sup-daging-tetel

Resepi Campak-campak Sup Daging Tetel Simple

Sup daging tetel simple versi mudah ini saya main campak-campak saja resepinya. Kalau nak tahu, daging tetel banyak lelemak daging yang pejal.

Sebab tetel itu sendiri bermaksud daging lembut yang bercampur urat, tulang, lemak biasa malah lemak harimau menangis.

Kalau kena cara, atau pandai pilih, memang dapatlah daging tetel yang lembut dan enak sebaik dimasak. Jika tersalah pilih, boleh dapat daging tetel yang keras sungguh.

Sebelum ini saya pernah juga buat daging tetel masak asam pedas. Sayangnya resepi ini, tak sempat lagi saya share di blog ini.

Cuma resepi ikan masak asam pedas Melaka Klebang saja yang sempat saya kongsikan.

Terus terang saya beritahu sekali lagi, ini adalah resepi sup daging tetel campak-campak. Memang bahan-bahan tu mana yang ada depan mata dan mana bahan yang ada dalam simpanan peti ais saja.

Tidaklah ikut jurus permasakan membuat sup yang selalu orang buat. Sebab tu nama dia campak-campak.

Tapi, hasilnya tetap wow! Bagi sayalah.. hahaha.

Bahan-bahan Sup Daging Tetel

  • Semangkuk daging tetel – potong dan cuci bersih
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • Cili padi – ikutlah nak pedas mana
  • 2 biji tomato – belah
  • Sedikit biji ketumbar (setengah sudu kecil)
  • Sedikit sos ikan
  • Daun ketumbar – masukkan juga akarnya
  • Sedikit lada hitam – tumbuk
  • Garam, perasa knorr
  • *Seinci halia – macam saya ni halia kebetulan kat rumah habis. Jadi, tak masukkan.
sup-daging-tetel

Cara Membuat Resepi Sup Daging Tetel Simple

  1. Rebus dahulu daging tetel sampai empuk.
  2. Sementara itu, goreng bawang putih dan bawang merah yang dihiris sampai naik bau harum.
  3. Bila daging tetel tu dah hampir empuk, masukkan biji ketumbar, lada hitam, akar ketumbar, halia (jika ada), kayu manis, bunga lawang.
  4. Biarkan ia mereneh.
  5. Kemudian, bila dah betul-betul empuk masukkan sos ikan, bawang gorengan tadi, tomato, cili padi.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa (ni optional).
  7. Dah puas hati dengan rasa tu, tomato pun dah matang, masukkan daun ketumbar.
  8. Kacau kejap, tutuplah api. Siap.
sup-daging-tetel

Daging Tetel Sedap Masak Apa

Semudah itu saja membuat sup daging tetel ini. Mungkin yang renyahnya nak tumis bebawang itulah.

Walaupun versi campak-campak, rasanya tetap walla. Makan sup daging tetel dengan nasi panas-panas.

Kalau rajin buatlah sambal kicap nya.

Sup tetel ini, makan dengan roti keping gardenia tu pun sedap juga. Atau hirup sup daging tetel macam tu je. Buat masa ini saya cuma pernah cuba resepi masak asam pedas tetel simple saja.

Kebiasaannya, daging tetel ini dibuat masak asam pedas. Katanya, kalau dimasak lemak cili api pun sedap juga. Cuma masak lemak tetel ini, saya belum pernah cuba.

Baca : Daging bakar jadi lembut, bakar ala Western

Sebab apa orang kata daging tetel ini sedap, sebab dari maksudnya tetelan itu ada banyak campuran lemak padanya.

Ada juga yang beri pesanan, ‘jangan makan banyak sangat.’

Betullah tu.. kan banyak lemak kat daging tetel itu. Lagi-lagi orang ada penyakit darah tinggi macam saya ini. Mau nya bacaan mencapai langit ketujuh nanti.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:,

10 Comments

  1. SR July 18, 2022
  2. Maizan July 19, 2022
  3. Naili UmmiTersenyum July 19, 2022
  4. Siennylovesdrawing July 19, 2022
  5. nettyahhiyer July 19, 2022
  6. azni July 19, 2022
    • Marina July 19, 2022
  7. Maria Firdz July 19, 2022
  8. Shida Rahmat July 20, 2022
  9. ZAIDALIFAH HUSSIN July 20, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!