rendang-ayam-pencen

Empuknya Rendang Ayam Pencen, Paling Sedap Pernah Dimasak

Nak dapatkan rendang ayam pencen yang empuk memang kena rebus dan masak lama. Ayam pencen ini adalah ayam tua yang dah ‘stop production’ bertelur.

Sebab itu dagingnya liat dan keras. Kalau guna pressure cooker cepatlah lembut isinya. Memandangkan saya cuma ada periuk lejen, kenalah rebus dengan penuh kesabaran.

Ayam tua masak apa sedap? Ayam tua ini paling sedap bila buat rendang.

Nak dibuat masak ungkep pun enak juga.

Isinya padat dan tak berlemak berbanding ayam daging itu. Bila isi ayam tua ini dah empuk, dia punya kenyal tu sedap dikunyah.

Cerita yang sampai merendang ini, sebab dah lama betul teringin nak masak rendang guna ayam pencen. Pesan ke en Yem suruh beli ayam tua ini, gamaknya dia terlupa sokmo.

Hari ini en Yem beritahu dah belikan ayam tua yang saya nak tu. Kenalah cepat-cepat masakkan. Lagipun dah lama benar teringin nak cuba.

Bila dah kirim ke en Yem beli santan, daun kunyit bagai. Tiba-tiba teringat yang bahan rempah macam ada yang tak cukup. Tapi dah ala-ala time Covid ni malas dah nak suh en Yem gi kedai lagi.

Jadi, masak sajalah resepi ayam pencen dengan mana bahan yang ada di dapur.

Sedap jugak nanti. InsyaAllah.

Cara Masak Rendang Ayam Pencen

rendang ayam pencen

Selepas ayam cuci bersih, masukkan dalam periuk. Isilah air penuh dan rebus ayam menggunakan api perlahan. Saya campurkan sedikit garam dalam air rebusan.

Berapa lama rebus ayam tua : Nak rebus ayam tua ini memang lama. Saya mula merebus ayam pencen dari jam 12 tengahari sampai dekat jam 2 petang baru saya tutup api.

Tak apalah lama sedikit, yang penting hasil rendang ayam tua nanti empuk dan tak liat. Sedap pun sedap.

Siapkan Bahan-bahan Resepi Rendang Ayam Pencen

rendang ayam pencen
  • Sementara itu, siapkan bahan-bahan rendang untuk kisar. Antaranya, bawang merah, bawang putih, cili padi, halia, kunyit hidup, lengkuas.
  • Serai itu saya tak blend. Ketuk-ketuk gitu je. Ikut mood jugak. Ada masa saya blend sekali.
  • Cili giling saya beli siap. Lebih kurang 3 sudu besar sukatannya. Tak begitu rajin nak buat cili sendiri. Lagipun, cili dekat rumah ni yang beli di NSK. Ya ampun! dia punya pedas.
  • Masukkan minyak, bila minyak dah panas. Masukkan bahan kisar. Tumis seketika.
  • Lepas tu masukkan cili kering dan serai.
  • Inilah bahan rempah yang ada. Sedih betul.
  • Ikutkan resepi rendang ayam pencen saya ini kena ada kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, jintan. Tapi hat dalam gambar je adanya. Jadilah.
  • Masukkan dalam tumisan tadi.
  • Tumislah sampai bahan rempah tu dah naik bau dan garing. Saya tambahkan juga sedikit serbuk ketumbar.
  • Masukkan ayam yang dah empuk tu. Kacau sebati seketika.

Cara Masak Ayam Tua, Saya Guna Santan Kotak Dan Santan Original

  • Nampak macam dah sebati tu, masukkan santan. Saya guna santan kotak dan santan original.
  • Santan kotak tu bancuh dengan air dalam anggaran seperiuk kecil. Macam dalam gambar ini.
  • Bila dia dah pekat sikit, baru saya masukkan santan original. Sukatannya satu mangkuk besar (hidang nasi tu)
  • Kacau seketika dan biarkan dia memekat.

Masak Rendang Ayam Tua Dengan Api Perlahan

  • Sepanjang proses ayam tua masak rendang ni kena guna api kecik ya. Begitulah masak rendang ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Hiks.
  • Kita bagi masa dekat santan dan bahan-bahan masakan tu meresap ke dalam ayam. Gituh!

