Resepi terung bakar ini sebenarnya mudah saja nak buatnya. Kalau tahu skill cara masak terung yang betul, sedaplah hasilnya.
Paling penting adalah nak buat terung bakar yang betul-betul lembut lagi juicy. Macam-macam boleh masak dengan sayur terung ni. Buat resepi terung bakar santan, terung bakar santan, terung bakar sambal belacan telur, malah terung bakar berlada. Masak resepi sambal terung pun sedap.
Saya mencuba resepi terung bakar berkuah santan dari rakan facebook saya, kak Suzy Sharif. Memang enak lemak-lemak gitu.
Resepi Terung Bakar Santan
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan Terung Bakar Santan
- 2 biji terung ungu panjang – dibakar
- 1 biji bawang besar – dihiris
- Sedikit cili besar, cili api dan sedikit belacan – kisar guna chopper atau pengisar kering
- 1 pek santan kotak kecil
- Sedikit air
Cara Buat Terung Bakar Santan
- Terung dibakar atas api. Buang bahagian yang hangus. Hiris kecil-kecil.
- Bawang hiris masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cili kisar, masukkan santan dan sedikit air.
- Perasakan dengan garam dan gula.
Baca juga : Mencuba sambal lada Kelantan tanpa belacan
Resepi Terung Bakar Cili Padi Telur
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan
- 2 batang terung panjang – dibakar
- 3 biji bawang merah kecil – digoreng dan ditumbuk
- 2 ulas bawang putih – digoreng dan ditumbuk
- 2 tangkai cili hijau besar – digoreng dan ditumbuk
- 3 tangkai cili padi merah – digoreng dan ditumbuk
- Sedikit belacan
- 2 biji telur
- Garam dan perasa
Cara Buat Terung Bakar Telur
Resepi terung bakar telur ini pertama kali saya cuba. Saya tengok resepinya di youtube dan mencubanya sendiri. Sedap juga hasilnya.
Sebab terlebih rajin ambil gambarkan, saya tunjukkan step by step buat terung bakar sambal belacan telur ini ya.
Basuh bersih terung ni. Kalau rajin basuhlah luarnya dengan garam, bilas bersih.
Saya bakar atas pan pemanggang gini je. Ikutlah ada yang buh dalam jaring-jaring tu kan.
Panggang sampai isi dalam dia lembut betul. Jangan risau kalau kulitnya hitam terbakar, nanti boleh kikis buang je.
Sementara nak bagi selesai membakar tu bolehlah goreng cili, bawang putih, bawang merah dan tomato ceri.
Sukatannya macam dalam gambar tu.
Nak tambah belacan dalam sambal belacan untuk terung bakar ni pun sedap.
Goreng sekejap je. Janji bagi hilang bau ‘langu’ dia (apa lah bahasa melayu dia.. ni mak saya selalu cakap kat saya)
Bila dah siap goreng. Tumbukkan lah sampai macam yang anda nak tekstur tu. Saya ok je kasor gini. Nampak yummy kan.
Masa ni siap-siapkan bagi rasa kat dia. Saya buh garam, aji skit je.
Haa.. cam gitu rupa terung saya tu. Pastu saya alihkan dalam kuali nilah.
Saya suka kuali delighto ni sebab dia tak hanguskan makanan. (Kena pandai jaga juga nak bagi menten coating dia tu. Ni kuali non stick ya)
Pecahkan tengah dia. Masukkanlah telur.
Lepas tu saya curahkan sambal atas dengan keliling dia. Onkan api. Bila dah panas tu, masukkan minyak sikit. Kena usik-usik jugak agar sambal dan telur masak sekata.
Saya tutup kuali sebab nak bagi telur dalam tu masak betul. Tapi tetap half cooked jugak sebab saya suka yang gitu.
Ikutlah masing-masing nak camane. Ada yang bancuh siap telur tu kendian tuang kat tengah. Macam-macam versi sebenarnya.
Cara Bakar Terung Atas Dapur Gas Agar Juicy Lagi Lembut
- Saya guna terung ungu yang panjang tu untuk buat terung bakar. Pernah juga guna terung bulat tu.
- Guna pan Ikea saya tu untuk memudahkan cara bakar terung dengan hasil yang juicy lembut.
- Dengan menggunakan api sederhana, terong dibakar sampai masak dan isi dalam terung lembut. Akan keluar hangus terbakar. Jangan risau, kemudian boleh buang kulit yang hitam hangit tu semasa hendak dimasak.
- Balik-balikkan terung untuk hasil yang padu.
- Nanti isi terung akan mengeluarkan jus. Itu tanda terong bakar anda sudah pun lembut dan menjadi.
- Bolehlah angkat dan ketepikan.
- Cara membakar terung ini juga boleh digunakan untuk bakar terung atas jaring atau direct api dapur gas.
- Terung bakar yang lembut akan menghasilkan masakan santan, air asam mahupun bersambal belacan yang sedap.
Baca juga resepi terung :
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Ha antara menu kegemaran saya. Kalau ada, mesti akan ambil dan dijadikan lauk!
Sama geng rupanya kita.. hihi.
Teringat makan terung bakar air tangan Juliza Adlizan. Memang terbaik. Nanti nak cuba buat jugak
Uit! Air tangan retis saja ya kak.. cuba jangan tak cuba kak.