Penyakit Alopecia dideritai isteri will smith | Kecoh betul bila Will Smith menampar Chris Rock gara-gara menjadikan penyakit Alopecia Areata yang dideritai isterinya, Jada Pinkett sebagai bahan lawak.
Haa.. jangan main-main dengan suami yang sayang isteri. Tentu-tentulah bukan mudah isteri tu nak hadap penyakit Alopecia Areata yang dihidapinya sejak tahun 2018 tu.
Sebab kita pun orang perempuan, jadi rasa tergerak hatilah nak cari apa itu penyakit Alopecia. Penyakit ini antaranya sebabkan rambut jadi botak.
Apa Itu Penyakit Alopecia
Alopecia ini juga termasuk dalam sejenis penyakit kulit kepala yang menyebabkan keguguran rambut berlebihan. Banding dengan rambut baru yang tumbuh.
Orang normal, sehari alami dalam 50 ke 100 helai rambut yang gugur. Bagi pesakit Alopecia, dia akan mengalami keguguran lebih 100 helai rambut sehari.
Penyakit ini boleh terjadi sementara, boleh jadi menyebabkan penghidapnya alami dalam tempoh yang cukup panjang.
Kenapa ianya terjadi? Ada banyak sebab juga.
Menerusi pembacaan di portal myHEALTH Keadaan ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun yang mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri.
- Antara puncanya, genetik, stress atau disebabkan penyakit tertentu.
- Boleh jadi juga disebabkan pembedahan besar atau selepas bersalin.
Selepas 3 ke 4 bulan alami keadaan antaranya seperti di atas, rambut akan berhenti tumbuh. Lalu memasuki fasa rehat yang dipanggil Teloger Effluvium.
Ada 3 Jenis Alopecia
Perlu diketahui ada tiga jenis penyakit Alopecia iaitu;
- Areata : cuma terjadi di beberapa spot pada kepala. (Ini yang Jada Pinkett sedang alami. Akhirnya dia ambil keputusan untuk membotakkan keseluruhan rambutnya)
- Totalis : alami rambut botak pada keseluruhan kulit kepala.
- Universalis : akan alami kehilangan rambut pada bahagian tubuh misalnya kepala, kening dan bulu di kemaluan.
Baca : Rawat penyakit kayap mak guna ubat Acyclovir
Apa Nak Buat Jika Alami Keguguran Rambut Melampau
Jika keguguran anda disebabkan stress, usahlah berasa terlalu bimbang. Sebab itu semua bersifat sementara dan rambut masih boleh tumbuh semula.
Sebaliknya, jika diikuti penyakit lain seperti tiroid dan SLE segeralah dapatkan rawatan.
Jika disebabkan kulat, dapatkan rawatan rambut dengan ubat anti-kulat.
Haa.. jangan main-main ya dengan penyakit ini. Memang cukup stress bagi mereka yang diuji dengan penyakit kebotakan rambut ini.
Semoga membantu info ini ya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
thanks for sharing. rambut abe kie ni semakin berkurangan n beruban kerana faktor penuaan je. huhuhu…
Pertama kali tahu tentang penyakit ni lepas kes penampar tu