pulut-mangga

Masak Pulut Mangga Guna Santan Kotak Untuk Beginner

Masak pulut mangga guna santan kotak untuk beginner | Ini pertama kali saya cuba buat pulut mangga thai dengan tekun lagi bersungguh.

Kebetulannya waktu balik kampung di Lenggong bulan lepas saya ada terbeli mangga Siam yang banyak. Buahnya besar-besar cuma RM6 untuk 2 kilogram.

Tengok gambar atas tu, memang macam tulah warna dia. Cantik orennya dan manis. Bila dah tak larat makan gitu saja, teringinlah pula nak buat pulut mangga Thailand.

Google lah resepinya. Disebabkan saya masih level beginner bab buat pulut mangga ni, tak beranilah nak claim tersedap ke apa.

Saya share juga resepinya, mana lah tahu bermanfaat untuk level-level beginner macam saya mencubanya.. kikiki.

Resepi Pulut Mangga Thai Guna Santan Kotak

Sejujurnya, sukatan ni memang saya banyak agak-agak je. Saya cuba ingatkan balik sukatannya ya. Kalau macam tak logik tu, kome ejas le sendiri.

Bahan-bahan Pulut Mangga Siam

  • Sebiji mangga – wajib dah masak ranum
  • Satu pek santan kotak saiz kecik
  • 1 sudu besar gula
  • 2 pot beras pulut – basuh macam basuh beras tu. Saya tak rendam pun.
  • 1 sudu kecil tepung jagung – bancuh dengan air siap-siap
  • Biji bijan – disangai (goreng tanpa minyak)
  • Garam

Cara Buat Pulut Tanak Guna Rice Cooker

  1. Basuh beras pulut, kemudian toskan.
  2. Masukkan dalam rice cooker. Masukkan air ikut sukatan pada rice cooker.
  3. Letak sedikit garam untuk naikkan rasa.
  4. Saya tak letak pandan, sebab tak ada. Kalau ada letaklah ya. Nanti naik bau wangi pulut tu.
  5. Macam saya guna rice cooker Tefal Spherical Bowl tu. Dia memang dah ada siap sukatan untuk beras pulut. Tinggal tekan saja. InsyaAllah.. bila follow stepnya, pulut tak berkerak. Jadi cantik berkilat.

Tak Perlu Rendam Pulut

Pernah terbaca kan resepi pulut tanak ini perlu direndam semalaman atau beberapa jam sebelum dimasak.

Bila masak pulut tanak gunakan rice cooker, tak perlu dah nak rendam pulut. Sebab rice cooker boleh menanaknya dengan cantik dan berkilat.

Yang penting, anda perlu tahu gunakan sukatan air yang betul untuk menanak pulut dalam rice cooker di rumah sendiri.

Cara Buat Sos Putih

  1. Campurkan santan kotak dengan sedikit air suam.
  2. Masukkan dalam periuk, hidupkan api. Kecil saja dan masaklah.
  3. Tambahkan garam untuk menaikkan rasa.
  4. Kalau ikutkan resepi asal tu tak ada letak gula pun, saya tambah sebab nak balance kan rasa.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Ikut kepekatan mana yang anda nak.
  6. Kacau sampai adunan masak.

Baca : Cara buat jem mulberi paling senang, siap jus

pulut-mangga
Pulut mangga ni guna mangga Siam. Betul-betul sawadikap ni.

Begini Cara Hidang Pulut Mangga Thailand

  • Letakkan pulut dalam pinggan.
  • Potongkan mangga.
  • Siramkan sos putih di atasnya.
  • Taburkan biji bijan.
  • Sedia untuk dinikmati.

Kesimpulannya.. menjadilah juga walaupun baru pertama kali mencuba. Cuma, lepas ini kalau nak buat lagi, mungkin saya akan tambahkan sos mangga homemade juga.

Barulah daebak! Nampak tak derhaka kat resepi tu macamana. Hahaha..

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

2 Comments

  1. abam kie April 15, 2022
    • nettyahhiyer April 15, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!