Asam Pedas Klebang, Resepi Warisan Acik Naros

Resepi asam pedas Klebang warisan Acik Naros ini. Bagi saya rasa dia sama macam asam pedas Melaka asli. Macam yang pernah saya makan waktu ke negeri Hang Tuah ini.

Kenapa saya berani overclaim macam ini? Sebab, sebelum dapat resepi ini, puas saya Google, buka YouTube.

Cuba masak, tapi rasa dia tetap tak dapat yang sama macam yang pernah saya makan, asam pedas Melaka Bandar Hilir.

Asam pedas ikan jenahak di restoran yang pernah viral dekat Bandar Hilir Melaka. Dalam kuali terus dia hidang kat kitaorang satu famili.

Acik Naros ini, bekas wartawan majalah Pa&Ma. Orang Melaka (mak Acik Naros pernah ada bisnes catering kecil-kecilan, dan dedulu ada stall goreng pisang, cendol dan rojak) dan lepas berhenti kerja, Acik Naros (saya panggil kak Naros) balik ke Melaka.

Sekarang dah jadi consultant property. Air tangan asam pedas Melaka asli Acik Naros ni memang ‘terbaik dari ladang’.

Sampai eksklusif betul. Kitaorang cuma dapat rasa bila ada kengkawan mengandung je.

Begitu sekali kau! Dia punya eksklusif.

Resepi Asam Pedas Klebang, Melaka Acik Naros Tersedap

Bila Acik Naros dah jauh, lagilah tak dapat nak rasa dah. Nak kena ke Melaka pulak. Dengan PKP tak boleh rentas negeri lagi.

Sedihlah sana sorang-sorang, teringin tak kesampaian.

Sekitar April 2020, Acik Naros kongsikan resepi asam pedas Melaka yang sedap dari Klebang Besar dia kat facebook. Apa lagi, saya pun cuba.

Ikut sebijik-sebijik macam video yang diajar. Kalau nak tengok video cara masak asam pedas Klebang, gi lah jenguk kat channel youtube Acik : https://youtu.be/2l9A5SuBe4Y

Memang untuk resepi ini saya tak derhaka pun. Acik Naros garang nanti dia marah (Hahaha.. saya gurau je)

Sebenarnya, tak boleh nak derhaka sebab saya nak dapatkan rasa betul-betul macam makan asam pedas Melaka yang sedap sungguh tu.

Lama dah teringin nak cuba.

Baca sini : Empuknya Rendang Ayam Pencen, Paling Sedap Pernah Dimasak

Rasa Inilah Yang Dah Lama Saya Cari

Saya masih ingat waktu pergi ke Klebang tak lama dulu. Waktu singgah ke pasaraya, jadi hairan sebab banyak betul daun limau purut dalam peti ais kedai.

Hairan seketika. Bila dah dapat resepi dari kak Naros, fahamlah saya kenapa. Sebab dalam asam pedas Klebang ini diaorang;

  • Tak guna daun kesum atau bunga kantan.
  • Gaya masakan Acik Naros ni, resepi asam pedas daun limau purut yang specialnya.
  • Letak juga halba (tapi jangan banyak, nanti pahit).
  • Guna kunyit hidup jugak.
  • Nilah yang buat asam pedas Klebang rasa special.
  • Saya suka sebab resepi Acik Naros ini asam pedas kuah pekat. Itu yang power!

Cuma ikan tu saya tak ada ikan tenggiri, saya guna bawal. Kata Kak Naros guna ikan apa pun boleh. Kalau untuk daging atau tetel, penggunaan bahan-bahan untuk masak asam pedas klebang ini jadi berbeza.

Tip : Untuk asam pedas daging atau tetel, jangan letak belacan. Masukkan lengkuas dan lada hitam.

Haa.. bercakap pasal daging ni, saya pernah kongsi cara lembutkan daging panggang steak. Hasilnya juicy lagi sedap.

Alhamdulillah, pada Jun 2020 saya dapat masak asam pedas Melaka. Dengan rasa yang sebijik saya idam-idamkan sangat tu.

Resepi ni dah banyak kali saya cuba. Makin lama try, makan pandai dan sedap dia tetap sama.

Ini resepi yang saya ambil dari facebook Acik Naros (minta halal ya kak), Cuma saya punya resepi asam pedas ikan bawal emas, sebab tak ada ikan tenggiri.

asam pedas klebang
Masakan asam pedas Klebang ini dah banyak kali saya buat. Kali ini saya guna ikan bawal.

Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri Melaka by Acik Naros

Bahan-bahan

  • ½ kg ikan tenggiri (atau apa saja ikan yang anda ada)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan saiz sudu makan
  • 2 sm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan halba
  • Semangkuk kecil cili kisar
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • Bendi @ terung
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Cara masak asam pedas Melaka gaya orang Klebang

  1. Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan ditumbuk halus. Ketepikan.
  2. Pastu titik serai. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk bersama serai dan halba sehingga kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan kacau. Sentiasa kacau sehingga cili kisar masak atau garing atau pecah minyak.
  5. Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
  6. Pastu masukkan air asam jawa dan air biasa sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini. Biarkan sehingga mendidih.
  7. Setelah mendidih, masukkan ikan dan kacau. Biarkan sebentar sehingga ikan masak.
  8. Akhir sekali masukkan bendi @ terung. Perasakan dengan garam. Setelah sayur-sayuran masak, tutup api.
  9. Siap.
Serius! masakan asam pedas Melaka Acik Naros ini resepi terbaik pernah saya cuba.

Masak asam pedas ini ada macam-macam versi sebenarnya. Macam resepi asam pedas Muar, macam yang kawan saya share kena letak daun kesum tak pakai pun daun limau purut. Ada juga resepi yang pernah saya dapat letak daun kari.

Haa.. setiap penggunaan bahan masakan ikut resepi tertentu, akan hasilkan rasa asam pedas yang berbeza. Setiapnya ada kesedapan dan keenakan yang tersendiri.

Silalah cuba ya.

16 thoughts on “Asam Pedas Klebang, Resepi Warisan Acik Naros”

  1. style aida (dpt cara masak dari mak) memang tak letak daun limau. kami org Melaka. daun kesum yes. tapi kalau takde pun takpe. tak menjadikan asam pedas tu tak sedap. memang wajib pakai kunyit hidup. tak jadik kalau guna kunyit serbuk tu. lain macam rasanya, pada aida la. sebab pernah try, kunyit idup takde dlm peti ais 🙁
    memang sebelum masukkan bahan tumisan, akan campak dulu halba kat minyak. few saat lepas tu baru masukkan bahan tumisan. best baunya 🙂

    lain org, lain tempat asal, memang lain cara dan resepi. tapi end product nya sama = asam pedas 🙂 kita raikan perbezaan.

    Reply
  2. Nampak sedap.
    Kita pun kalau masak asam pedas suka letak daun limau purut, tapi jarang nak masak melainkan ada tenggiri kat rumah.
    Tu pun mkn berdua dgn husband. Anak2 Tak makan pedas langsung.

    Reply

Leave a Comment