Mana-mana suami isteri impikan perhubungan yang bahagia dengan pasangan. Memiliki suami yang tahu cara sayang pasangan.
Itu pun teramatlah bahagia hidup pasangan suami isteri. Penting untuk menjaga hubungan dengan pasangan kerana di situlah harmoni sebuah keluarga bakal terbina.
Semoga tips bahagia dengan pasangan yang bakal dikongsikan ini dapat menjadi panduan yang baik untuk suami isteri yang sentiasa mencari dan berusaha untuk mencari bahagia dalam rumah tangganya.
Ketahui 5 Tips Bahagia Dengan Pasangan
Tips bahagia dengan pasangan ini memang kena dicari dan diusahakan bagi jadi. Jangan cuma mengharap sebelah pihak saja yang memberi. Jom sama-sama semak.
Belajar Untuk Menjadi Pencinta Yang Setia
Semakin lama menjalin hubungan suami isteri, seharusnya semakin tahu tips memahami pasangan. Misalnya memahami apa yang disukai dan tidak disukai pasangan.
Setiap hari adalah pelajaran untuk mengenal hati budi isteri mahupun suami.
Sebab itulah, pentingnya ada komunikasi yang baik antara suami mahupun isteri. Pasangan yang gagal berkomunikasi dengan baik menyebabkan wujudnya perasaan ‘makan hati’ ‘makan dalam’ ‘tawar hati’.
Jadi, setiap hari dapat berkongsi idea, rasa, impian dengan pasangan akan menzahirkan rasa cinta yang mendalam. Cinta itu perlu dipupuk hari-hari ya.
Bajai dengan kasih sayang dan setia. Ingat! jangan sesekali terfikir untuk curang.
Sebut pun dah seram. Sebab itulah ujian terhebat dalam sebuah rumah tangga yang terbina atas dasar cinta. Andai setia jadi sandaran. Tentunya bahagia dengan pasangan, berkasih sayang yang berpanjangan jadi milik anda.
Kenal Hati Budi Pasangan, Tetapi Tidak Bermaksud Memperlekehkannya
Realitinya, dalam rutin harian kami berdua (saya dan en Yem) ada masanya hubungan jadi tegang, ada masa bahagia dengan pasangan saya ini.
Enam belas tahun, hidup bersama sebagai suami isteri jadikan kita masak dengan perangai pasangan. Dan sejujurnya benda ini sedikit menyeramkan.
Sebab takde benda dah yang boleh nak disorok. Pusinglah kot mana. Sure tuhan akan beri kan pendedahan jujur.
Baik dalam bentuk, lisan daripada suami atau isteri. Atau petunjuk-petunjuk kebenaran melalui perbuatan. Sama ada hati kita mahu terima dengan sangat berlapang dada atau tetap kita kata kita yang betul.
Dan menidakkan gambaran kebenaran yang diberikan pasangan itu ternyata salah. (Kalau bab ini selalunya perempuanlah menangkan. Iya, tetap isteri itu betul.)
Akhirnya, demi tak nak memanjangkan perbalahan (perbincangan sebenarnya) kita masing-masing mengalah. Kerana, bahagia itu kita sendiri yang rasa.
Terima sajalah, ‘kerana dia sudah beranak itu macam’. Hahaha..
Jangan Sesekali Nak Ubah Pasangan
Antara tips bahagia dengan pasangan adalah tak perlu pun nak ubah pasangan. Kau takkan usaha untuk mengubahnya pun. Kerana akhirnya diri sendiri yang penat. Jadi, masing-masing ‘switch’ saja diri agar tabah, sabar akui.. itulah dirinya. Itulah cara pasangan kita dibesarkan.
‘Berlapang dada’ itu keywordnya.
Namun, jangan keterlaluan dalam bab berlapang dada. Sebab sebagai isteri, kita juga perlu luahkan apa sebenarnya kita harapkan.
Dengan cara, yang dia boleh terima (walaupun kadang tak kan.. hahaha)
Bantulah Isteri, Suami Rajin Di Dapur
Kenapa suami rajin di dapur jadi rahsia bahagia dengan pasangan. Bab suami rajin ini, saya bersyukur kerana En Yem saya ini tuhan anugerahkan sifat rajin kat dapur.
Kadang bila dia dah rajin tu, saya macam ambil kesempatan pun iya. Okay, ini jangan tiru saya ya.
Terutama bab basuh baju.
Dialah uruskan semuanya. Dari mula kahwin, sampai lah sekarang. Haa.. jangan tak tahu suami rajin ini pun antara rutin yang selalu dibuat pasangan bahagia.
Sampai satu hari tu mak tanya, “kakak, macam mana cara kakak basuh baju.”
Saya jawab, “makkkk.. kakak tak pernah basuh baju. Semua Khairol buat.”
“Ya Allah!” Terkedu mak saya. Saya, lagilah terkedu.
Rupanya sikap rajin suami itu turun ke anak-anak pula. Dan bila anak-anak dah besar ni, saya pass bab basuh baju dekat Mirza. Tidaklah ayahnya penat sorang-sorang. Lagi kelakar bila en Yem bawa saya gi kedai dobi.
Ampun! Saya tak reti.. kekoknya.
Inilah saya, dibesarkan dengan adik-beradik semua lelaki.. dan saya terselit sikit cara anak jantannya. Syukurlah, en Yem tak pernah pun paksa ke. Desak ke suruh belajar basuh baju. Hahaha.. teruk betullah aku ni.
