sambal-kicap-pedas

Sambal Kicap Pedas Kambing Bakar

Sambal kicap pedas lada hitam rasa macam kedai Indonesia ini saya cuba-cuba buat sendiri di rumah.

Makan pulak dengan daging kambing perap simple guna rempah lada hitam.

Tak sangka rasanya sedap dan boleh layan.

Kalau rajin buatlah sendiri, kalau tak berapa rajin beli jugak di kedai Indonesia dekat Meru yang terkenal dengan kambing bakar yang sedap.

Sambal kicap lada hitam nya yang dijadikan pencecah kambing bakar, memang sedap betul. 

Ditambah lagi dengan dia punya pedas tu memang ‘kick’ betul.

Bahan Sambal Kicap Pedas Kambing Bakar

  • 1 sudu besar – lada hitam tumbuk (ejas sendiri sukatannya ya)
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • Kicap manis
  • Sebiji tomato – dibelah
  • Bawang merah besar – dihiris tebal
  • 5 tangkai cili padi – ditumbuk atau hiris kecil (adjust sendiri sukatannya)
  • Gula, garam
  • Kalau ada salah atau kubis, hiris dan masukkan.
  • Sesudu dua – perahan lemon
sambal-kicap-pedas

Cara Membuat Sambal Kicap Lada Hitam Pedas Manis

  1. Kesemua bahan di atas, disatukan.
  2. Gaul rata dan sebatikan hingga sebati.

Bahan Perap Kambing Simple Lagi Sedap

  • Satu mangkuk daging kambing
  • 1 sudu besar lada hitam – ditumbuk (sukatan nanti ejas sendirilah ya)
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • Sedikit garam
  • Perahan lemon sesudu besar

Cara Perap Daging Kambing Bakar

  1. Satukan semua bahan. Gaul sekata.
  2. Masukkan dalam plastik ziplock dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Perap sejam dua. Lagi lama lagi bagus.
  4. Kemudian, daging kambing boleh dibakar.

Saya bakar daging atas api dapur saja guna pan pemanggang.

Ada yang kata pening kepala lepas makan daging kambing ini.

Memang sesetengah tu jadi macam tu.

Perap daging kambing sejam dua dengan rempah lada hitam simple.

Ini Sebab Pening Lepas Makan Daging Kambing

Sebenarnya rasa pening kepala itu terjadi kerana tindak balas daging kambing itu yang mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti.

Dengan kata mudahnya kolesterol kambing tu sedang menguraikan kolesterol dalam darah yang jadi punca darah tinggi.

Sehingga menyebabkan isi padu darah bertambah.

Itu yang bila makan kambing boleh jadi pening.

Bagaimanapun, bila dah ada sakit darah tinggi tak digalakkan makan.

Bagi yang tiada penyakit darah tinggi tiada masalah untuk makan daging kambing.

Saya memang ada darah tinggi, kekadang makan juga daging kambing.

Cuma berpada-padalah.

Kalau tidak mau mabuk pening satu hari ni.. tak boleh bangun.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!