kimchi-halal-korea

Buat Kimchi Halal Korea, Lagi Sedap Guna Cili Babas

Mudah sebenarnya buat kimchi halal Korea ini. Ada banyak versi, kimchi Korea halal cara saya ini resepinya dari Maangchi. Saya olah gunakan serbuk cili Babas. Bahan utamanya kubis cina atau kubis napa.

Bila buat homemade kimchi ini, kita yakin sikit dengan kebersihan dan halal dia. Tapi, kalau malas buat kimchi sendiri, boleh saja beli kimchi halal Korea di pasaraya yang ada cop halal berautoriti.

Ada juga serbuk cili Korea yang halal. Banyak dah sekarang. Cari online di shopee atau lazada pun mudah.

Cara Membuat Kimchi Korea Halal Guna Cili Babas

Bahan kimchi Korea halal :

  • Kubis napa – anggaran dalam 2 kilo
  • Lobak putih – 1 biji (kalau suka guna lebih)
  • Lobak merah – 1 biji (kalau suka guna lebih)
  • Daun bawang – 2 ikat
bahan-kimchi-korea-halal

Step By Step Cara Buat Kimchi Halal Korea Resepi Maangchi

Cuci, peram kubis sebelum buat kimchi halal

Caranya : Kubis nappa/cina – belah 4, cuci bersih. Lumur garam helai demi helai. Peram sampai air kubis tu keluar. Bila batang kubis tu dah lembut boleh lentur tu, bermakna dah bolehlah tu dibuat kimchi.

Pergi semula dekat kubis tadi. Anda cucilah kubis tadi sampai hilang masin keterlaluan tu. Saya bilas 3 ke 4 kali gitu. Dan rasalah sama. Kalau masih masin tak tentu arah tu. Cucilah lagi ya. Tapi biasanya, 3 ke 4 kali tu dah ok dah.

Toskan dalam sejam dua. Ikutlah nak lama mana, kalau tak nak tunggu lama setengah jamlah. Tapi saya memang tunggu sampai betul-betul tertos.

Gigih sungguh!

kubis-napa-kimchi-halal-korea
Kubis nappa yang dah siap cuci dan tos. Belum potong kecil-kecil lagi.

Sementara nak tunggu kubis napa lembut itu, hirislah dulu lobak putih, lobak merah, daun bawang secara memanjang.

Kimchi halal Korea ini memang sedap kalau ada bahan-bahan sampingan ini. Kenalah potong kecil untuk memudahkan anda makan nanti.

bahan-kimchi-korea-halal

Selesai menyediakan bahan sampingan kimchi itu, kita siapkanlah buburnya.

Bahan untuk bubur pes kimchi :

  • Tepung pulut dalam 2 sudu,
  • air anggaran secawan.

Cara buat bubur tepung pulut untuk dimasukkan dalam pes cili kimchi : Masak bahan-bahan tadi atas api. Agak-agak nak naik bubble tu cepat-cepat masukkan gula dalam satu ke dua sudu. Bagi rasa manis buah je. Kacaulah sampai pekat.

Proses ni cepat sebenarnya, kalau anda tak biasa lagi sebaiknya gunakan api kecil sahaja.

bubur-tepung-pulut-pes-kimchi
Ini dah pindah ke pinggan dan disejukkan.

Okay, bersiap sedia untuk kisar halus bawang holland, bawang putih dan halia. Dalam gambar ni saya guna bawang merah (sebab bawang holland dah habis).

Sukatannya ni pun saya agak-agak saja.

  • Anggarannya dalam 2 biji bawang holland,
  • 2 labu bawang putih,
  • 3 ke 4 inci halia.

Part Ni Paling Best Nak Buat Kimchi Kubis Nappa

Bila kesemua bahan di atas sudah siap tersedia. Maka, inilah part paling best sekali. Iaitu membuat pes cili kimchi.

Tuang bahan kisar, bubur yang dah suam-suam sejuk, serbuk cili babas, anggaran dalam 4 senduk (kalau nak pedas buhlah lebih – cuma hati-hati jangan terlebih sangat takut pahit)

Sos ikan dalam 2 sudu. Nak letak cencalok pun boleh. Cencalok ini pun antara bahan yang buatkan resepi kimchi sedap jadinya.

Gaulkan sebati.

pes-cili-kimchi-guna-serbuk-cili-babas

Step ini, anda perlu masukkan pula kesemua bahan-bahan potong tadi; daun bawang, lobak putih dan lobak merah.

Gaul lah bagi sebati. Lembut-lembut je. Tak perlu tekan-tekan sayur kimchi ini dengan kuat ya..

bahan-kimchi-halal-korea
Jangan tanya mana pergi lobak putih, masa ni tak masuk lagi dah amik gambo. Kah!

Masukkan Kubis Dalam Pes Cili Kimchi Guna Serbuk Babas

Masa ini kalau kubis napa tu, tak nak dipotong-potong. Lumurlah pes yang dah siap gaul tu di celah-celah kubis tu. Pastu kaup dan simpul. Letak tepi.

