hobi baru

Hobi Baru Yang Awesome Menggetarkan Jiwa En Yem

Entri yang saya tulis pada 2 Julai 2010 ini tentang hobi baru memasak sup sayur campur yang akhirnya menjadi kesukaan suami. En Yem makan dengan penuh nikmat gembira.

Lucu bila baca semula. Nampak sangat tahun itu, perkongsian kisahnya macam diari. Seiring perubahan waktu, pembaca dah mula mencari entri yang langsung menjawab persoalan mereka.

Namun, inilah kenangan entri hobi baru saya. Biarlah saya simpan sini supaya jadi bacaan anak-anak pula nanti. Harap tidaklah ditenggelamkan Google dek kehadiran teknologi AI yang semakin macam-macam itu.

Resepi Sup Sayur Campur Untuk En Yem

Bahan-bahan 

  • Fish cake
  • Fish ball
  • Sedikit lobak
  • Sedikit cendawan tiram
  • Sedikit tomato

Cara membuat

  1. Masukkan 11/2 mangkuk air ke dalam periuk.
  2. Masukkan bawang putih (diketuk halus), serbuk maggi perasa ayam dan rebus sampai bawang putih tuh agak-agak masak. Tapi kalau ada daging atau ayam, rebus sekali dengan bawang putih tu.
  3. Masukkan segala macam sayuran. Biarkan mendidih dan sayuran masak.
  4. Angkat dan hidang
sup sayur campur

Hobi Baru Buat En Yem Bahagia

Terkesan sangat tajuk hobi baru kat atas tuh. Macam ada apa-apa je. Sebenarnya tak adalah menggetarkan jiwa sangat pun. Saja jer nak bagi sendiri seronok mengingat tajuk nih. Supaya senang bila nak buat rujukan nanti.

Saya sekarang nih tengah ada hobi suka memasak. Apa saja resipi yang best dan senang untuk dicuba saya akan cari dan salin dalam satu buku khas. Balik rumah baru cuba. Tapi ada juga yang saja-saja reka. Sejarah memasak saya memang zero. Langsung tak sedap untuk dicuba. Kalau masuk pertandingan, sure saya menang tapi no paling last la.

Adik-adik pula kalau saya yang memasak, diaorang sanggup makan sikit jer. En Yem pula selalu kata ok. Nak amik hati kot. So, lepas kahwin memang boleh kira dengan jari bila saya akan memasak. Kadang-kadang seminggu belum tentu dapur tu berasap.

Beli Microwave Di Carrefour Subang

Suatu hari, minggu dalam bulan Mei lalu, tiba-tiba saya cakap kat en Yem belilah microwave. Alangkah bestnya kalau ada benda magik tuh. Boleh buat apa-apa je. Entah macam mana en Yem terus bawa kami anak beranak ke One Utama semata-mata nak cari mikrowave. Tapi kat sana tak ada yang berkenan di hati.

Akhirnya, menjejak mikrowave sampai ke Carrefour Subang. Cari punya cari dapatlah satu brand mikrowave yang kira kitaorang berpuas hatilah..boleh bakar, steam dan macam-macam. Cuma tak boleh buat biskut. Oven yang ada kat rumah tu, kitaorang bagi kat kakak Lim (kakak ipar saya). Dia suka buat biskut. Semoga dengan ada oven tuh dia boleh buat biskut untuk anak-anaknya masa Raya nanti.

Lepas je dapat mikrowave tuh, saya dah ada kegilaan baru. Boleh kata tiap-tiap malam saya akan memasak. Sampai en Yem kata jangan, saya buat juga. Dia kata membazir je sapa nak makan. Argh! tak kira saya buat juga. Manalah tahu tiba-tiba saya jumpa skill memasak tahap Chef Wan. Hahaha.

Lepas nih mesti banyak cerita-cerita resipi akan ada dalam blog saya nih. Mula-mula saya nak update resipi, kentang bakar, coleslaw dan daging bakar yang ala-ala steak gitu!

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!