Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer

Sebelum ini, santan kotak saya beli mesti akan dihabiskan dalam seminggu. Sebab kalau simpan dalam peti sejuk mesti cepat basi. Lagipun, peti sejuk saya dan berbelas tahun usianya.

Tahap power dia taklah macam baru-baru beli kan.

Sampailah satu hari, terfikir nak simpan saja dalam bahagian freezer aka peti beku. Masalah lain pula timbul bila simpan dalam tu. Tahan tu memanglah tahan, sampai berbulan.

Cuma, bila nak guna santan jadi berketul-ketul. Masak gulai ke bubur guna santan beku berketul, masakan memang takkan jadi cantik.

Saya pun google lah tip yang mudah cara mencairkan santan beku. Maka, terjumpalah satu tip cara cairkan santan beku ini. Suruh blend santan beku tu dengan air panas.

Huish! mau rosak blenderku nanti. Blender pun sejenis old-school jugak.

Makanya, saya cubalah cara buat santan cair dari santan kotak beku dengan style sendiri. Cuma agak ambil masa sedikitlah.

Sebab nak kena bagi cair dulu santan beku berketul yang baru keluar dari freezer. Rujuk bawah ini ya, cara saya buat :

Cara Cairkan Santan Kotak Beku Baru Keluar Dari Freezer

Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer

Kalau saya rajin, saya tukar bekas santan ni. Kalau datang penyakit M. Maka, seketul-seketul tulah saya letak je dalam peti bahagian beku tu.

Jadi, kita keluarkan. Nanti akan nampak tekstur santan tu berketul-ketul macam dalam gambar atas ni.

Sebab santan Kara ini akan ambil masa yang lama juga ya nak jadi cair. Dalam setengah jam gitu.. tapi tak bebetul-betul cair pun. Kalau sejam mungkin iya cairnya.

Sepanjang proses mencuba cara defrost santan ni, tutuplah bekas santan tu. Jangan bagi terdedah.

– pesan kak Netty
Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer

Akan jadi ketul-ketul gini. Bila dah cair saya pindahkan ke pinggan (sajalah nak tunjuk tekstur ketul-ketul tu). Ada orang masuk je terus dalam masakan, dia jadi cair.

Tapi, saya dah cuba cara tu beberapa kali. Tetap jadi ketul. Mungkin sejenis tangan tak bedung kot. Kiki..

Cairkan Santan Beku Guna Air Panas, Pun Boleh

Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer

Masa ini saya campur dengan air suam dan kisar. Ikutkan tip yang saya baca tu, kena guna air panas. Tapi untuk yang dalam gambar ini saya guna air suam. Sebab santan dah cairkan. Satu lagi saya bimbang mata blender tu tumpul ke apa.

  • UPDATE : Hari tu saya try cara cairkan santan beku guna air panas tu. Lepas keluar dari freezer, campur air panas dalam santan. Masukkan blender dan kisar. Sebab santan masih beku, jadi air panas tu taklah jadi panas pun. Dia jadi sejuk balik. Bermakna, boleh je guna dua-dua cara. Yang ni teknik cepat cara mencairkan santan beku.

Nanti hasilnya macam dalam blender tu. Jadi halus semula tekstur santan kotak tu.

Rupanya mudah saja cara cairkan santan kotak ini. Tak ambil masa yang lama pun.

Hasil Santan Kotak Selepas Dikisar, Tak Lagi Berketul

Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer

Ini saya dah pindahkan ke pinggan. Nampak berbuih-buih pulak. Tapi dia ok sebenarnya.

Baca juga : Empuknya rendang ayam pencen, paling sedap pernah dimasak

Kenapa Santan Berketul Bila Simpan Dalam Peti Ais Atau Peti Sejuk Beku

Santan kelapa itu sendiri baik original atau kotak sifatnya tinggi lemak. Malah, kurang padat daripada air.

Apabila disimpan lama dalam peti ais atau bahagian peti sejuk beku, bahagian campuran yang lebih ringan dan berlemka itu akan naik ke bahagian atas.

Lalu terpisah daripada airnya.

Sebab itu, perasan tak kalau baru keluarkan santan dari peti ais mesti yang pekat tu dok kat atas. Yang cair tu kat bawah. Sebab itulah, kena kisar bagi ‘dorang’ bersatu balik.

Cara Betul Cairkan Makanan Berasaskan Dairy

Kata kawan saya yang juga chef, makanan yang berasaskan dairy (produk tenusu) memang begitulah caranya kalau nak bagi halus, lembut balik tekstur dia. Kena kisar semula.

Makna kata cara simpan santan kotak dalam peti beku itu tidaklah salah. Memang macam itu pun cara terbaiknya.

Kalau terbeli santan kotak saiz besar saya akan bahagi kepada bekas kecil, sebelum simpan dalam peti beku. Nanti nak guna kisar saja di blender.

Selamat mencuba.

11 thoughts on “Cara Cepat Cairkan Santan Kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer”

  1. sebab tu aida akan beli santan kotak yg kecik. Sekali buka, terus guna abis. Sebab takot membazir, kan.

    Tapi tu la, guna cara ni, mcm menjadik. Bolehbguna lagi. Semua nya kena try an error kan. Baru la kita tau.

    Reply
  2. Oh macam tu, caranya… tapi kalau saya selalu masukkan jer dalam masakan tu nanti dia mencair dalam masakan dan top sedikit air, sebab masakan dah memang panas sambil tu lambung2 kuah yg ada dalam masakan ( jimat tak perlu basuh blender )

    Reply
  3. Itu lah santan kalau dah beku mmg tak cantik masakan. Tq tips. Selalu Yaya beli kotak kecil je. Dan tak simpan dalam peti pun, letak luar macam tu je. Elok je tahan seminggu dua setakat ni.

    Reply
  4. ok tq tips
    mmg bermanfaat tips sebegini.
    saya kalau santan x habis, mmg buang je lah pasal bila guna semula, santan dah rosak.
    bila bekukan mmg tekstur tak cantik bila dah cair.
    nnt nak guna tips awak, yeay.

    Reply
  5. Saya guna santan segar yg dibeli di pasar dan kemudian bekukan dan so far masih elok sbb santan tu baru diperah tapi kalau beli di pasaraya mmg santan tu kurang elok

    Reply

Leave a Comment