Sambal terung pipit ikan rebus simple tersedap. Biasa kalau saya pergi kedai makan Mak Tok di Seksyen 16, Shah Alam, suka saya mencari menu special di situ.
Sambal picit terung pipit ikan rebus ini resepi kakak ipar saya, Kak Huda.
Resepi terung pipit orang kampung Lenggong yang super sedap. Macam nak buat sambal belacan itu, tapi ada ikan rebus simple dalamnya.
Resepi Sambal Terung Pipit Rebus Ikan Kembung
Durasi memasak : 45 minit
Bahan-bahan Sambal Picit
- 2 tangkai cili merah besar
- Sedikit belacan bakar
- Semangkuk terung pipit – rebus dan ditos
- 2 ekor ikan kembung – direbus atau dibakar (ikan ini jenis apa-apa pun boleh. Ikut citarasa)
- Limau nipis – ambil jusnya
Cara Membuat Cabai Picit Terung Pipit
- Tumbuk cili besar dengan sambal belacan. Ini cara dia macam nak buat sambal belacan tu. Letaklah garam perasa.
- Campurkan sambal belacan tadi dengan terung pipit dan ikan yang dah direbus atau dibakar. Ambil isi ikan saja.
- Cara buat ikan rebus itu : kak huda saja macam biasa buh garam sikit. Lepas tu, tos dan perisi (buang tulang)
- Perahkan limau nipis. Agak-agak ikut masam yang anda mahukan.
- Campurkan sedikit air panas dan picit-picit manja kesemua bahan tu bagi sebati.
- Siap untuk menikmati sambal terung pipit ikan rebus.
Resepi kak Huda kongsi ini ada sedikit persamaan macam sambal picit ikan rebus. Bezanya ada penggunaan terung pipit rebus. Selain resepi terung pipit sambal ikan rebus ini, kak Huda juga ada kongsikan dengan saya cara buat jem mulberi sekali dapat jusnya.
resepi terung Pipit Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan
- Semangkuk terung pipit
- 3 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- Segenggam ikan bilis – digoreng siap
- 2 sudu cili kisar
- Sedikit asam jawa
- Garam, gula dan perasa
Cara Memasak
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dah bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili masak sepenuhnya.
- Boleh tambahkan gula awal untuk elakkan cili kisar berasa maung. Bila cili dah masak boleh masukkan terung pipit dan ikan bilis.
- Perasakan dengan garam dan perasa (optional).
- Sedia untuk dihidang.
Baca juga : sambal tomato cili padi simple paling sedap
Terung Pipit Masak Apa Sedap
Terung pipit ini pun sejenis terung juga. Ianya bersaiz kecil dan mudah ditanam. Masakan ala kampung dengan penggunaan terung pipit membangkitkan lagi selera.
Terutama buat anda yang mahukan menu sajian ringkas.
Antara masakan yang sedap dimasak bersama terung pipit adalah :
- Sambal hijau terung pipit
- Resepi terung pipit tempoyak
- Ulam terung pipit
- Pais kembung tempoyak terung pipit
- Sambal kelapa terung pipit
- Masak lemak cili api campur terung pipit
Sambal terung pipit ini sedap dimakan dengan telur dadar. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Baca juga : 2 resepi terung bakar gerenti sedap
Khasiat Terung Pipit
Tak ramai sebenarnya yang gemar makan terung pipit ini. Mungkin sebab rasanya yang sedikit pahit. Jika kena caranya, masak terung pipit boleh jadi hidangan yang sedap.
Bagus sebenarnya jika amalkan makan terung pipit. Sebab banyak khasiat terung pipit yang anda boleh nikmati. Antaranya :
- Membantu mengurangkan berat badan. Terung pipit itu sendiri kaya dengan serat dan sangat rendah tahap kalori.
- Terung pipit ini juga kaya dengan mineral potassium. Potassium dapat mengawal jumlah sodium dalam darah. Tentunya ia bagus untuk mengurangkan penyakit tekanan darah tinggi. (Eloklah saya makan selalu.)
- Dalam terung pipit pun ada zat besi dan zink yang boleh membantu sesiapa yang alami anemia (kurang darah)
- Jangan tak tahu, terung pipit ini pun ada vitamin C dan E yang baik untuk kulit. Haa.. kalau nak awet muda, makanlah terung pipit. Dalam sayuran pun ada vitamin tau.
- Ada yang menggunakan terung pipit ini sebagai rawatan tradisional untuk masalah cirit birit, melegakan batuk dan selesema.
- Untuk ibu mengandung, terung pipit ini kaya dengan folate. Folate ini penting dalam perkembangan fetus (janin) dalam kandungan ibu.
Jika di kampung-kampung, pokok terung pipit ini mudah untuk ditemui. Sekiranya tinggal di kawasan pekan macam dekat tempat saya ini, paling mudah nak beli terung pipit ini dekat pasar borong NSK. Kadangkala di pasaraya Lotus pun ada dijual.
Baca juga : Kerang masak Kam Heong
tak pernah lagi makan mcm nih …
Saya pun baru first time cuba tu.. Lenggong mari tu kak.. hihi.