simpan telur

Simpan Telur Dalam Peti Ais, Tahan Lama 4 Minggu

Simpan telur dalam peti ais I Sebelum-sebelum ini, en Yem simpan telur yang baru dibeli dalam bekas plastik macam tupperware tu. Susun-susun sumbat je dalam peti ais.

Dah lama berhajat simpan telur dalam bekas simpan telur, tapi asyik tertangguh saja nak membelinya. Kebetulan pula hari tu tengok kat shopee, hyperack ada buat sale 12.12.

Harga asal dalam RM39++ lepas diskaun jadi RM12.90 satu. Terus saya ambil dua, cukuplah untuk isi stok telur ayam yang baru dibeli dalam rumah ini. Bolehlah ia tersusun kemas dalam peti ais. Kalau tidak kan bergelimpangan telur dalam bekas plastik yang lama tu.

Begini Cara Simpan Telur Tahan Lama Dalam Peti Ais

Masuk Bekas Simpan Telur

Macam yang saya kongsikan atas ini, saya belikan bekas simpan telur cantik lagi praktikal. Kalau anda ada bajet lebih sikit, bolehlah beli juga ya.

Bekas simpan telur khas ini maksudnya ada ruang untuk letak telur seketul-seketul gitu. Ada sebab kenapa kena ada rak khas beruang (eh! bunyi hewan pulak) untuk letak telur kita tu nanti.

Sebab bekas khas ini boleh membantu simpanan stok telur kita dalam peti sejuk itu sentiasa berada dalam suhu yang stabil.

Kan kita mahupun anak-anak kerap buka tutup peti sejukkan. Sebab itulah tak disarankan simpan telur ayam dekat bahagian pintu yang terbuka dan terdedah.

Telur ini perlukan suhu yang stabil untuk telur tahan lebih lama.

beli bekas simpan telur
Saya beli bekas telur di sini . Harga itu selagi masih ada diskaun tau!

Range harga bekas simpan telur ini dalam belas-belas ringgit ke puluh-puluh gitu. Ikutlah bajet anda nak pilih bekas simpan telur mana yang selesa. Saya seronok layan window shopping kat shopee je.

Mudah dan rasa pembelian tu lebih selamat.

Pastikan Letak Telur Pada Kedudukan Yang Betul

Dalam ruang khas telur itu, pastikan cara meletakkan telur pun kena dalam kedudukan yang betul.

Ada saya terbaca, rupanya bahagian runcing telur itu kena diletak pada kedudukan ke atas. Tujuannya nak mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah.

Saya pun baru tahu ini.. selama ini belasah je rupanya letak telur terbaringlah, terpusinglah. Mujurlah telur kat rumah ni hot item.. tak dan dia nak jadi tak elok.. habis sudah!

Baca juga : Rangupnya telur goreng crispy, macam kulit ayam

Basuh Atau Tidak Telur Sebelum Simpan Telur Dalam Peti Sejuk

Ada orang memang basuh telur sebelum simpan kan. Selama saya menyimpan telur, saya tak pernah basuh.

Sebab itu, saya masuk tempat simpan telur ayam siap-siap.

Bak kata Dr kamarul Ariffin Nor Sadan, mana-mana pun boleh. Kalau telur ayam itu nampak ada najis, basuhlah tapi bukan sental sungguh-sungguh.

Sekadar membuang najis itu. Nanti bila nak masak, guna dulu yang kita basuh itu. Sebab telur ini lebih berpotensi untuk dimasuki kuman atau rosak.

Saya faham, dekat lapisan telur itu sendiri ada layer yang membantu atau mengawal telur itu dari tercemar dengan kuman salmonella.

Sebab semasa menyimpan telur saya masuk bekas khas, memang saya tak basuh. Bila nak dimasak, barulah wajib saya basuh bersih-bersih.

Baca juga : Bersihkan, cara simpan ayam dalam peti sejuk tahan 9 bulan

Cara Menyimpan Telur Agar Tahan Lama Dalam Peti Sejuk

Masing-masing ada cara mereka tersendiri. Saya raikan saja cara setiap orang dengan lapang dada. Tidak ada yang salah atau betulnya.

Akhirnya nanti, mereka dan keluarga mereka juga yang menikmati telur-telur itu.

simpan telur

Berapa Lama Telur Tahan Simpan Dalam Peti Ais

Telur dekat rumah saya ini, memang jarang dapat bertahan lama. Sebabnya, nanti akan jadi kegunaan harian juga.

