PKP sambung lagi! Tak berakhir 28 Jun ini. Kata Pak Menteri, selagi kes Covid-19 belum kurang 4000 kes, Fasa 1 PKP 3.0 ini akan diteruskan.
Terbaru kerajaan umumkan pengeluaran KWSP menerusi i-Citra. Ahli KWSP yang terkesan, bolehlah buat permohonan pengeluaran sehingga RM5000.
Dalam masa 5 bulan, anda akan menerima RM1000 setiap sebulan.
Apa pun ikut jumlah simpanan ahli yang ada dalam KWSP. Kalau mencukupi, boleh cuba mohon di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021 nanti.
Realitinya ketika ini ramai sungguh yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ini. Tak payah sebut orang lain, famili saya sendiri malah adik-beradik pun melalui kepayahan itu.
Hendak di adu sana sini pun. Masing-masing sedang terkesan sama. Jadinya, hadam dan telan sajalah. Mana yang boleh diejas sana sikit, sini sikit, kita ejas. Lagi-lagi bab kewangan.
Menempuh ekonomi yang terumbang-ambing, dalam tak sedar mengganggu juga emosi. Kadangkala tenang, kadangkala sama tertekan.
Setelah segala usaha dibuat, tak ada cara lain. Akhirnya berserah segalanya dengan sepenuh jiwa hanya padaNya. Kerana, saya percaya setiap satu-satu ujian itu pasti tuhan berikan juga jalan penyelesaian.
Dan selalu saya ingatkan diri sendiri bahawa REZEKI itu bukan semata DUIT. Ketenangan hati, bahagia jalani kehidupan sehari-hari. Itupun nikmat rezeki dariNya.
Cara Isi Masa Musim PKP
Ini antara tips gandakan rezeki yang sedikit sebanyak mengundang bahagia di hati.
Jadikan media sosial medan yang positif
Kenapa saya mulakan dengan media sosial. Sebab, sekarang ini kita memang duduk rumah. Boleh kata, media sosial itu 24 jam dekat dengan kita.
Anak-anak nak berPdPR pun kadangkala guna YouTube, telegram, whatsApp malah Google Meet. Nak tengok berita pun mudahnya buka Google atau boleh cari di facebook atau Twitter.
Jika tak latih diri untuk mencari sisi positif media sosial, memang mudahnya untuk saya hanyut dan lemas di dalamnya. Bak kata saya pada suami, asal ternampak video kecam sana sini, cepat-cepatlah tutup.
Kita pilih channel yang kita nak tengok. Positif yang kita cari, maka baik-baiklah yang datang. Bukankah facebook ini boleh track behaviour melalui pencarian kita itu.
Jadi, tinggalkanlah jejak yang baik-baik.
INFO : Belajar Cara BEBAS HUTANG di sini : Jom Bebas Hutang
Ini masanya ganti hutang piutang dengan Allah
Dalam nak menyelesaikan hutang dengan bank, orang mahupun sesiapa. Kadang kita terlupa akan hutang denganNya.
Puasa yang belum berganti, solat yang teralpa diculas-culaskan. Al-Quran yang kadang dibiarkan sepi di atas rak.
Jadi, inilah masanya untuk ganti semula.
Bersihkan kembali kolam jiwa. Agar makin teratur kehidupan biarpun diuji ekonomi yang cukup-cukup makan. Moga yang cukup-cukup makan ini akan menjadi CUKUP untuk segenap kehidupan.
Sisih buang apa yang bersawang di rumah
Waktu sibuk dulu, nak mengemas kediaman. Payahnya nak cari masa. Bila ada waktu ini, cuba semak apa yang ada dekat dapur, ruang tamu, bilik ke bilik.
Mesti ada seketul dua barang yang tak perlu pun sebenarnya.
Macam dekat rumah ini, masih banyak lagi yang ber’kubang’ tak siap berkemas. Baju-baju lama lagilah banyak tu. Lagi-lagi bila dah tak ke ofis, bila masanya nak memakai.