Tapi saya nak bagi senang makan, potong je siap-siap. Gaul sebati terus dengan pes tadi.

kimchi-halal

Bila dah siap resepi kimchi kubis ini, boleh je kalau nak terus makan. Kalau tak begitu berani, masukkan lah dalam balang kedap udara. Macam saya terus je simpan dalam peti sejuk.

Walaupun cara membuat kimchi Korea halal ini ambil masa yang panjang. Tapi kepuasan bila buat sendiri tu, sendiri yang rasa seronoknya.

kimchi-korea-halal
Inilah hasilnya. Kimchi korea halal ini dah boleh terus dimakan.

Buat Sendiri Kimchi Korea Halal Guna Serbuk Cili Babas

Betulkan bila tahu buat sendiri, keseronokan membuat kimchi halal Korea ini terujanya lain macam. Bak kata Maangchi, kubis napa yang dah digaramkan itu, macam memanjakan ‘baby’.

Kemudian, melumur pula dengan pes cilinya.

Untuk pengetahuan, jika anda menggunakan serbuk tempatan macam cili babas. Teksturnya pes cili kimchi akan menjadi seakan bubur.

Beza dengan menggunakan serbuk cili korea halal untuk membuat resepi pes cili Korea. Teksturnya lebih kasar dan nampak empingan cili flakesnya. Tapi, saya suka rasa kimchi dengan cili babas lagi.

Punya sukalah buat kimchi. Sampai saya jual kimchi kubis cina ini dahulu.

Ketika mengendali platform digital Mingguan Wanita, saya stop sementara. Sementara pun dekat tiga tahun jugalah. Sesekali saja saya buat, itu pun bila datang teringin.

Dalam perkongsian memasak ini, saya tak pandai sangat bab sukatan. Sebab konsep saya banyak agak-agak.

Tapi saya cuba jugalah beri sukatannya. Nanti terpulang pada diri anda sendiri, nak lebihkan atau kurangkan yang mana.

Sebab, sedap itu nanti anda juga yang tentukan.

Tip Buat Kimchi Sedap

  • Resepi kimchi halal ini tak perlu letak garam. Sebab bahan tu semua dah masin
  • Paling penting cara buat kimchi mudah ni kena peram kubis tu betul-betul. Kobis yang betul terperam inilah yang sedapkan kimchi tu nanti. (serius ini leceh.. tapi feel Korea bila kita berjaya buat.. kah kah kah). Sebenarnya ada cara mudah nak buat kimchi ini. Saya kongsikan resepi kimchi mudah dalam entri lain di blog ini.
  • Ingat ya, kubis yang hitam dan rosak tu memang kena buang. Walau sedikit pun, sebab ia boleh merosakkan kimchi tu nanti.
  • Sebaik kimchi siap, saya terus masuk balang padat-padat simpan dalam peti. Ada yang kata letak luar dulu baru masuk peti. Tapi cuaca Malaysia bukan macam Korea, panas. Tu saya simpan terus dalam peti.
  • So far elok je kejadiannya. Berbulan-bulan tahan.
  • Tapi bila keluar buih-buih putih tu. Buang ya.. tu tanda kimchi tu rosak.
  • Bila saya cerita dengan orang Korea yang pernah saya jumpa, dia pun terkejut. Hahaha.. tapi dia kata asal ada orang beli dan suka. Teruskan je cara tu. Cuma pesannya, kimchi tak perlu dimasak.
  • Contoh, jangan pi masak cili atas api.. macam tulah maksud dia.

Huii.. panjang nih turunkan ilmu. Kalau tak cuba tak taulah.

Jenis-jenis Kimchi Di Korea

Antara jenis kimchi yang popular yang pernah saya cuba. Barulah yakin dengan kebersihan dan tentunya halalkan.

  • Baechu Kimchi – kimchi kubis napa yang glamour dekat seluruh dunia.
  • Kimchi daun kucai – antara kimchi yang paling sedap (bagi saya). Saya kongsi resepinya dalam blog ini dientri lain.
  • Kimchi KKakdugi – kimchi lobak putih (saya tak makan lobak putih kecuali yang dah jadi kimchi)
  • Oisobagi Kimchi – kimchi timun (ini pun saya dah cuba, sedap juga)

Kalau ikutkan beribu jenis sebenarnya kimchi Korea ini. Mana tidaknya, asalkan ada sayuran tentu orang Korea gigih nak jerukkan. Lepas itu orang Malaysia pun ikut.. hahaha.

Kimchi ini macam makanan warisan mereka di zaman perang dahulu lah kiranya. Bila makan kimchi ingat kesusahan hidup rakyat Korea terdahulu.

Kalau dekat Malaysia tentulah ubi kayu rebus, pisang rebus kan. Tak pula dikomersialkan makanan tradisional tempatan kita ini.

Baca juga :

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

2 Comments

  1. azni March 11, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!