coleslaw-kfc

Senangnya Buat Coleslaw KFC, Sedap Lebih Berkrim

Senangnya buat coleslaw KFC I Percaya atau tidak mudah sangat nak buat resepi coleslaw yang macam dekat restoran KFC itu.

Setiap kali buat coleslaw, saya memang guna resepi ini.

Tak pernah lagi cuba resepi lain. Sebab, resepi coleslaw yang ini pun dah sedap betul. Rasa manis, masam, lemak berkrim semua ada.

Walaupun ada penggunaan susu tepung, tapi percayalah. Bila dah diblend semua bahan itu, rasa susu tepung itu tak rasa pun.

Ada resepi yang saya terperasan menggunakan susu segar. Mungkin, sedap juga kejadian coleslaw tu nanti. Cuma, saya tak pernahlah cuba lagi.

Guna Kubis Ungu Lebih Sedap

Coleslaw ini macam salad kubislah kiranya. Diganding bersama lobak dan digaul dengan mayonis. Nak bagi rasa sedap itu terbit, tambahlah bahan-bahan lainnya.

Kalau makan dekat restoran KFC, sayur kfc inilah antara favourite orang Malaysia.

Saya pernah buat coslow guna kubis ungu itu. Sememangnya rasa dia lebih sedap dan lagi rangup.

Kalau ada penyagat, eloklah gunakan sagat untuk racik kubis dan lobak merah. Kubis dan lobak merah akan terpotong dengan lebih halus. Lagi halus memanjang, lagi sedap hasilnya nanti.

nettyahhiyer.com

Tapi, disebabkan rumah saya tak ada benda-benda itu, saya hiris nipis pakai pisau. Sayang sikitlah sebab tak berapa nak halus. Akhirnya saya belajar cara potong kubis coleslaw yang betul.

Lobak pun hiris nipis kalau nak sedap.

Ini pun sejenis makanan peram macam kimchi korea tu.

Bahan-bahan Buat Resepi Coleslaw KFC

  • Kubis bulat – 1/2 saja – hiris nipis
  • Lobak merah – 2 biji (saiz sederhana) – hiris nipis
  • Mayonis – 4 ke 5 sudu (biasa saya letak lebih. Ikut citarasa anda ya)
  • Susu tepung – 2 sudu
  • Perahan lemon – 2 sudu (ambil jusnya)
  • Gula – ikut anda nak manis macam mana.
coleslaw-kfc
Resepi Coleslaw dalam gambar ini saya buat masa tahun 2016. Nampak tak betapa besar potongan sayur tu.. hahaha.

Cara Buat Coleslaw Sesedap Restoran

  1. Satukan kubis dan lobak merah.
  2. Masukkan mayonis. Gaulkan bahan-bahan ini.
  3. Kemudian, masukkan susu tepung, gula, dan perahan lemon.
  4. Gaul sebati dan anda perlu rasa semasa membuatnya.
  5. Jika kurang lemak, tambahkan susu tepung dan mayonis. Kalau nak manis lagi, tambahkan gula.
  6. Perahan lemon itu akan beri keseimbangan rasa pada coleslaw ini nanti.
  7. Dah puas hati dengan rasa dia, bolehlah masukkan bekas dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah.
  8. Kalau nak terus makan pun boleh juga. Tapi saya suka dia terperam dalam dua tiga jam dalam peti sejuk.

Baca : Cara masak steak simple guna grill pan Ikea

nettyahhiyer.com
resepi-coleslaw-kfc-lebih-berkrim

Makan Coleslaw Dengan Daging Bakar Pun Sedap

Biasanya, kalau buat resepi daging panggang ala western kat rumah ini, saya akan buatkan juga coleslaw untuk budak-budak.

Kalau tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk semula.

Biasanya habislah. Jarang tak habis. Anak-anak suka. Bagi saya, inilah resepi coleslaw sedap yang pernah saya cuba.

Rasa creamy coleslaw ini lebih sedap daripada coleslaw sayur KFC itu.

Saya juga pernah kongsikan resepi kentang putar gebu. Lebih lengkap kan jika dapat nikmati coleslaw dengan kentang putar ini.

Haa.. resepi coslow saya buat ini boleh lawan kesedapan resepi sayur kfc tu tau.

Gituh.

Video : 3 Tip Buat Creamy Resepi Coleslaw Tersedap Dari Chef Antarabangsa

Begini cara buat coleslaw lebih berkrim dan sedap. Boleh rujuk video yang saya kongsikan.

Chef ini cuma guna tiga bahan saja;

  • kubis,
  • lobak merah dan
  • rich sauces real mayonnaise.

Antara tip menarik semasa penyediaan coleslaw resepi chef ini, lobak perlu dikupas kulit luarannya. Itu yang menjadikannya lebih fresh.

Ini nisbah sukatan untuk dapatkan creamy coleslaw yang lebih pekat.

  • Kubis : lobak : rich sauces real mayonnaise
  • 50% : 5% : 45%

Sayangnya mayonis sebenar yang macam dikongsikan dalam video ni cuma ada di luar negara pula. Dan tidak dapat dipastikan halalnya.

coleslaw-kfc

Jika mahu mencuba juga boleh cari Lady’s Choice Real Mayonnaise Dressings. Saya tak pernah membuatnya lagi. Cuba baru mencari infonya saja. Nanti bila saya dah cuba, saya update dalam entri yang baru.

Berapa Jumlah Kalori Dalam Sayur KFC Ini

Untuk hidangan coleslaw seberat 80 gram, jumlah kalorinya adalah 150 kcal.

kalori-sayur-coleslaw-kfc

Jika anda sedang berdiet, dalam masa sama mahu juga makan sayur coslow KFC boleh cuba gantikan mayonis dengan yang rendah sodium.

Dalam pengambilan 15 gram Mayonis Kewpie pink (kira-kira 1 sudu besar) bersamaan mengandungi 0.3 gram natrium klorida. Ibarat mengambil secubit garam saja.

Jenis Kubis Terbaik Untuk Buat Coleslaw

Kebiasaannya untuk menghasilkan coleslaw yang sedap penggunaan kubis bulat inilah pilihannya. Sajian klasik dalam resepi asal coleslaw.

Kubis ungu juga memberikan rasa yang sedap pada coleslaw anda. Namun, warna semulajadi pada kubis selalunya akan mengubah coleslaw anda menjadi ungu.

Ada juga yang menggunakan kubis napa dalam resepi coslow dan gabungan yogurt menjadikan resepi ini lebih sihat.

Kenapa Coleslaw Jadi Berair

Sememangnya coleslaw ini sajian yang agak berair. Memandangkan adanya penggunaan sayur-sayuran di dalam pembuatannya.

Tapi jika terlalu berair tidak bagus sebenarnya. Bimbang sudah tercemar dengan bakteria pula.

Ini cara elakkan coleslaw jadi terlalu berair. Sebaiknya, semasa proses pembuatan pastikan sayuran benar-benar kering sebelum anda potong ataupun hiris. Dan semasa menyediakan dressing. Pastikan dressing anda mencukupi untuk jumlah sayuran yang digunakan.

Kekurangan dressing juga boleh sebabkan coleslaw berair.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. abe kie November 19, 2021
    • nettyahhiyer November 19, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!