Mudah Rupanya Masak Rendang Ayam, Campak-campak Je Resipinya

Rendang Ayam Simple, Resepi Campak-campak Jadi

Sejak pandai masak rendang ayam simple, boleh dikatakan setiap bulan mesti ada menu ni dalam list lauk harian saya. Dulu ingat susah sangatlah. Senang je rupanya cara masak rendang ayam simple ni.

Cuma rendang saya buat ini taklah macam rendang-rendang otai dalam dunia masakan. Cara saya masak ayam rendang simple saja.

Resepinya main campak-campak gitu.

Ada juga saya mencuba masak rendang ayam pencen. Rasanya lebih sedap, tak liat pun. Asalkan tahu cara memasaknya.

Resepi Rendang Ayam Mudah Campak-campak

Bahan-bahan Rendang Ayam Mudah Lagi Sedap

  • Ayam seekor
  • 5 biji Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 3 batang Serai
  • 1 inci Kunyit hidup
  • 5 sudu Cili kisar
  • 3/4 biji Cili padi -sikit
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 sudu besar Ketumbar – tumbuk halus *
  • Sedikit Jintan * (yang saiz besar sikit tu. Sebab ni je ada kat rumah ni. hahaha..)
  • 1 kg Santan
  • 2 sudu besar Kerisik
  • 5 helai Daun limau purut – buang batang tengahnya
  • 2 helai Daun kunyit

*bahan bertanda ini ikut mood, kadang saya masukkan. Kadang tak.

Cara Masak Rendang Ayam Simple

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit hidup dan cili padi sampai halus.
  2. Tumis rempah tiga sekawan itu, pastu masukkan bahan kisar. Kalau saya guna ketumbar dan jintan, saya masukkan sekali time ni, Agak bertukar warna saya masukkan cili kisar kacau sampai cili masak.
  3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Biar ayam kecut. Sepanjang proses merendang ini guna api kecil saja.
  4. Agak dah kecut tu, masukkan lah santan sampai nak pekat sikit, barulah masukkan kerisik, daun limau purut.
  5. Kacaulah sampai memekat lagi. Nanti last sekali masukkan daun kunyit yang dah siap hiris halus.

Inilah cara saya masak rendang simple untuk ayam seekor. Dan saya pun tak tau kenapa, setiap kali masak rendang mesti rasanya berbeza-beza. Kadang tu, warna rendang pun berbeza jugak.

Baca juga : Daging ketumbar Dato’ Rizalman sedap guna serbuk ketumbar

rendang-ayam-simple

Keterangan gambar ayam rendang : Ni dah cubaan kali ke berapa ntah, warna pun berbeza kan.. hahaha.. setiap kali buat rendang mesti jadi lain rasa, lain warna. Walaupun bahannya lebih kurang je sama.

Walaupun bahan yang saya guna tu lebih kurang atas tu je. Misteri betulkan? Hahaha.. sebenarnya tak adalah misteri pun, sebabnya tuan tanah masih belum mahir lagi.

Tak jumpa lagi masak rendang signature air tangan sendiri. Yang lucunya, umur dah separuh abad nilah baru nak belajar masak rendang.

Kiranya, tahun nilah saya cuba dan cuba sampai menjadilah dan boleh dimakanlah rendang tu.

Baca juga : Masak resepi rendang itik salai terpaling sedap

Teknik Masak Rendang Ayam Simple Dan Sedap

rendang-ayam-simple

Keterangan gambar rendang ayam di atas : Rendang yang ini saya buat cara masak darat. Cubaan kali pertama ini tak menjadi sangat. Jadi, saya tak berani nak kongsi caranya. Kalau menjadi baru rasa seronok nak kongsi.

Sebab itu boleh buat setiap bulan. Tak perlu tunggu raya baru nak rasa. Tapi, rendang ayam sajalah. Rendang daging dan lain-lain, saya belum pandai lagi.

Hahaha.. hari tu masak rendang kerang pun kelaut jadinya. Mujurlah rendang ayam pencen tu menjadi.

Dan terbaru saya cuba buat rendang pucuk daun ubi. Pun masih banyak jugalah teknik yang perlu diperbaiki.

rendang-ayam-simple

Waktu nak mencari-cari resepi rendang ayam ini, masyaAllah.. ada bermacam-macam jenis dan cara pembuatan rendang rupanya. Teknik memasaknya pun berbeza-beza.

Dah tentu rasa setiap rendang yang dihasilkan berbeza ikut teknik tukang masak kan. Memandangkan saya biase-biase je, makanya rendang saya buat pun simple sajalah bahannya.

nettyahhiyer.com

Maaflah sebab resepi saya ini jenis campak-campak, jadi taklah dapat saya berikan sukatan tepat. Cuma, yang saya perasan bila saya masukkan bawang merah lebih, rasa rendang tu jadi lain, tak ‘kick’ sangat.

Baca juga : Ayam ungkep Jawa, rempahnya boleh guna bila-bila

Kerisik Baru Lagi Sedap, Wangi

Entahlah, teori ini betul atau tak. Ini cuma berdasarkan apa yang saya alami. Dan disebabkan seronoknya masak rendang, dekat rumah ini memang ada stok kerisik balang besar.

rendang-ayam-simple

Saya beli dengan Ina Mat Som (Enamarble Cake). Kata Ina, maknya buat sendiri dalam kawah. Memang fresh dari ladanglah kiranya.

Dah berbulan simpan pun kerisik mak Ina masih sedap. Saya kira, kerisik sedap pun memainkan peranan untuk dapatkan hasil rendang yang sedap.

Baca juga : Daging rebus air asam kerisik tersedap

Rendang Udang Limau Purut Mak Tetap Yang Terbaik

Apa pun, rendang mak jugalah yang terbaik. Lagi-lagi rendang udang daun limau purut mak tu. Saya memang suka sangat. Cuma, jarang dah mak buat.

Mak pun tak sihat sangat plus harga udang yang ya ampun! Nampaknya memang saya kena berguru jugalah buat rendang udang mak nanti. Kalau tak mau terkubur je resipi sedap mak tu.

Sayangkan.. dan satu lagi bila nak raya ni lontong mak paling saya suka nak makan. Dan mak ada kayu khas untuk lontong dia tu.

Nanti saya share step by step mak masak lontong. Mesti mak suka bila tau saya nak buat cerita resipi dia tu. Doakan mak saya sihat sentiasa di bawah lindungan rahmatNya ya.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer

Leave a Reply

error: Content is protected !!