kari-terung-terung-santan

Kari Terung Tanpa Santan, Cara Masak Untuk Beginner

Kari terung tanpa santan untuk beginner | Setiap kali nak masak kari saya mesti berdebar sendiri. Tahu dah, nanti kuali saya ke mana, sudu ke mana, kari pun entah ke mana.

Begitulah perumpamaan betapa susahnya masakan kari ini pada saya.

Mungkin kerana saya dibesarkan dengan masakan Jawa yang banyak tumis. Maka, masakan kari agak janggal bagi saya.

Tapi, sebagai anak Jawa kental.. hahaha. Saya tetap perlu mencuba. Walaupun, kadang entah apa-apa lah jadinya.

Baru ini saya cuba buat terung masak kari tanpa santan. Disebabkan saya masih beginner dalam bab mengari ini, maka saya buat kari terung simple saja.

Macam emak saya dia sememangnya suka buat terung masak kari. Dan tak gunakan santan. Sebab abah ada asma dan tak tahan dengan santan.

Okay, resepi terung kari ini memang ikut suka hati ku. Allah.. bila dah masak, sedap pulak kejadiannya. Memang resepi campak-campak bantai-bantai ini kadang menjadi ya wahai pembaca blog ku.

Pajeri Terung Guna Kerisik

Bila saya kongsikan di facebook sendiri. Kawan-kawan kata, dah macam pajeri terung pun iya. Sebab saya campurkan kerisik dalam kari tak guna santan ini.

Biasanya kerisik ni saya guna bila buat masakan asam atau rendang. Ni buh dalam kari terung pulak.

Cuma, pesan kawan saya itu, kalau nak buat pajeri terung tak perlu lah nak letak halba dan daun kari sekali.

Okay, lepas ini saya boleh cuba cara yang kawan saya cadangkan itu.

Jom! masak kari terung tanpa santan.

Baca : Daging ketumbar Dato’ Rizalman, sedap perap guna serbuk ketumbar

kari-terung
Terong masak kari

Resepi Kari Terung Tanpa Santan

Masa penyediaan : 45 minit (bercampur debaran yang teramat. Masak kari katakan.. hahaha)

Bahan-bahan Untuk Resepi Kari Terung Simple

  • 2 ketul terung panjang – potong kecil (goreng dulu boleh, tak nak pun boleh)
  • 1/2 bawang besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1/2 genggam ikan bilis – tumbuk halus
  • Sedikit halba
  • Serbuk kari daging – anggaran 3 sudu besar (belana jumlahnya kau.. tapi ni anggaran je. Sebab saya curah dari pek kari tu terus selalunya. Agak-agak sendiri)
  • Serbuk cili – dalam 1 sudu besar (pun agak-agak je ni)
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Kerisik

Cara Masak Kari Terung Tak Guna Santan

  1. Tumis bebawang, kayu manis, bunga lawang dan halba serta bilis sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. (Time ni dah kalut tak taulah nak masuk mana dulu.. kari ke cili ntah lah)
  3. Masukkan air asam jawa dalam semangkuk macam tu. Biar sekejap. Masukkan daun kari.
  4. Nampak dah kuah menggelegak masukkan terung.
  5. Kuah kari dah pekat sikit, masukkan kerisik.
  6. Buh lah gula, garam dan perasa.
  7. Bila rasa dah ngam, kuah pun dah memekat.. nampak terbit minyak time ni. Bolehlah matikan api.
  8. Siap terung kari saya ini.
Walau dah lama masuk dapur, bila sampai jenis masakan kari ini. Saya tetap kata saya beginner. Tapi, en Yem okay je makan kari terong tu. 

Dia kata sedap.

Dah macam gulai terong tanpa santan pun iya ni. Hahaha..

Janji en Yem kata sedap terong masak kari ini. Kira otailah tu di mata en Yem. Cukuplah kan. Nak apa lagi ye tak. Perut suami happy, isteri pun jadi happy sama. Kah kah kah.

Masak kari je pun. Boleh kau fefeling loving-loving pulak netty oii. Eh! memasak pun sejenis rahsia bahagia suami isteri apa.

Selain kari terung, saya share juga sambal picit terung pipit yang sedap. Resepi kakak ipar, pior dari Lenggong.

Baca : Asam pedas Klebang, resepi warisan Acik Naros

kari-terung

Rahsia Masakan Kari Sedap

Sebagaimana yang dikongsikan majalah RASA, rupanya ada rahsia nak jadikan masakan kari tu sedap.

Kalau nak lepasi tahap beginner tu, kena cuba cara masak kari yang dikongsikan ini.

Tip Buat Kari Ayam Atau Daging Sedap

  1. Rempah kari kenalah garing. Tapi jangan sampai hangus. Tumis dulu bawang dan rempah ratus, baru masuk rempah kari ayam atau daging. Sepantas seminit dua, pastu masukkan air. Sikit je air tu janji cairkan rempah kari. Perlahankan api sampai terbit minyak.
  2. Barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan ayam atau daging, biar sampai mengecut. Baru tambah air.
  3. Dah masuk air, masukkan santan atau susu segar. Api kena perlahan sebab nak bagi kuah mereneh.
  4. Kentang dah empuk, masukkan asam keping atau air asam jawa. Perasakan dengan garam.
  5. Guna bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Ni rempah rahsia dia.
  6. Orang belah utara lebih suka perap dulu daging dengan rempah, baru masak kari. Daging jadi lembut, aroma kari meresap dalam daging. Itu yang buat kuahnya sedap.

Baca juga :

Kari Ikan Sedap

  1. Nak bagi sedap, masukkan 1 sudu besar beras sangai atau yang dah ditumbuh halus sebaik selesai menumis.
  2. Kalau ikan hanyir campurkan asam jawa dan ramas bersama santan. Nanti bau hanyir tu hilang.
  3. Masa menumis, masukkan sikit garam, agar rempah garing dengan sempurna.
  4. Nak bagi sedap, patahkan 2 ke 3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masuk ikan.
  5. Kalau nak guna bendi, jangan masuk dalam kari. Rebus dulu campur sikit garam dengan minyak. Nanti baru hidang.
  6. Kuah kena menggelegak dulu baru masukkan ikan. Kalau tak ikan hancur, kuah jadi hanyir.
  7. Ikan dah masak, kecilkan api biar sampai terbit minyak. Tak perlu lama pun.
  8. Nak kari ikan sedap, guna rempah biji sawi, halba dan jintan putih atau halus.
  9. Jangan guna jintan manis. Out nanti rasa dia.
  10. Kari ikan yang dah sehari tu lebih sedap bila diperangatkan. Rempah dengan santan tu dah sebati dengan kuah.

Haa.. begitulah tipnya rupanya. Nanti bila nak masak rempah kari terung ke ayam ke daging, bolehlah saya rujuk info ini lagi. Buka-baca ulang-ulang biar melekat dalam kepala.

nettyahhiyer.com

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Leave a Reply

error: Content is protected !!