara Betul Cuci, Bersihkan Kuali Keluli Tahan Karat

Rupanya ada cara betul macam mana nak pastikan periuk stainless steel kita kekal berkilat. Mudah sungguh rupanya.

Cuma kita perlu sabar je. Tak perlu tergesa-gesa nak cuci terus selepas memasak.

Rendam Dulu Kuali Tahan Karat

kuali-stainless-steel-berkarat

Sebaik selesai memasak, jangan terus cuci. Rendam dulu periuk dengan air. Biarkan lah sejam dua macam tu.

  • Bila dah terendam, cucilah ya.
  • Buang air yang ada dekat kuali tu.

Lumur Sabun Pes Di Permukaan Kuali Berkarat

guna-pes-sabun-kilatkan-kuali-stainless-steel

Ambil pencuci jenis pes macam Axion tu. Letaklah pes sabun tu dekat permukaan kuali. Saya guna brand Labour yang beli di kedai RM2. Memang simpan stok untuk projek cuci lesung.

Tak sangka pencuci pes pinggan mangkuk berguna untuk cuci periuk stainless steel.

nettyahhiyer.com

Ikut tip yang saya baca kena guna span hijau tu. Sayangnya dekat rumah ini tak ada. Yang ada span biasa basuh pinggan. Takpe, saya pakai je yang ada depan mata.

Gosok lembut je dua tiga round. Lepas tu cuci stainless steel bersih-bersih.

Guna Tisu Lembut Lap Bagi Kering

kilatkan-kuali-stainless-steel

Selesai cuci tu, saya lap permukaannya dengan tisu dapur. Sampai kering ya. Boleh juga lap guna kain yang bersih.

Hasilnya Kuali Stainless Steel Berkilat Merelit

kuali-stainless-steel-berkilat

Tara! memang cara kilatkan stainless steel ini berkesan kan. Berkilat balik! Cuma saya perasan ada beberapa permukaan masih ada kesan karat. Kira menjadilah cara kilatkan stainless steel macam ni.

Jadi, saya akan cuci semula lah nanti. Gunakan teknik yang sama. Makna kata, pes tu kenalah guna banyak sikit. Dan gosok lebih sikit pada spot yang ada kesan karat tu.

Guna Soda Bikarbonat Bersihkan Kuali Stainless Steel Berkarat

Selepas hampir setahun penggunaan, kuali stainless steel saya ini mengalami kesan karat dan hangus di bahagian tepinya.

Ada masa, bila dah habis masak saya terlupa nak season kuali atau periuk stainless steel yang saya ada di rumah.. hahaha. Itu yang berkarat sana sini.

Saya ingat periuk cast iron saja kena season, rupanya kuali jenis besi keluli tahan karat pun kena season juga.

Caranya;

  • Isikan air dalam kuali. Panaskan kuali berisi air atas api dapur.
  • Masukkan sejumlah soda bikarbonat. Kalau masuk banyak lagi baguslah.
  • Biarkan dia menggelegak. Tapi jangan sampai kering pula. Agak-agak mendidih tu tutuplah api.
  • Angkat letaklah kat tempat yang selamat dan gosoklah permukaan berkarat tu dengan span hijau (scotch brite tu).
  • Hati-hati, panaskan.. jadi saya gunakan sudu untuk gosokkan dia. Bila dah suam sikit baru saya gosok span hijau tu guna tangan.
  • Itu untuk cuci di bahagian dalam kuali. Kalau nak cuci seluruh kuali, kena rebus kuali tu dalam air soda bikarbonat menggunakan periuk yang lebih besar dari dari saiz kuali.
  • Ikut langkah saya terang di atas. InsyaAllah, hasilnya kembali berkilat macam baru beli.

Tip Ekstra!
Cara Pastikan Kuali Stainless Steel Itu Original

Haa.. tip ini saya dapat waktu pergi ke ekspo MyHome Home Exhibition di Starling Mall. Adik penjual ini sebenarnya jual dapur induction, dalam pada itu dia tunjuklah kelebihan periuk stainless steel keluaran syarikat tu bila guna atas dapur itu.

Seronok betul dengar dia bagi demo. Cuma nak membeli dapur tu kena lah fikir ribu kali. RM4000++ regenya. Gulp!

Takpe, kita doa je moga suatu hari nanti tuhan hadiahkan. Aminnn!
Berbalik pada cara nak tahu kuali stainless steel kita tu ori atau tidak.

Caranya : Keluarkan ais dari peti sejuk. Letakkan dalam kuali stainless steel kita tu. Kalau cepat kadar cairnya. Originallah tu.

Macam saya pulak, boleh saja masak pakai periuk atau kuali apa pun. Taklah kena ada jenis stainless steel ke staub ke le creuset ke shogun ke baru boleh masakan jadi sedap menyengat. Kuali lejen beli kat pasaraya Meru tu pun best je buat masak. Lagi lama guna lagi best sebenarnya.

Cuma, sebagai ‘orang dapur’ kita tetap ada keinginan nak simpan, guna kuali yang level-level chef omputih tu. Hahaha.. jadi caranya, menabunglah demi periuk idaman. Biar bertahun, asalkan dapat.

Haa.. dah hadamkan cara bersihkan stainless steel kat atas tu. Semoga info cara cuci stainless steel ini memberi manfaat untuk anda ya.

Di sini saya kongsi cara tabungan pulak. Sedikit seram tapi membahagiakan.

3 Comments

  1. sii nurul July 14, 2021
  2. Mrs. A March 23, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!