Resepi sambal sotong sedap ini guna bahan paling simple. Cuma sotong segar, bawang merah, cili kering, sedikit bilis dan pes asam jawa.
Sambal sotong sedap walaupun bahan masak simple saja. Sebab, tetiba teringin makan nasi lemak. Jadi, buatlah sambal sotong nasi lemak yang sempoi ni.
Maka hari ni buatlah misi mencari sotong di NSK, Meru.
Resepi Sambal Sotong Sedap Guna Bahan Simple
Bahan-bahan :
- 1 mangkuk sotong segar – bersihkan dan tos bagi air kering.
- Semangkuk cili kering kisar – rebus cili kering dan blend halus
- 3 biji bawang besar – dikisar
- Sedikit ikan bilis – dikisar
- Sedikit pes asam jawa
- Garam, gula, ajinamoto (optional)
- 1 sudu besar santan kotak (saya tak letak, sebab terlupa)
- 1 biji bawang besar – potong wedges

Cara Masak Sambal Sotong
- Bersihkan sotong dan cuci bersih. Hiris sedang dan toskan. Biar air sotong kering tersejat.
- Kisar cili kering, bawang besar dan ikan bilis hingga halus.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masa ini akan nampak warna sambal menjadi merah tua dan minyak terbit di sekeliling sambal.
- Masukkan gula ikut citarasa. Tujuannya untuk mencantikkan lagi warna sambal dan menghilangkan bau ‘langu’ sambal. (Langu ini bahasa Jawa, aduh! lupa pulak bahasa Melayu dia apa)
- Bila cili tumis tu dah memekat, bolehlah masukkan sotong segar tadi dan bawang besar wedges. Jus sotong memang akan keluar dalam kuali ya.
- Masukkan sedikit pes asam jawa. Buhlah garam dan gula serta perasa (optional) ikut citarasa anda.
- Masa ini kalau nak masukkan sedikit santan pun boleh.
- Masak sotong sambal ini tak perlu lama sebenarnya. Sebab lagi lama isi sotong akan mengeras nanti tak berapa sedap.
Baca : Resepi sotong tin Rex mudah masak tumis

Cara Bersihkan Sotong Dengan Betul
Sebelum terhasilnya masakan resepi sambal sotong ini, paling penting adalah macamana nak cuci bersih sotong segar. Ini yang boleh anda cuba.
Untuk buat sambal tumis sotong sedap sebenarnya tak perlu siang kulit ungu sotong tu. Cuma buang dakwat, mata, tulang sotong dan bersihkan dalam sotong bersih-bersih.
- Pada permukaan kulit sotong ini ada satu selaput putih keruh. Buanglah selaput putih tu. Tapi boleh kekalkan kulit ungu sotong.
- Kulit sotong inilah yang sedapnya. Ia menjadikan masak sambal sotong sedap berganda.
- Kalau nak buang kulit ungu sotong pun tiada masalah sebenarnya. Ini kerana, dari rancangan masakan Jepun (channel AFC) yang pernah saya tonton memberitahu hitam-hitam kulit sotong itu mengandungi kolesterol.
- Kalau kita nak juga bagi ada kulit ungu sotong dalam masakan. Tip buang kolesterol pada sotong adalah dengan merebus seketika sotong tadi. Rebus kurang seminit.
- Kemudian, masaklah seperti biasa.
Selain sotong segar, kadangkala terajin juga nak recce harga sotong dalam tin di pasaran. Kalau pandai cari, boleh jumpa yang berbaloi.