About Travelog Wartawan. Tahun 2008 mungkin awal, saya mula menulis blog di platform blogspot. Tak silap saya, masa itu saya gunakan nama ‘Hijau Epal’ terinspirasi dari laptop rona hijau epal pertama yang berjaya dimiliki.

Waktu ini, saya masih dengan majalah Dewan Siswa.

Sehingga November 2009, saya berpindah ke ‘rumah’ baru ‘Rasa Sayang Skali’ juga di platform blogspot. Masih berkonsep sharing suka-suka dengan rutin harian sendiri.

Dan sudah bertukar membuat majalah kewanitaan, Mingguan Wanita.

Walaupun waktu itu, bujangan lagi.

about
Masayu Ahmad, kawan yang membuka mata saya ‘hebatnya kuasai penulisan online’.

Pertengahan tahun 2013, bertemu sahabat lama, Puan Masayu Ahmad yang membuka mata akan ‘hebatnya bila dapat menguasai penulisan blog’. Pengalaman bersama grup komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) memberi ruang pada saya untuk lebih memahami dunia blogging.

About Travelog Wartawan

Dan masa ini blog saya, saya susun semula jadi platform yang lebih mesra dengan komuniti ABDR. Menerusi Travelog Wartawan di platform blogspot saya terus berkarya.

about
Rindu kawan-kawan sama belajar dalam kelas online Irfan Khairi.

Tahun 2015, saya diam-diam sambung belajar di Open Education bersama Irfan Khairi untuk ‘Strategi Perniagaan Internet’. Hujung minggu, saya pergi kelas. Walau pun masa itu, tak nampak pun untuk apa dan kenapa. Hahaha..

about
Team digital Mingguan Wanita ; saya, Nadia Mohamad (kini surirumah), Rosiati Elias (mantan boss saya) dan Ai Suhaidah.

Tahun 2017, dari seorang wartawan majalah dipindahkan ke unit digital. Mengendalikan platform digital Mingguan Wanita. Termasuklah website, facebook, instagram dan twitter Mingguan Wanita. Sedikit demi sedikit, belajar akan dunia digital dan online.

Tahun 2021, dengan bantuan kak Azni, saya dapat memulakan sebuah website atas nama sendiri di platform ini. Di sini saya belajar pula tentang SEO dan ranking web dengan kak Azni.

Alhamdulillah.. walaupun macam ‘pecah kepala’, perasaannya BAHAGIA.

Jun 2021, saya join pula Biters Blogger di bawah kendalian Siti Awadah atau lebih dikenali dengan panggilan Sis Awa. Belajar dengan lebih mendalam tentang SEO, trafik blog yang baik di Google dan gali ilmu blogger. Begitulah.

Dan tentunya website ini adalah perkongsian harian saya tentang apa yang saya rasa, alami yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Mungkin, sejak dari kecil tuhan sudah tetapkan inilah bakat yang dianugerahkan untuk saya. Alhamdulillah, kerana melalui pemberianNya inilah saya dapat mencari rezeki.

nettyahhiyer.com

September 2021, saya menerima badge trusted Blogger dan trusted influencer dari Intellifluence. Satu benda baru bagi saya. Alhamdulillah, saya bersykur.

about-netty-ah-hiyer-travelog-wartawan

Semoga, saya dapat kekal menulis yang baik-baik dan melaluinya dapat berkongsi manfaatnya dengan orang lain.

Inilah sedikit sebanyak, mengapa saya suka dan insyaAllah akan terus menulis (di mana platform pun yang masih menerima saya).

Salam manis,
-netty ah hiyer-