Sudahnya terbengkalai di situ. Nampaknya kenalah usaha keras lagi ya Netty untuk melapangkan rumah, singkirkan barang yang tidak perlu.
Proses ini memang akan ambil masa yang panjang juga sebenarnya. Sebab walau nama duduk rumah, saya percaya.. lagi busy sebenarnya.
Apa pun, rumah yang luas itu kan, antara tanda hati bahagia.
Jangan rasa rugi tambah ilmu musim PKP ini
Antara saya buat, upgrade kemahiran diri dalam kelas online. Sama ada berbayar atau percuma. Kalau belum mampu berbayar, carilah yang percuma dulu. Join saja.
Tak rugi mana pun.
Walau masih bekerja, jangan jadikan alasan untuk tak upgrade diri. Saya sejak dulu memang suka masuk kelas-kelas online, join networking.
Sini antara link kelas percuma yang saya jumpa di facebook. Ada juga yang saya dah join :
Walau pun, kadang ada sesetengah info itu kita dah tahu tapi bila masuk kelas. Eh! Eh! ada lagi banyak rupanya yang kita tak tahu sebenarnya.
Masa inilah ‘networking’ yang terjalin secara natural ini membantu kita memperbaiki diri.
Ada duit lebih bersedekahlah
Bukan mengharapkan balasan sedekah. Tetapi sedekah itu sendiri mendidik jiwa. Ada duit lebih bersedekahlah. Dengar jiran susah, cepat-cepat tolong.
Tahu adik tak cukup makan pakai, kalau kita ada sikit, kongsi sikit sama sikit. Faham, waktu PKP ini ramai yang susah.
Tapi jangan sampai kesusahan itu membuatkan tuhan hilang sifart memberi di hati kita. Makin susah, makin dekatlah denganNya.
Apa pun, perkongsian ini cumalah guideline. Antara yang saya buat dalam berdepan pandemik yang tak habis-habis ini. Mungkin, guideline ini ada yang tidak sesuai untuk anda ikut pun.
Jika anda rasa ada yang bermanfaat, bolehlah diambil kisah tentangnya. Andai sebaliknya, skip saja dan buatlah mana yang anda selesa.
Kerana, di akhirnya setiap ujian tuhan itu.. anda sendiri yang akan merasai dan melaluinya.
Duduk Rumah Pun Tetap Seronok
Sebenarnya masih boleh mencipta rasa seronok walau terpaksa duduk di rumah sepanjang PKP ini. Misalnya sama-sama dengan anak memasak di dapur.
Walau pun anak sekadar potong bawang, sayur tetap mereka senang lakukannya. Nak lagi best, bagi peluang anak masak makanan kegemaran. Tapi, mak kenalah pantau di sebelah ya.
Buat jadual tugasan, siapa kena buang sampah, menyapu, sidai baju. Jadi, taklah bosan sangat anak-anak tu kan. Lagi bahagia, mak pun boleh rehat sama.
Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
setuju. aida amik peluang utk item 2 dan 3 di atas.
baca al-Quran. solat dhuha. yg sebelum ni amat terhad masa di siang hari.
kini alhamdulillah. paksa diri sebab byk masa terluang.
jgn terbazir gitu je.
rajin rajin kemas rumah. deko sana sini 🙂 ha ha ha ha… alhamdulillah…
and time ni la aida try segala resepi yg sebelum ni dok melekat kat buku / phone.
ha ha ah ha 🙂
Terima kasih atas perkongsian.. Masa2 skrg kita kena ambil aura positif .. Lau tak hari2 pun rasa stres
hahhah kak azni tak abis abis settlekan barang rumah yang semak semak semua.
Assalamualaikum… memang byk masa free masa PKP ni. Jadi ambiklah peluang ini utk buat perkara2 yg x mampu dibuat pre PKP dulu.
Done blog list your link. Kindly add my blog URL to your blog list too…. Thank you. #Biters