daging-masak-lemak-nangka

Daging Masak Lemak Nangka Letak Kerisik

Pertama kali saya mencuba resepi daging masak lemak nangka letak kerisik ini. Mentang-mentanglah ada banyak stok kerisik dekat rumah ini.

Main campak-campak sajalah resepi daging masak lemak ini.

Balik kampung baru ini, en Yem tolong melapah daging korban di masjid dekat kampung rumah arwah ayah dan ibunya.

Rajinnya suami saya itu, sampai Zarif kata, “ayah dah macam AJK mak.”

Hahaha.. lucu pula bila tengok gambar suamiku yang rajin yang anak kirimkan di whatsapp.

Memang begitulah en Yem pun. Alhamdulillah, tak rugikan sebenarnya berkahwin dengan anak emak ini. Pandai serba serbi.

Saya anak emak juga, tapi tak berapa ‘berseni’ dalam kerja-kerja kenduri kendara ini.

Bila nak balik ke Meru, en Yem ambillah sedikit daging korban yang dia dapat waktu Hari Raya Aidiladha baru ini. Dalam masa sama, kakak ipar bekalkan juga nangka muda.

Sampai saja rumah, teruslah teringin nak buat daging masak lemak cili api Negeri Sembilan.

Tapi, dalam proses nak memasak itu jadi lain pula. Bertukar menu jadi, daging masak kerisik campur nangka rebus.

Haa.. macam manalah gamak rasanya tu.

Bahan Daging Masak Lemak Nangka Letak Kerisik

  • Semangkuk daging – hiris nipis (bab hiris daging ni sampai laa saya belum pandai)
  • Dua inci kunyit hidup dikisar
  • 9 biji cili padi – dikisar (kalau pedas kurangkan ya)
  • 5 batang serai – diketuk (serai saya ini abah bagi. Memang halus betul saiz dia. Kalau saiz normal tu sebatang dua cukup dah)
  • Daun asam paya / susur – dua helai (sejak pokok mak membesar, saya dah tak guna asam keping dah. Rasanya pun berbeza nanti)
  • Tiga senduk nangka muda – yang dah direbus.
  • Kerisik – 3 sudu
  • Santan kotak

Cara Masak Daging Masak Lemak Cili Api Buh Nangka

  1. Mula-mula rebuslah nangka muda tu. Masukkan juga sedikit garam.
  2. Sementara nak tunggu nangka masak, buh sikit minyak (sikit je) dalam kuali masukkan daging yang dah siap gaul kunyit dengan sedikit garam.
  3. Masaklah daging tadi, agak-agak dalam sepuluh minit. Masukkan bahan kisar, serai dan santan cair (saya letak banyak sebab nak bagi daging empuk betul).
  4. Masaklah sampai daging tu betul-betul empuk.
  5. Masukkan nangka muda yang dah empuk selepas direbus tadi.
  6. Kacau seketika bagi sebati, masukkanlah santan pekat. Saya guna santan kotak saja.
  7. Kemudian, kacau seketika dan masukkan daun asam paya, kerisik, garam dan perasa.
  8. Masukkanlah step by step ya. Saya tulis tu macam sekali harungkan.. masuk perlahan-lahan.
  9. Kacau sampailah pekat dan ejaslah daging masak lemak rasa ikut citarasa yang anda inginkan.
  10. Siap lemak daging masak kerisik buh nangka saya ni.
daging-masak-lemak-nangka

Sedap rupanya daging masak lemak yang ditambah kerisik ini, bila dah jadi itu. Saya sebenarnya main masak resepi campak-campak je ni.

Sebab banyak lagi kan kerisik kat rumah ni. Sayang tak guna.

Nak buat resepi daging asam kerisik, malam hari pulak. Tak sesuai jenis masakan itu di malam hari (bagi sayalah). Setiap orang kan lain citarasanya.

Baca : Kerabu daging mentah ala resepi Kak Engku

Ada orang sedap je makan daging asam malam-malam. Ikutlah selera masing-masingkan. Raikan saja, tiada betul atau salah.

Rebus nangka sampai empuk. Saya masukkan sedikit garam, nak bagi ada rasa.

Kenapa Orang Kata Makan Nangka Berangin

Ada orang memang elak makan nangka, sebab nanti berangin satu badan. Sakit semua sampai tak sanggup nak hadap. Betul ke nangka itu berangin.

Saya pun mencarilah sebab yang dikatakan nangka itu boleh jadi punca badan berangin.

Dari penjelasan Prof. Dr. Imelda Balchin, bukan nangka itu yang berangin. Angin datang dari dalam perut orang yang ada masalah penghadaman makanan.

Jika makanan tak dihadam dengan lengkap, makanan yang tak terhadam tu akan dibantu hadam oleh bakteria hidup dalam usus manusia. Kesan sampingannya, bakteria itu keluarkan GAS. Gas yang banyak inilah boleh menyebabkan jadi tak selesa, perut kembung dan terkentut-kentut.

Baca : Rawat penyakit kayap mak guna ubat Acyclovir

Nak bagi angin dalam usus ni berkurang, boleh kurangkan minum minuman bergas. Bila akan tu, kunyahlah dengan perlahan-lahan. Kunyah banyak kali sampai lumat dan telan.

Minum air secukupnya, makanan makanan berserat macam buah-buahan dan sayuran elakkan sembelit.

Bersenam pun bagus. Kalau sakit gigi, jumpa doktor. Masalah mengunyah yang salah pun boleh jadi punca. Minumlah terus dari cawan. berhenti menyedut minuman dengan straw.

Merokok ke hisap vape pun hentikan. Itu pun boleh jadi punca penyebab udara atau gas masuk ke dalam perut.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

4 Comments

  1. Abam Kie July 13, 2022
  2. Syazni Rahim July 13, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!