pulut-tanak-tak-berkerak-berkilat

Pulut Tanak Tak Berkerak, Berkilat Guna Periuk Spherical

Masak pulut tanak guna periuk spherical Tefal ini dah kali kedua saya cuba. Memang puas hati sungguh. Sebab confirm-confirm tak berkerak, pulut jadi lembut betul.

Paling best, saya yang tak handal masak pulut ni pun boleh dapat hasil pulut tanak yang berkilat. Mungkin periuk spherical bowl tu sendiri dah dicipta secanggih membantu suri-suri cam saya.

Sebelum ada rice cooker Tefal ini, saya masak atas api dapur saja. Bertahun tak pandai, sampailah kakak ipar ajar cara betulnya.

Masak Pulut Tanak Atas Api Dapur

Stepnya macam ni kalau tanak atas api dapur,

  • Basuh pulut bagi bersih.
  • Masukkan dalam periuk. Air nasi sama paras macam masak nasi guna beras jasmine tu.
  • Tenggek atas api dapur gas. Guna api paling kecik.
  • Tutup periuk tu.
  • Lepas beberapa ketika (agak air dah kering), buka kacau. Tutup balik.
  • Alhamdulillah, cara akak ipar ni menjadi. Tapi tetap ada kerak pulut lah jugak.
pulut tanak tak berkerak, berkilat

Yang jadi beria masak pulut ni sebenarnya nak makan dengan durian siram santan ori dan gula. Suami saya orang Perak. Dialah yang ajar makan durian cara gini.

Disebabkan tak sempat berguru dengan mak mentua, jadi saya main belasah cari kat Google je cara pembuatannya. Kata en Yem, sama je rasanya.

Kira oklah kan. Hahaha..

Mudahnya Tanak Pulut Dalam Periuk Spherical Tefal

Bila dah ada spherical bowl ni dia jadi mudah. Cara masak pulut tanak tanpa santan guna rice cooker, saya kongsi dalam bentuk bergambar di bawah.

Sukat Pulut Guna Pot Khas Rice Cooker Tefal

pulut-tanak
  • Guna sukatan khas yang memang dah disediakan dalam set rice cooker Delirice Pro Tefal ini. Untuk masakan kali ini saya buat dalam 3 pot penuh.
  • Cuci bersih pulut dalam bekas yang lain. Toskan airnya.

Tambah Air, Sedikit Garam

pulut-tanak
  • Masukkan pulut dalam spherical bowl.
  • Sukatan jumlah air tu saya ikut yang ‘jasmine rice’ pada angka 3.
  • Masukkan sedikit garam.

Tekan Menu Ikut Arahan Penggunaan

pulut-tanak
  • Tekan menu. Pilih Glutinous rice.
  • Lepas tu tekan button on yang besar tu.
  • Tunggu sampai dia masak. Nanti akan ada bungi bip bip dalam 3 ke 4 kali (tak ingat pulak). Masa ini saya biar je, tak buka tutup dia.
  • Biarkan je dia terus on. Jangan risau, kalau terlambat matikan pun pulut tak kan hangit.
pulut-tanak
  • Masa ni kira dah masaklah. Sebab dah keluar kosong. Kalau nak biarkan dia terus bergerak pun ok je.
  • Kalau nak matikan, tekan butang cancel tu.
  • Mudahkan masak pulut dalam rice cooker Tefal ini.

Pulut Dah Masak, Siapkan Santan Pula

pulut-tanak
  • Guna santan original lebih sedap lagi rasanya.
  • Buh jugak sikit garam.
  • Saya rasa, santan ini saya buat terlebih lama masak atas api. Atau mungkin saya terpecah santan sikit.
  • Sensitif betul, takleh leka masak santan ori ni. Kena kerap kacau dan api kena jaga.
  • Ada juga yang makan durian cara ini; dorang tak masak santannya. Saya pun ingat-ingat lupa macam mana cara arwah mak mentua dulu buatnya. Kalau ada yang sudi kongsi, bolehlah share di ruangan komen ya.

Kopek, Satukan Isi Durian Dalam Bekas

Durian ini pemberian emak. Ini durian kampung, sedap rasanya. Ada rasa pahit-pahit sikit.

Sedapnya Gabungan Pulut Tanak, Isi Durian & Santan

pulut-tanak
  • Masa nak makan tu, letaklah durian, pulut dan santan tu serta taburkan gula.
  • Ya ampun, dia punya rasa lemak, manis, pahit tu. Bila bersatu rasa memang orang sebelah lalu pun boleh tak sedar.
  • Bila dah pandai masak pulut tanak, nak buat pulut mangga Thai tu pun jadi mudah.

Pesanan penaja

Beria kan macamlah ada penaja. Hahaha.. sebenarnya posting tentang periuk spherical ini nak bagi panduan sama untuk mereka yang baru first time guna.

Macam saya dulu, punyalah susah nak memahamkan cara penggunaannya. Maklumlah, gajet dapur saya yang satu ini macam terlebih canggih pula.

Siap Google sana sini. Baca manual lagi.

Kata en Yem, takpe try n error je. InsyaAllah tak meletupnya. Kalau tak cuba tak tau cara macam mana. Jadi, semoga adanya perkongsian ini dapatlah memudahkan pengguna baru periuk nasi spherical ni.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer
- Mudahnya masak rendang ayam, campak-campak jadi

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

10 Comments

  1. Azni June 23, 2021
  2. Hasnita Sawal June 23, 2021
  3. Nur Hazira Sahid June 23, 2021
  4. MAMA REEN June 24, 2021
  5. maizan June 24, 2021
  6. ZAIDALIFAH HUSSIN June 25, 2021
  7. siti rohaida June 25, 2021
  8. sii nurul June 25, 2021
  9. Zaza June 25, 2021
  10. adianiez AIDA June 30, 2021

Leave a Reply

error: Content is protected !!