Maklumlah, budak-budak dalam rumah ni suka makan telur.

Dalam peti sejuk telur tahan berapa lama : Dari pengalaman saya sendiri, telur di rumah ini ada yang disimpan dalam dua minggu dan masih elok membulat kuning telurnya.

Saya kira bergantung juga pada suhu peti ais di rumah. Macam di rumah ini, saya guna tetapan suhu 5 darjah celsius untuk suhu fridge.

cara simpan telur dalam peti sejuk

Cara Menentukan Samada Telur Masih Elok Atau Sebaliknya

Ini yang saya buat bila lihat kondisi telur yang baru dikeluarkan dari peti sejuk.

  • Pecahkan telur, kuningnya masih bulat cantik – bermakna telur masih elok dan boleh guna untuk masak lemak, direbus, masukkan campur dalam sayur dan sebagainya.
  • Bila pecahkan telur, kuningnya dah cair terpecah – telur dah kurang bagus bermakna lebih baik jadikan telur goreng sahaja.

Ada juga ujian untuk tengok samada telur masih elok atau tidak. Masukkan telur dalam gelas berisi air. Jika telur tenggelam, bermakna masih elok.

Kalau telur terapung, bermakna kualiti telur tidak lagi tip top. Cuba pecahkan untuk ketahui adakah telur masih boleh digunakan atau telah rosak sepenuhnya.

simpan telur

Tarikh Luput Telur Bila?

Berapa lama telur boleh disimpan : Menurut Dr Fatimah Salim yang juga pakar kimia, telur pun ada tarikh luputnya. Telur yang segar dikira dari 45 hari selepas tarikh pembungkusannya.

Bermakna selepas tempoh itu, telur dah dikira tidak segar lagi. Tidak baguslah untuk dimakan, silap-silap boleh jadi telur tembelang atau telur busuk.

Kata Dr lagi, ada juga sesetengah telur yang lebih cepat tarikh luputnya. Sebab apa? sebab telur itu dah dicemari bakteria.

Jadi, kenalah praktikkan simpan telur cara tahan lama ni dengan lebih teliti. Lagi-lagi, jika nak guna telur itu dengan lebih lama. Tapi, janganlah sampai melebihi tarikh luput itu.

Baca juga : Resepi telur goreng belacan Batu Laut Melimpah

Kulit Telur Jangan Buang

Sebaiknya, janganlah buang. Basuh dan simpan tempat kering. Bila dah banyak, tumbuk bagi halus boleh tabur kat pokok bunga ke pokok sayuran.

Kulit telur tu kaya dengan kalsium untuk pepokok tu. InsyaAllah boleh menyuburkan tanaman. Kiranya boleh jadi baja semula jadi jugaklah.

Kalau kulit telur itu ditumbuk halus, cepat sikit meresap kat akar pokok. Tapi bebudak kat rumah ni bukannya rajin mana. Tabur je saiz godang-godang.

Pasrah jelah maknya.

Baca juga : cara simpan lesung batu, bertahun guna masih elok dan lesung batu

Apa Nak Buat Dengan ‘Sarang Telur’

Bila beli telur dekat kedai telur sebelah NSK, Meru memang akan diberikan bekas telur ayam atau ‘sarang telur’ macam kertas itu.

Biasanya, saya buang saja.

Ada sesetengah orang jadikan bekas untuk tanam benih pokok. Saya pernah terbaca, cara itu tidak bagus. Sebab dekat bekas itu sendiri dah ada banyak bakteria.

Nanti dia akan beri kesan pada benih yang ditanam itu.

Mungkin.. mungkinlah.. boleh dibasuh dan dijemur semula, baru guna untuk bekas tanam benih. Siapa rajin, bolehlah buat macam itu.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:,

13 Comments

  1. Eintan Nurfuzie December 27, 2021
  2. Fieza Sani December 27, 2021
  3. rozita December 28, 2021
  4. Marina December 28, 2021
  5. Shalimar December 28, 2021
  6. Naili UmmiTersenyum December 28, 2021
  7. ZAIDALIFAH HUSSIN December 28, 2021
  8. Marshaliza December 28, 2021
  9. Mimi December 28, 2021
  10. Maria Firdz December 28, 2021
  11. Shamiera Osment December 28, 2021
  12. ombakbergigi December 28, 2021
  13. abe kie December 29, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!