cara-goreng-telur-mata

3 Cara Goreng Telur Mata Cair Kuningnya

Cara goreng telur mata cair kuningnya | Bukan semua orang ada skill untuk goreng telur mata atau telur mata kerbau yang kuningnya cair sempurna.

Gigihlah mencari cara masak telur mata kerbau. Lagi-lagi nak dapatkan telur kuning yang cantik meleleh bila dipecahkan.

Dulu-dulu saya pun struggle nak dapatkan telur goreng mata kerbau yang sempurna macam yang dibayangkan.

Bila dah tahu cara buat telur mata goyang ini.

Nak-nak goreng telur mata dengan tekstur telur kuning cair dan meleleh, terasa bagai nak melompat ke bintang bila menjadi.

Tapi waktu itu selalu tak konsisten pun. Kadang jadi, kadang tidak.

Kenapa Gagal Buat Telur Mata Kerbau Kuningnya Cair

Mungkin masa itu belum faham dengan betul tekniknya macam mana. Paling seram lagi ngeri, bila mana nak masukkan telur dalam kuali, telur mata kerbau tu meletup-letup habis tangan terpercik minyak.

Langsung dah tak cun.

Rupanya, bila dah lama-lama duduk di dapur. Saya jadi pandai sendiri.

Setelah bergelumang dengan minyak panas lama-lama, kadang tu percikan minyak pun dah tak rasa pedihnya. Pegang kuali panas pun masih boleh senyum lagi.

Eh.. eh.. ni lelebih pulak kan.

Sebenarnya bila dah faham teknik tu, pakailah apa pun kuali goreng telur tetap menjadi.

Baca juga : Sedapnya resepi telur masak kicap viral perah limau

Cara Goreng Telur Mata Cantik Kuningnya

Saya kongsikan 3 cara goreng telur mata yang cair kuningnya ikut panduan di bawah ya.

cara-goreng-telur-mata

Guna Minyak Banyak Dapatkan Telur Mata Goreng Yang Sempurna

Ini tip pertama dapatkan telur goreng mata cantik bulat terletak macam ni.

  • Minyak kena banyak. Sampai tenggelam telur ya.
  • Telur kenalah baru keluar dari peti sejuk. Baru kuningnya kental.
  • Gunakan api kecil saja.
  • Pecah telur dalam kuali. Masukkan slow-slow je.*
  • Biarkan jangan usik ke kacau. Sampai nampak dah matang. Angkat. Atau ikutlah nak kuning telur tu masak betul ke atau lembik gegedik dalamnya.
  • Done. Hasilnya dapatlah telur mata goyang kuning cair, dan telur putih yang lembut.

Baca : Simpan telur dalam peti ais, cara tahan lama

cara-goreng-telur-mata

Guna Senduk Bulat Panjang Goreng Telur Mata Meleleh Kuningnya

Ini pula cara anak kedua saya, Zarif praktikkan untuk dapat telur mata garing tepinya. Kiranya untuk beginner sesuailah sangat.

  • Panaskan minyak dalam kuali. Minyak tak perlu banyak.
  • Kuali telur mata ni guna yang kuali lejen mak-mak selalu guna kat dapur tu.
  • Pecahkan telur dalam senduk bulat yang panjang.
  • Tuang perlahan-lahan dalam kuali tadi.
  • Bila dah masak keliling dia, bolehlah angkat.
  • Cara ini akan hasilkan keliling telur kuning cair dan putih telur yang lebih garing.

Baca : Resepi telur goreng belacan batu laut melimpah

Guna Kuali Pemanggang Masak Telur Mata Goyang Cantik Kuningnya

Cara macam ini saya pernah tengok dekat rancangan variety show Korea. Seronok pulak tengok artis deme masak telur.

Hahaha.. dia tunjuk cara masak telur mata je pun. Tapi boleh layan sampai feeling feeling.

  • Letakkan sedikit minyak di atas kuali goreng telur mata yang leper.
  • Pecahkan telur di atasnya. Boleh juga pecah dua tiga telur bersebelahannya.
  • Biarkan sampai putih tu masak. Bahagian bawah telur memang akan jadi lebih garing.
  • Akan kelihatan kuning telur yang cantik kejadiannya.
  • Bila dah garing keliling tu, bolehkan angkat.
  • Kalau masak telur mata kerbau yang banyak, boleh potong siap atas kuali pemanggang.

Saya juga kongsikan cara ketiga ini dalam posting : Daging bakar jadi lembut, panggang atas dapur gas

*Kawan Chef saya, cadangkan masukkan dulu dalam mangkuk, baru tuang. Untuk elakkan kulit telur termasuk sekali.

Kuali Goreng Telur Mata

Sekarang ini lebih beruntung sebenarnya. Dekat shopping online sudah banyak dijual kuali goreng telur mata yang murah dan cantik.

Paling senang nak goreng telur mata cantik boleh saja gunakan kuali non-stick. Lagipun ianya tidak melekat.

Kalau nak guna kuali lejen saja pun boleh sebenarnya. Bagi sayalah, kuali lejen ini pun semakin lama digunakan dan bahagian dalam kuali selalu disental bersih.

Lama-kelamaan masalah makanan melekat dekat kuali dapat diselesaikan. Baik waktu menggoreng ikan mahupun ketika menggoreng telur mata goyang.

Selamat mencuba!

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

13 Comments

  1. Eswati Azni Jaafar February 8, 2022
    • nettyahhiyer February 8, 2022
  2. Rozita ceritaita February 8, 2022
    • nettyahhiyer February 8, 2022
  3. MrsPip February 8, 2022
  4. John February 8, 2022
    • nettyahhiyer February 9, 2022
  5. Min Shamsuddin February 8, 2022
  6. Rina Zul February 8, 2022
  7. awadah February 9, 2022
  8. Ray February 9, 2022
    • nettyahhiyer February 9, 2022
  9. SR September 8, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!