Masak Nasi Lemak Dalam Periuk Spherical Bowl

Percubaan masak nasi lemak dalam periuk nasi spherical bowl Tefal ini pertama kali saya cuba. Seronoknya sebab menjadi, rasanya pun jauh lebih sedap. Walau cuma guna santan kotak.

Malah, lebih sedap berbanding sebelum-sebelumnya yang masak dalam periuk nasi atas dapur gas. Bak kata Qaseh, “hmm.. mak rasa nasi lemak.”

Nak tergelak ibu bila Qaseh sebut gitu. Nampak sangat sebelum ini mak kau gagal masak nasi lemak dengan jayanya Qaseh.

masak nasi lemak

Lebih 10 Tahun Masak Nasi Atas Api Dapur

Periuk nasi sherical bowl Tefal ini saya dah beli sejak sebelum bulan Ramadan lagi. Dan sebelum-sebelum itu dah lalu lalang dekat Harvey Norman. Entah berapa puluh kali.

Beritahu pada en Yem, alangkah bestnya bila dapat masak nasi dalam rice cooker macam dekat cerita Korea tu. Asal lalu, terpandang je mesti beritahu benda yang sama.

Walhal sebelum ini masak nasi atas api dapur gas elok je kejadiannya. Saja menggedik kan. Sebenarnya, saya dah lebih sepuluh tahun masak nasi guna periuk biasa atas api dapur.

Bukan tak ada rice cooker. Ada. Tapi saiznya besar gabak, sampai jadi malas nak guna. Masaknya sikit saja. Macam mana ntah saya boleh relaks je guna cara oldschool tu.

Nampak sangat saya jenis tak kisah gajet-gajet dapur ini kan.

masak nasi lemak

Kumpul Duit Beli Periuk Nasi Idaman

Okay, akhirnya dengan duit yang dikumpul dan en Yem top up sikit. Dapatlah saya beli rice cooker idaman hati.

Dekat pelekat harga Harvey Norman tu, Tefal Delirice Pro Rice Cooker RK808 1.5L ini harga asal dia RM699 (ke RM799, saya pun ingat-ingat lupa). Lepas diskaun harga dia jadi RM389.

Tambah warranty, RM70. Jadilah RM459.

En Yem tong-tong sama. Kira berbaloilah kan, lepas bertahun-tahun tak guna periuk nasi, terus beli periuk nasi idaman hati. Tapi, lepas beli jadi satu masalah pulak kat diri sendiri.

Macam Mana Nak Guna Rice Cooker Tefal Ni?

Macam mana nak guna? Dia punya canggih macam kau nak kena godek processor iMac. Dia punya susah. Walau ada manual penggunaan tetap ku total lost.

Baca manual, buka YouTube, gali dalam Google. Semua ku cuba. Last-last yang lucunya, periuk secanggih itu cuma ku guna tuk masak nasi semata-mata.

Sampailah beberapa ketika beranikan diri masak pulut tanak dalam periuk spherical bowl tu. Ikut saja sukatan cawan dengan jumlah air yang tertera dekat periuk tu.

Contoh; untuk 1 pot glutinous rice (pulut lah tu), samakan saja jumlahnya dengan paras air pada sukatan yang tertulis dekat spherical bowl.

Alhamdulillah, pulut masak dengan cantiknya dan tak tinggalkan kerak pun. Betullah periuk spherical bowl ini membantu sangat-sangat.

Masak nasi pun takde kerak, dan nasi boleh tahan kadang sampai 2 hari. Jadi, tak adalah nasi (baca kerak) terbuang macam sebelum ini.

Biasanya kalau ada kerak nasi tu, saya jadikan bubur.

Cara Masak Nasi Lemak Guna Periuk Nasi Tefal

Kemudian, tergerak pula hati nak cuba buat resepi nasi lemak simple guna rice cooker spherical bowl tu. Memula sukat beras ikut pot yang dia bagi.

masak nasi lemak
  • Saya masak 5 pot. Basuh beras dan tos.
  • Pastikan sepharical bowl tu kering sepenuhnya di bahagian luar kemudian barulah letak dekat induk dia.
  • Masukkan beras dah tertos. Dan masukkan air yang dah campur santan kotak (tak pekat sangat), tuang dalam mangkuk hingga ke angka 5 (ada tertulis pada mangkuk dia)
  • Letaklah daun pandan dan potongan bawang merah.
  • Tambahkan garam.
  • Tekan setting white rice. Saya guna beras jasmin sebenarnya, tapi terlupa nak tekan setting jasmine rice tu.
  • Nanti bila dia nak masak, akan bunyi bip beberapa kali. Akan keluar lampu kuning kat button cancel.
  • Saya tekan button cancel tu. Buka periuk sebab nak tengok nasi ok ke tidak. Masa ini nasi belum lembut sepenuhnya.
  • Jadi saya masukkan santan pekat (betul-betul pekat) campur sikit garam. Tuang atasnya. Dalam suku cawan macam tu.
  • Gaul kejap, tutup bekas nasi. Tekan semula butang cancel tadi. Nasi akan ditanak dalam setting cancel ini. Biarkan sampai 30 minit.
  • Tekan semula butang cancel, buka penutup. Bila dah masak cantik. Saya tutup suiz plug.

Haa.. lebih kurang macam itulah proses cara masak nasi lemak rice cooker Tefal. Masa ini tak terfikir pulak nak ambil step by step. InsyaAllah, kalau rajin nak buat nasi tomyam ke apa nanti saya usahakan amik gambar langkah demi langkah.

masak nasi lemak

Bila dah siap tu, hidanglah dengan sambal bilis, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng, telur rebus, ayam goreng dan kangkung celur. Saya kalau makan nasi lemak memang suka ada kangkung celur.

Barulah rasa lengkap hidangan nasi lemak itu.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Begini cara mudah bersihkan kuali stainless steel hangus berkarat
- Kentang putar gebu, rasanya lagi ‘creamy’ dari KFC
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer
- Mudahnya masak rendang ayam, campak-campak jadi

2 thoughts on “Masak Nasi Lemak Dalam Periuk Spherical Bowl”

Leave a Comment