Bukanlah bermakna tak pernah bergaduh. Bergaduh itu normal.
Cuma merajuk, berselisih faham itu dapat ditamatkan dengan cepat. Tanpa perlu merajuk lebih dari tiga hari.
Belajarlah Cara Bermanja Dengan Suami
Kalau tak bermanja dengan suami atau isteri nak bermanja dengan siapa lagi kan. Jadi, turunkanlah ego masing-masing dan bermanjalah dengan pasangan.
Nak bermanja dengan suami ini pun ada caranya. Antara cara isteri bermanja dengan suami yang boleh dipraktikkan adalah sentiasalah memberikan kata-kata pujian pada pasangan. Bila hati berbunga, tindakan pasangan pun akan memberi bahagia.
Walau ada anak di sekeliling, anda masih boleh bermesra melalui kata-kata pujian sebegini. Sesekali peluklah pasangan. Tindakan memeluk pasangan ini akan memberi rasa tenang. Malah, anda juga dapat membebaskan hormon bahagia dalam diri sendiri dan pasangan.
Jangan lupa untuk penuhi perut suami dengan air tangan sendiri. Ini pun antara cara untuk bermanja dengan suami yang boleh dilakukan oleh seorang isteri. Bahagia rasa hati suami bila isteri menghidangkan makanan kegemarannya.
Sesekali cubalah tidur di lengan suami, minta isteri pakaikan stoking sebelum nak pergi kerja, minta suami cium dahi sebelum pergi ke tempat kerja.
Ini pun cara nak beromantik dengan pasangan masing-masing. Bayangkan kalau setiap hari buat macam ini. Bila sekali tak buat tentu akan jadi janggal. Dan terasa rindu pula. Chewah!
Mencari Redha Allah
Begitulah tips bahagia dengan pasangan ini. Sama jugalah jika nak usahakan cara sayang pasangan itu, bukan sekadar boleh sebut-sebut gitu je.
Nak mencipta pasangan bahagia sebenarnya, kita kena menikmati setiap momen bersama. Baik yang best ke tak best.. itulah dianya.
Diri sendiri pun kenalah usaha untuk belajar cara nak bahagiakan pasangan. Jangan cuma sebelah pihak saja. Itulah yang menjadikan hubungan bersama pasangan kekal bahagia.
Bak kata rakan wartawan saya, tips bahagia dengan pasangan ini kuncinya kena jujur. Betulkan!
Tentu ada pembelajaran yang tuhan nak tunjuk. Apa-apa pun, berdoa itulah antara kekuatannya. Berdoa agar hati kita ini ada rasa CINTA dan KASIH SAYANG dengan pasangan kita.
Memohon padaNya agar diri sentiasa ditunjukkan jalan yang terbaik jika berlaku kesulitan dalam perhubungan kita. Kerana, hati manusia itu pun Allah jugalah yang genggam. Dan pasangan kita itu juga adalah hadiah yang tuhan beri kepada kita.
Untuk kita jaga, berkasih sayang dan merasai nikmat kehidupan berumahtangga di dalam redha Allah. Begitulah.
Doa Kasih Sayang Berpanjangan
Ada banyak doa sebenarnya untuk menguatkan hubungan kasih sayang antara pasangan ini. Antara yang saya praktikkan adalah membaca doa Rabitah di akhir baca al-mathurat.
Bagi saya doa ini sebegitu istimewa kerana ianya bersangkut paut dengan tautan hati. Semasa dibaca itu bayangkan wajah insan yang dikasihi.
Hubungan suami isteri yang bahagia itu sememangnya perlu dicipta. Dan ianya melibatkan proses kesabaran yang panjang.
Baca juga :
- Makna bahagia setiap orang berbeza, ini buktinya
- Belajar jadi isteri baik sesabar Mizz Nina
- Belajar mensyukuri nikmat menjadi seorang isteri
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Dlm rumahtangga kenalah tolak ansur kan Net.
Kak Pip pula mmg x reti memasak, so awal kahwin dulu , semua bab masak husband la yg buat.
Lepas 3-4 tahun kawin, barulah kak pip slowly masak dan ambil alih dapur, hehe.
Still smpai sekarang bab masak sekadar biasa2 saja, sesekali husband masih ringan tulang masuk dapur tolong bereskan.
Dpt suami yg bertolak ansur and rajin tolong jaga anak selain memasak, mmg rezeki sangat bg kak pip.
Alhamdulillah.. bila suami bantu hati kita pun jadi lapang sama kan kak Pip
Setuju… suami kena rajin tlg isteri dekat rumah dan tak letakkan semua beban dekat isteri semata
Syukur Alhamdulillah Suami banyak membantu tugas-tugas dirumah. Walau kadang ada yang kite rasa tak puas hati dgn cara dan hasilnye… cuba belajar menghargai dan buang rasa ego tu jauh2..
saya pun tak reti nak guna mesin kedai dobi tu haha kalau pergi dengan suami.
Betul kata akak, kena ada tolak ansur, perbincangan, berlapang dada, insyaAllah harmoni.
wah wah .. cik abam memang rajin yer. tapi betul k.azni pun suka ajak abam buat semua sama-sama.
kalau k.azni masak dia akan basuh and kemas
betul sgat kak.. kena byak bertolak ansur, byak ujian dlm perkahwinan semoga Allah kuatkan hati kita dlm melayari bahtera rumah tangga sehingga akhir hayat..