Sambal Tomato Cili Padi Simple Paling Sedap

Resepi sambal tomato cili padi ini paling sedap pernah saya masak. Bahan-bahan masakannya pun ringkas saja. Tiada penggunaan belacan, bilis apatah lagi perahan limau.

Asalnya untuk hidangan makan malam, saya dah siap goreng ikan (lupa pulak nama ikan apa) perap garam asam jawa.

Kebetulan ada salad hijau dekat rumah. Tak syok pulak makan nasi tak ada rasa pedas cili. Maka, tergigihlah menyambal.

Resepi campak-campak je. Tak sangka, rasanya sedap yakmat. Macam sambal ayam penyet Indonesia restoran terkenallah.

nettyahhiyer.com

Takpekan overclaim.

sambal-tomato-cili-padi-simple

Resepi Sambal Tomato Cili Padi Simple

Masa memasak : 20 minit siap wak!

Bahan-bahan diperlukan

  • Sebiji bawang merah India (bawang ini warna dia lebih ungu)
  • 3 ulas bawang putih
  • Segenggam penuh cili padi (merah dan hijau)
  • 5 biji tomato ceri – belah 2
  • Garam
  • Gula
  • Perasa Knorr
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak sambal tomato cili padi berdesing

  1. Tumbuk dulu bawang putih dalam lesung batu.
  2. Kemudian, baru tumbuk bawang merah.
  3. Last sekali, tumbuk cili padi. Tak perlu halus. Kasar-kasar pun boleh.
sambal-tomato-cili-padi

Tumis Dalam Minyak Yang Banyak

  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kenapa guna minyak banyak. Sebab nak bagi semua bahan tumbuk ini masak sekata.
  • Lagipun, saya tak guna langsung air dalam sambal tomato cili padi ini semasa menumis. Kata wikipedia, cara menumis, menggoreng begini namanya teknik shallow frying. Macam masak daging goreng ketumbar Rizalman yang saya pernah share sebelum ini. Gitulah tekniknya.
  • Bila minyak dah panas, masukkan bahan tumbuk tadi.
  • Bahan tumbuk dah naik bau, masukkan tomato ceri.
  • Kacau sekata, sampai tomato ceri tu layu. Saya tekan-tekan sikit bagi tomato sebati dengan cili padi bagai.
  • Masukkan garam, gula dan perasa Knorr. Seimbangkan rasa.

Angkat Bila Bahan Masakan Dah Matang, Garing

  • Terus tumis sampai bahan matang. Ikutlah anda nak garing sambal tomato pedas ini macam mana.
  • Dah puas hati, bolehlah matikan api dan angkat.

Cara Hidang, Elak Minyak Melimpah

Sebab tadi kan menumis dengan minyak yang banyakkan. Tak naklah nanti lebih minyak dari sambal. Maka, saya gunakan penapis.

Letakkan bahan tumisan sambal dalam penapis. Tapislah minyaknya.

Dapatlah kita nikmati sambal dengan lebih enak. Saya tak perah jus lemon pun. Sebab rasa sambal ni sendiri dah kick semacam.

Makan pulak dengan nasi panas, campur salad dan ikan goreng asam jawa. Ya ampun! Sedapnya resepi sambal tomato simple ini, suami tegur pun tak perasan.

Serius! Sedap.

Saya pernah juga kongsikan resepi ayam goreng sambal tomato sebelum ini. Pun menarik rasa dia sebab guna cili kering.

6 thoughts on “Sambal Tomato Cili Padi Simple Paling Sedap”

Leave a Comment