maggi-kari-chili-oil

Sedapnya Maggi Kari Chili Oil Viral Versi Sup

Cara nak buat maggi kari chili oil versi sup ini mudah saja nak masaknya. Rasanya lebih segar sebab berkuah dan letak pulak cili oil buat sendiri.

Diikutkan, versi resepi maggi kari viral chili oil ini jenis bergoreng. Mudah cara buat resepi maggi kari sedap ini. Cuma waktu saya masak maggi kari ini, teringin nak makan yang ada sup.

Wangi nanti kejadian maggi kari cili oil itu sebab minyak cili dengan campuran bawang putih itu yang buatkan aroma segar pada maggi soup yang dimasak.

Entah kenapa masak maggi pun boleh viral kan. Maggi je kot.

Tapi itulah, sebab maggi ini kan sejenis mi kental yang mudah dimasak. Malah, perencah maggi kari yang ada kat Malaysia ini dah diiktiraf sedap.

Pernahlah saya tertengok youtuber buat social experiment kat maggi kari negara kita ini.

Bagi mat salleh rasa. Terkejut memasing dengan rasanya yang sedap dan ‘kick’ tu. Haa. sampai macam tu sekali kan. Cuma, janganlah makan hari-hari. Sebab ia pun sejenis fast food juga kan.

Dalam bab makan maggi ini kan, saya paling suka campurkan nasi dalam maggi kari yang direbus buh perencah macam biasa itu. Ya ampun, nikmatnya. Sampai anak-anak pun ikut style saya juga.

Tapi en Yem tak suka, makan maggi campur nasi. Pelik agaknya pada dia.

Resepi Maggi Kari Chili Oil Viral Versi Sup

Ini saya masak banyak ya, sebab nak makan satu keluarga kan.

Bahan-bahan

  • 3 bungkus maggi perisa kari
  • 2 bungkus maggi perisa ayam (sebab kat rumah cuma ada hat ni je. Kalau kome beli, buhlah 5 bungkus maggi kari)
maggi-kari-chili-oil

Bahan-bahan Minyak Cili Dengan Chili Flakes

  • 3 sudu besar chili flakes (empingan cili)
  • 1/2 sudu besar lada sulah
  • 1 pek perencah perasa maggi ayam (tukarlah dengan kari ya)
  • 2 ulas bawang putih – dicincang

Cara Nak Buat Resepi Chili Oil

  1. Masukkan kesemua bahan di atas. Kecuali bawang putih. Gaul sekata.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dalam minyak.
  3. Bila dah naik bau angkat bawang putih tu. Matikan api, masukkan bawang putih dengan minyaknya ke dalam adunan tadi.
  4. Pastikan bawang putih tu tak hangit ya. Nanti dia jadi pahit.
  5. Kacau sekata kesemua bahan tadi.

Cara Buat Maggi Kari Chili Oil Soup

  1. Panaskan air dalam sekuali tu. Agak-agaklah nak bagi ngam dengan 5 bungkus maggi.
  2. Dah menggelegak. Masukkan lebihan perencah, 3 kari, 1 ayam. (kalau guna kari, masuklah perencah kari)
  3. Rebus dalam seminit dua, masukkan mi maggi tu.
  4. Last sekali masukkan chili oil. Tapi tak masuk semua pun.. ikutlah nak banyak mana. Tabur daun sup.
  5. Siap

Segar tau rasa maggi kari chili oil soup ni.

Makan terus jangan tunggu. Kang kembang dah tak best pulak!

Baca juga : Cara buat sup krim cendawan simple tersedap

Ini Pula Resepi Maggi Kari Viral Chili Oil

Maggi Kari chili oil ini jenis bergoreng dan tak berkuah ya. Untuk buat hidangan sebungkus maggi kari.

  • Rebus mi maggi sampai lembut. Angkat dan toskan. Lalukanlah bawah air sejuk untuk bagi dia kekal kenyal.
  • Masukkan cili flakes, sebungkus perencah maggi kari, 2 ulas bawang putih dicincang dalam mangkuk.
  • Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan dalam mangkuk berisi cili flakes, perencah maggi kari, dan bawang putih. Gaul sekata.
  • Satukan dengan maggi yang dah siap ditos tadi. Gaul-gaulkan.
  • Campur sesudu besar kicap manis. Gaul sekata.
  • Bolehlah dimakan dengan telur goreng gedik dan sayuran lain yang anda gemari.

Ini saya belum pernah buat lagi maggi kari chili oil bergoreng ini. Tapi begitulah video resepi yang pernah saya tengok. Mungkin nanti boleh cuba.

Setakat ini, kalau goreng-goreng ini.. saya lebih gemar buat maggi goreng mamak saja. Buat pula magi kari cili api. Fuh!

Yang itu, sekelip mata boleh hilang dalam kuali. Hahaha..

Baca juga : Mencuba resepi sambal lada Kelantan tanpa belacan

Mencuba Mee Segera Maggi Kari Gardenia

Selain mi segera jenama Maggi ini, saya dah pernah mencuba mi segera perasa Kari dari Gardenia NuMee. Rasanya sesedap maggi mi yang selalu saya makan tu.

Kira, oklah juga. Waktu itu harga pengenalannya dalam RM3.99 sebungkus maggi Gardenia untuk 5 pek mi.

maggi-kari-chili-oil

Sekarang rasanya dah naik sedikit harganya di pasaran. Maklumlah sekarang ini semua barang naik harga. Paling terkejut tengok harga sayuran. Berpinar-pinar tengok harga dia kat market.

Seikat serai dah berharga RM5.50. Dua ketui sayur peria harganya RM8++

Baca juga : Sedapnya resepi telur masak kicap viral perah limau

Tak terjangkau dek akal. Tapi itulah kosnya. Sebab nak menjadikan sayuran tu harga baja, minyak mesin rumput dan lain-lain semua dah naik harga.

Disebabkan kos-kos tak nampak itulah yang jadikan harga sayuran di pasaran sebegitu.

Ni kalau saya tak sedar-sedar lagi tak tahulah. Tolonglah kembalikan semula semangat suka tanam-tanam pokok edible dalam diri saya Ya Allah.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!