Baca juga : Resepi ayam ungkep Jawa

  • Sementara itu, siapkan daun limau purut dan hiris daun kunyit.
  • Daun limau purut ni buang tangkai tengahnya. Elak daripada rasa pahit.
  • Bila kuah dah memekat, masukkan daun limau purut dan kerisik.
  • Sebab kerisik banyak, ku masukkan sampai 3 sudu. Lagi-lagi kerisik mak Ina ni memang thorrbaik.
  • Sesekali kacau ayam tu. Sebab bila dia dah pekat, takut bahan masak berkumpul kat bawah kuali. Kang hangit pulak.
  • Perasakan dengan garam, gula. Kalau nak buh perasa terpulang.
  • Agak kuah dia dah makin memekat, masukkan daun kunyit yang dah hiris. Gaullah sampai terbit minyak. Kalau nak kuah lebih, takyah kacau lama-lama.
rendang ayam pencen

Hasilnya, selepas melalui proses memasak resepi ayam pencen yang panjang tu. Rendang ayam tua sedap sebab taklah liat dan keras. Dia jadi empuk. Yang lama adalah masa untuk merebus ayam tu.

Dan percaya atau tidak, walau bahan rempah saya nan hado, rasanya inilah resepi rendang ayam tua atau pencen paling sedap pernah saya buat. Kadangkala yang campak-campak tu yang sedap. Ye tak?

rendang ayam pencen
Hasil kejadian ayam pencen masak rendang.

Kalau anda sedang mencari cara memasak rendang ayam, sebenarnya boleh saja gunakan bahan-bahan yang saya kongsikan di atas.

InsyaAllah, resepi rendang ayam sedap juga kejadiannya.

Cara memasak rendang ayam ini proses dan tekniknya sama saja, cuma ayam tua tukar kepada ayam daging. Tak perlulah nak direbus lama untuk bagi empuk sebagaimana ayam tua itu.

Air Rebusan Simpan Buat Stok

Ni sebab pengaruh Koreah jugak ni. Air lebihan resepi ayam tua tu saya tak buang pun. Saya masukkan dalam botol dan simpan jadikan stok.

Nanti bila nak goreng sayur ke apa bolehlah jadi perisa tambahan. Lagi pula tetiba teringin nak buat asam pedas Melaka ikut resepi kak Naros.

Memang tak mengecewakan resepi asam pedas Klebang ini. Kuah dia pekat dan rasa macam asam pedas yang kalau kita makan kat Melaka tu.

Jadinya, terfikir nak tambah stok ayam ni dalam asam pedas Melaka. Tak dapat bayang lagi rasanya sebab tak buat pun lagi. Hahaha.. gempak je lebih netty ni.

Cara Melembutkan Ayam Tua Dengan Betul

Ayam tua atau ayam pencen ini memang semua tahu dia keras dan liat isinya. Nak melembutkannya ambil masa yang panjang. Untungnya kalau ada periuk tekanan atau pressure cooker.

Cuma ambil masa sekejap, dalam 40 minit dah empuk.

Waktu saya buat rendang ayam pencen ini saya tiada pressure cooker lagi. Jadi, guna kaedah tradisional saja masak atas dapur. Tu yang lama tu.

Dari pembacaan yang dikongsikan majalah Rasa, ada cara betul nak lembutkan ayam tua ini. Antara petua yang dicadangkan adalah dengan merebus ayam pencen dengan beberapa bahan yang mempercepatkan proses mengempukkannya.

Caranya : Tumbuk 1/2 sudu kecil lada hitam dengan sedikit halia. Masukkan dalam air beserta ayam tua. Rebus sehingga ayam tua tadi lembut.

Nak sedap masak ayam tua ini dalam periuk cast iron. Panasnya pun tahan lebih lama.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

8 Comments

  1. Shahada Fauzi April 5, 2022
  2. MrsPip April 6, 2022
  3. shimajelani April 7, 2022
  4. Rozita ceritaita April 8, 2022
  5. Shida Rahmat April 9, 2022
    • nettyahhiyer April 11, 2022
  6. yong April 10, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!