Resepi daging ketumbar Dato’ Rizalman ini dah beberapa kali saya buat. Sebelum ini guna biji ketumbar, kali ini cuba guna serbuk ketumbar. Hasilnya, daging goreng ketumbar tetap rasa sedap dan anak suka.
Bebudak ini juga yang request nya, tak mahu ada biji ketumbar dalamnya. Katanya, susah nak makan. En Yem pun sama. Beza betul citarasa dengan saya.
Agaknya sebab saya dibesarkan dengan mak abah dengan masakan Jawa. Jadinya, rempah-rempah tu dah biasa telan.
Masakan Jawa ini memang kaya dengan rempah. Salah satunya, ketumbar.
Waktu mula-mula kahwin dulu saya alami kejutan budaya. Bila masa di kampung suami saya dekat Lenggong, susah betul nak jumpa biji ketumbar.
Tapi itu cerita belas tahun dulu, sekarang biji ketumbar dah senang nak jumpa dekat sana.
Ketumbar ini sedap bila ditumbuk halus dan gaulkan kunyit garam untuk goreng tempe, daging, ayam atau ikan. Campur pulak dengan serai tumbuk. Hmm.. harum bau dia.
Jom cuba masak daging goreng ketumbar Rizalman ini. Yang mana kata Dato’, asalnya daripada resepi daging ketumbar Permaisuri Agong.
Kalau tak ada daging, boleh gantikan dengan ayam. Walau guna serbuk ketumbar resepi masak ketumbar rizalman, tetap juga sedap.
BAHAN-BAHAN RESEPI DAGING KETUMBAR DATO’ RIZALMAN
- Daging – satu mangkuk
- Sedikit kicap pekat manis Kipas Udang
- Sedikit serbuk ketumbar (Resipi asal guna biji ketumbar yang banyak)
- Garam
- Gula
- Bawang Holland – Hiris dadu saiz besar
- Minyak yang banyak
CARA MASAK DAGING KETUMBAR DATO’ RIZALMAN
- Daging dipotong kecil. Perap dengan kesemua bahan di atas kecuali bawang Holland.
- Sesuaikanlah rasa garam, gula dan kicap itu ya.
- Masukkan minyak yang banyak dalam kuali.
- Bila dah panas, masukkan daging perapan tadi. Goreng sampai air daging tak kelihatan. Masa ini bolehlah masukkan bawang holland yang dah dipotong dadu saiz besar tu.
- Goreng sampai bawang nampak layu.
- Saya tak suka, daging digoreng terlalu garing sebab nanti dia jadi sedikit keras. Jadi, sesuaikanlah kegaringannya ikut citarasa sendiri ya.
SELEPAS MEMASAK
- Saya tak terus keluarkan dari kuali. Saya memang biarkan dia terendam macam tu. Bila nak makan, barulah saya angkat.
- Lebihan minyak gorengan, jangan dibuang tapi boleh digunakan untuk minyak tumis sayur. Sedap sungguh nanti hasilnya.
- Resepi daging ketumbar Rizalman ini memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Membangkitkan selera seisi keluarga pun iya. Nak-nak musim PKP ini.
Macam yang pernah Dato’ Rizalman kongsikan sebelumnya, daging goreng ini sedap jika dimasak nasi goreng. Cuma saya belum pernah cuba lagi, sebab setiap kali buat mesti habis diratah budak-budak.
Baca : Daging panggang jadi lembut, bakar atas api dapur
CARA SAYA SIMPAN BIJI KETUMBAR
- Biji ketumbar ini sebenarnya boleh tahan lama. Bertahun-tahun jika betul cara simpannya. Sebelum ini saya biar saja dalam bekas kaca dan buh dalam storage.
- Rupanya sampai satu masa, dia keluar macam bubuk tu. Tak boleh lah nak guna. Jadi, saya cumalah masukkan botol dan simpan dalam peti ais.
- Alhamdulillah, cara macam ini lebih berbaloi untuk dicuba. Biji ketumbar jadi lebih tahan lama. Samalah macam serbuk kari dan serbuk cili, yang dah dibuka tu saya simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais.
Semoga bermanfaat.
CUBA RESIPI LAIN : - Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja - Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC - Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi - Kerepek pisang RARE tak buang kulit, hasilnya sedap rangup - Kerak nasi, olah jadi bubur ala K-POP yang sedap - Sabun pes berkesan bersihkan kesan kunyit lesung batu
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
- Info Ibu Hamil : https://t.me/ibuhamilmalaysia
- Telegram Info Resepi : https://t.me/ResepiKampungku
- Info Motivasi : https://t.me/katasemangathidup
- Malaysia Blogger Influencer & Content Writer : https://t.me/bloggersmalaysia