tauhu-kukus-sos-tiram

Sedapnya Tauhu Kukus Sos Tiram Simple Ala Restoran

Tauhu kukus sos tiram simple | Hari tu terbeli tofu lembut. Lama dah simpan dalam peti ais tu. Nak masak, tapi takut tak sedap.

Dulu pernah buat guna resepi bantai-bantai je. Biasa-biasa je rasa dia. Masa ni belum pandai bab masak-masak lagi.

Lepas tu, tetiba teringin nak makan tauhu stim sos tiram. Terbelilah. Lepas tu, blur sebab tak berjumpa lagi resepi yang boleh memikat selera sendiri.

Google punya Google, terjumpa juga dengan Siamcino Kelate Channel ini. Dia share cara buat tauhu kukus sos tiram sedap macam di restoran.

Bila tengok cara pembuatannya tu, terus terpesona.

Maka hari ni pun cubalah. Sayangnya tak semua bahan ada di rumah. Jadi, saya guna saja apa yang ada dalam rumah ni.

Nak bagi tau ni.. rasa dia Ya Ampun! memang sedap amat.

Boleh diratah begitu saja. Nak-nak bila kita hilang selera lepas Covid ni. Makanan yang simple-simple macam ni jugak yang menambat selera.

Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram

Bahan-bahan Untuk Masak Tauhu Kukus

  • Seketul tofu lembut – keluarkan dari bekasnya.
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 3 biji bawang putih – hiris
  • Udang geragau – segenggam – rendam dan tos.
  • 11/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap pekat manis
  • Buh 1 sudu kecil sos char koay teow Mak Cun
  • 1 sudu kecil gula
  • Daun Ketumbar
  • 4 sudu besar minyak
Tips : Sebelum keluarkan tofu, gunting setiap empat penjuru bahagian bawah pek. Baru telangkupkan. Nanti dapat keluarkan tofu lembut ni tanpa merosakkan tekstur dia.

Baca : Sambal tomato cili padi simple paling sedap

Saya gunakan periuk nasi ini untuk kukus tofu lembut.

Cara Buat Tauhu Kukus Sos Tiram

  1. Mula-mula kukus dahulu tofu lembut.
  2. Kukus dalam 10 minit.
  3. Keluarkan. Macam saya punya ada lebihan air. Air tu saya buang.

Untuk Buat Sos Tiram Yang Sedap

  1. Goreng bawang merah dan putih dalam kuali.
  2. Bila dah garing (kena betul-betul garing) angkatlah.
  3. Goreng pula udang geragau sampai garing. Tapi jangan hangus ya. Angkat.
  4. Sementara itu, buatkan sos.
  5. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos char koay teow Mak Cun dan gula. Gaul bagi sebati.
  6. Kemudian, masukkan minyak gorengan tadi dalam bancuhan sos kita tu.
tauhu-kukus-sos-tiram
Tara! Inilah hasilnya..

Cara Hidang Tauhu Kukus Sos Tiram

  • Tuang sos atas tauhu kukus.
  • Letakkan bawang goreng.
  • Buh pula atas dia udang geragau goreng tadi.
  • Taburkan daun ketumbar (resepi asal dia guna daun bawang.. takde pulak kat rumah ni. Takpe kita buat dia.)

Okay, sedia untuk dinikmati. Sedap sungguh bak hang resepi tauhu kukus ni.

Note : Memang ada sedikit berbeza dari resepi asal, sebab ada bahan yang saya takde. Tapi rasanya tetap tip top.

Resepi tauhu lembut sos tiram yang asal bawah ni ya:

Khasiat Tofu Lembut

Uniknya dalam masakan ini menggunakan tofu lembut atau tauhu lembut yang dijual dalam bekas. Sebaliknya bukan tofu lembut yang bulat.

Jenis yang bulat itu, dipanggil juga sebagai tofu telur atau tauhu Jepun. Saya suka makan bila dijadikan sup tofu jepun ala chinese tu. Tapi saya sendiri belum pernah mencubanya.

Tofu lembut ini teksturnya lebih padat dan ada banyak air. Bahannya pun dari kacang soya yang melalui proses fermentasi. Kira macam keju lah juga.

nettyahhiyer.com

Sumber protein yang baik untuk tubuh kita juga ya. Malah ada sumber besi dan kalsium yang sangat baik di dalamnya. Patutlah orang Cina, Jepun mahupun orang Korea cukup suka makan tauhu ini.

Resepi tofu lembut sos tiram ini pun bagus sebenarnya sebab tauhu lembut dikukus dan sedikit saja penggunaan minyaknya.

Bagus juga untuk dihidangkan dekat en Yem yang gout tu.

Cuma saya kenalah elakkan penggunaan udang kering. En Yem pantang segala jenis seafood. Sepatutnya begitulah. Sayangnya, en Yem lebih suka pendekatan ‘pantang nampak’. Hahaha..

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

10 Comments

  1. ziana eunos April 19, 2022
    • nettyahhiyer April 19, 2022
  2. Min Shamsuddin April 19, 2022
  3. Shida Rahmat April 21, 2022
  4. atul hamid April 22, 2022
  5. Bonde Zaidalifah April 22, 2022
  6. Maria Firdz April 22, 2022
    • nettyahhiyer April 23, 2022
  7. mommylizz April 23, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!