Cara Masak Steak Simple Guna Grill Pan Ikea

Begini cara masak steak simple style saya. Saya guna kuali pemanggang Grilla yang dibeli di Ikea. Hasilnya tetap daging steak jadi lembut dan sedap.

Lagipun, itu sajalah pemanggang yang ada dalam rumah ini. Hajat hati itu, teringin jugalah nak memanggang daging steak guna kuali cast iron. Sayangnya MySejahtera masih tak update lagi.

Selepas cucuk vaksin dos kedua secara walk-in saya perlu menunggu sebulan untuk MySejahtera saya update datanya. Begitulah yang pegawai PPV maklumkan pada kami.

Tunggu punya tunggu, dah lebih sebulan jugalah. Tetap datanya tak update lagi. Jenuh jugalah saya update status kat MySejahtera itu.

Nampak gayanya tuhan belum restu lagilah untuk kami jejak Ikea. Dah tanya beberapa kawan, katanya Ikea tetap nak tengok MySejahtera.

dapatlah nak jejak Ikea lagi. Ada kad vaksin pun tak berguna.

Haih! kekadang, bunyi je canggih. Tapi bila dah ramai-ramai pengguna mesti ada kesulitan di mana-mana.

Ketabahan sajalah nampak gayanya ni.

Hahaha.. nak bercerita pasal daging steak panggang je ni. Meleret-leret sampai kisah cucuk vaksin perginya.

Panggang daging steak ini dah beberapa kali juga saya buat. Sebabnya, selagi belum dapat yang betul-betul solid. Memang ku R&D sampai berjaya.

Pertama kali mencuba, saya ada kongsikan resepi daging bakar lembut di blog ini.

Kali ini saya nak kongsikan dua cara masak steak simple ini. Pertama, akan dapat hasil ‘medium rare’ dan resepi kedua, akan dapat hasil ‘well done’.

Di Mana Beli Steak Daging Harga Mampu

Dah beberapa kali en Yem beli daging steak ini di Lulu Hypermarket Setia Alam. Waktu PKP ini harga dagingnya naiklah sedikit dalam 400 gram ++ tu dapatlah harga RM26++

Ini kira satu ketul macam tu.

Sebelum-sebelum ini, pernah kami beli dengan satu pek daging steak dalam RM15. Untuk kami anak-beranak merasa, bolehlah harga itu kan.

Sebelum Masak Steak Daging Panggang

  • Keluarkan daging dari tempat anda simpan dalam peti beku. Bagi dia mencair dalam suhu bilik.
  • Cuci bersih dan toskan. Lama jugalah prosesnya. Tapi kalau ada papan defrost cepat sikit prosesnya.
  • Lap daging dengan tisu, bagi keluarkan air daging. Urut-urut manja daging tu sambil mengelap.

Masak Daging Steak Simple Well Done

  1. Taburkan garam dan lada hitam tumbuk pada daging.
  2. Letak sikit serbuk thyme (ni je ada kat rumah pun. Kalau ada rosemary lagi semerbak)
  3. Panaskan grill pan Ikea dan letak olive oil.
  4. Letakkan daging atas dia (gambar 1). Agak bawah tu dah garing, terbalikkan.
  5. Dalam seminit dua macam tu, air daging akan keluar.
  6. Sengetkan pan, akan keluar air daging tu nanti (gambar 2)
  7. Kaup air daging tu letak atas daging (gambar 3).
  8. Ulanglah step tu, sampai daging masak.
  9. Guna api kecil.
  • Saya terbalikkan lagi dan buat proses kaup air daging tu pada bahagian daging yang sebelumnya. Terlupa sebenarnya nak catat masa dengan tepat, cuma saya anggarkan dalam 30 ke 40 minit macam tu.
  • Steak daging lada hitam ini saya makan macam tu je, tak cicah sos pun, rasanya tetap sedap.
  • Dalam pan yang sama, bakar hotdog saiz jumbo pula. Sedap sangat hasilnya.

Masak Daging Steak Bersos Medium Rare

  1. Taburkan garam, lada hitam tumbuk dan sos Heinz BBQ original.
  2. Panaskan pan, masukkan olive oil.
  3. Masukkan daging, biarkan daging masak.
  4. Letak bawang putih, serbuk rosemary dan marjerin (mentega lagi sedap) dalam pan.
  5. Nampak dah masak, terbalikkan.
  6. Air daging yang keluar tu nanti, boleh siram atas daging (gambar 1).
  7. Sebab nak dapatkan medium rare, masak dia takdelah lama sangat. Bawah 40 minit.
  8. Angkat letak atas papan pemotong, hiris sedang-sedang (gambar 2 dan 3).

Akan ada lebihan minyak dan air daging dalam pan. Jangan dibuang. Masukkan sos Heinz dan kacau sekata. Jadikan sos pencicah yang sedap untuk steak daging lada hitam panggang (gambar 4).

Resepi Sup Cendawan Simple Yang Sedap

Kalau dah makan steak, wajib ada sup cendawan. Barulah lengkap hidangan tu. Saya buat yang simple saja.

Tetap rasanya sedap dan membuka selera.

Bahan-bahan :

  • 1 tin sup campbell cendawan-kentang
  • Sebiji bawang putih
  • Lada hitam – tumbuk
  • Susu penuh krim
  • Marjerin dan olive oil

Cara membuat sup cendawan simple

  • Masukkan minyak zaitun (olive oil) dan marjerin dalam sesudu. Tumis bawang putih dan lada hitam.
  • Nampak dah garing, masukkan sup campbell cendawan. Saya masukkan air satu tin.
  • Selepas menggelegak tu, masukkan susu. Ikut nak pekat atau cair macam mana.

4 thoughts on “Cara Masak Steak Simple Guna Grill Pan Ikea”

Leave a Comment