Resepi lala ini antara kegemaran anak-anak. Cuma bila ayahnya ada gout, saya jarang nak memasaknya. Tapi sesekali buat lala masak tumis sekelip mata licin anak-anak makan.
Lala ini masak apa pun sedap. Sama ada buat lala masak lemak, lala masak serai, mahupun dimasak buttermilk lala tetap sedap dinikmati.
Asalkan bahan-bahan yang digunakan kena dengan resepi yang mahu dimasak untuk hidangan anak-anak, suami mahupun keluarga. Makan pula dengan nasi panas. Peh!
Resepi Lala Masak Serai Yang Mudah
Durasi memasak : 30 minit
Bahan-bahan
- 1 pek lala – cuci bersih dan tos
- 1/2 biji besar – dihiris
- 1 ulas bawang putih – diketuk
- 3 tangkai cili kering – cuci dan hiris saiz sedang
- 2 batang serai – diketuk
- Sedikit serbuk kunyit
- Garam dan perasa
Cara Buat Lala Masak Serai
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai sampai naik bau.
- Masukkan lala, serbuk kunyit, garam dan perasa secukupnya.
- Gaul sekata dan bila lala dah masak bolehlah diangkat.
Resepi Lala Masak Thai
Durasi memasak : 40 minit
Bahan-bahan
- 1 pek lala – cuci bersih dan tos
- 1/2 bawang besar – dihiris nipis
- 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
- 5 tangkai cili padi – dihiris
- 2 batang serai – dipotong serong
- 1 tangki daun kunyit -diracik
- 1 tangkai daun ketumbar jawa -diracik
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam, perasa ajinamoto secukupnya
- Sos ikan (optional)
Cara Membuat
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan serai sampai naik bau.
- Kemudian, masukkan lala yang sudah dicuci dan ditoskan tadi.
- Masukkan pula daun kunyit, daun ketumbar, serbuk kunyit, garam dan perasa.
- Gaul sampai semua bahan masakan sekata.
- Sebaik lala masak, bolehlah tutup api dan pindahkan ke bekas lauk.
- Jika mahu menggunakan sos ikan dalam masakan, boleh kurangkan garam atau tak perlu masukkan garam. (ikut pada citarasa anda).
Resepi Lala Masak Pedas
Durasi memasak : 40 minit
Bahan-bahan
- 1 pek lala – cuci bersih dan tos
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 1 ulas bawang putih – dihiris
- 1 tangkai cili besar – dihiris
- 1 sudu besar cili kisar – rebus cili kering dan kisar (buat sendiri lagi sedap)
- 1 sudu besar sos tiram
- Gula, garam, perasa secukupnya
Cara Membuat
- Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili besar sampai naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis sampai cili matang. Kemudian, masukkan sos tiram.
- Kemudian, masukkan lala dan perasakan dengan gula, garam dan ajinamoto (optional).
- Kacau bagi sekata dan bolehlah diangkat.
Lala Masak Apa Sedap
Lala segar yang dibeli itu sedap jika dimasak dengan serai. Ada bermacam resepi masakan lala yang boleh anda cuba sebenarnya. Selain yang dikongsikan di atas, ini resepi lain yang sesuai dengannya.
- Resepi lala rebus dengan serai
- Sambal lala
- Masak lala kam heong
- Lala masak masak manis
- Lala masak halia
- Lala buttermilk
- Resepi lala tumis
- Resepi lala masak sos tiram
- Lala masak serai Che Nom
Harga Lala Segar Di Pasaraya NSK Terkini
Kebiasaannya apabila saya mahu memasak lala, saya akan membeli fresh lala ni dekat pasaraya NSK di Meru. Dulu harganya sekitar RM7 ke RM8 saja.
Dengan kenaikan harga barang ini. Harga sebungkus lala segar di NSK sudah jadi RM9.90. Disebabkan teringin nak makan, maka beli jugalah.
Bolehlah 1 bungkus lala bersaiz sedang. Bukan lala kecik ya. Itulah yang jadi lauk tengahari anak-anak.
Cara Mencuci Lala Segar Yang Betul
Nak membersihkan lala ini pun ada caranya juga. Perlu buat macam ini :
- Rendam lala dalam air dicampur asam kepung
- Semasa membersihkan lala, perlu dikopek sedikit untuk lihat isi lala. Samada berpasir atau tidak. Jika berpasir boleh diasingkan. Cuma ambil lala yang ada isi saja.
Pengalaman masak lala segar ada pasir ini buat saya serik. Jadi, sejak itu perlu dibelek satu-satu sama ada isi lala saja atau ada lala yang berisi pasir.
Alhamdulillah, lala yang saya beli baru ini di NSK cantik semua kejadiannya.
Macam yang saya kongsikan di atas, sejak suami gout ini. Lauk seafood bukan lagi priority keluarga kami. Baik kerang bakar, udang masak sambal, mahupun resepi sotong goreng kunyit amatlah jarang memasaknya.
Anda juga boleh cuba resepi kakak blogger Siti Zurina Mat Saman ini, resepi lala goreng simple rasa macam di kedai.