Ya, lepas empat bulan ada website. Saya lulus permohonan Google Adsense. Tapi jika anda mencari tip setepatnya lulus Google Adsense dengan cepat dari penulisan ini.
Anda tidak akan menemuinya. Kerana, apa yang saya kongsikan di sini adalah daripada pengalaman sendiri. Langkah demi langkah yang saya buat untuk website ini.
Tanpa saya tahu, adakah stepnya tepat atau tidak. Try n error omputih kata. Sehingga saya sendiri terkejut dengan hasilnya. Cepat betul lulusnya Google Adsense ini.
Bila saya baca penulisan blogger lain, Google Adsense ini ibarat tingkat kepuasan tertinggi yang ‘perlu’ dicapai oleh seorang blogger.
Januari 2021, Saya Daftarkan Website
Pertengahan Januari tahun ni tiba-tiba tergerak hati nak ada website. Dengan bantuan Kak Azni (modernmumthingy.com) saya ada website : https://nettyahhiyer.com .
Bukan setakat ada website, kak Azni juga ajar cara betul nak dapatkan SEO ranking yang baik. Bukan mudah, berliku-liku nak belajar caranya. Lebih pada ‘pecah kepala’.
Daftar Google Analytics & Google Search Console
Bila dah buka website, kena daftarkan Google Analytics (GA) dan Google Search Console (GSC). Ni paling basic kena ada.
Pastikan di GA dan GSC, anda adalah verified owner dan tak ada isu-isu lain yang google akan detect dari kedua-dua akaun ini.
Buatlah artikel macam biasa. Sebaiknya kena ada lebih 50 artikel dalam website yang mempunyai beberapa SEO yang baik di SERP (tapak pertama carian Google)
Buatlah artikel macam biasa. Sebaiknya kena ada lebih 50 artikel dalam website yang mempunyai beberapa penulisan artikel SEO yang baik di SERP (tapak pertama carian Google)
Sitemap Tu Penting Untuk Lulus Google Adsense
Ini selepas ada website, saya terus cari theme yang saya nak. Saya guna Theme ‘hitmag’ untuk web ini. Itu pun ada isu ‘head’ ke apa. Tapi dah tak reti nak ejas. Biar jelah.
Cuma masalah ni kacau speed website lah sikit (ke banyak…hahaha)
Theme ni nanti jangan kerap tukar. Sebab akan kacau banyak setting lain, melainkan anda pro. Ikutlah nak tukar banyak mana.
Kemudian, saya tetapkan menu. Kira macam Label kalau di blogspot. Dalam menu tu masukkan elemen;
Saya baca ini antara benda yang penting juga untuk menentukan kelulusan Google Adsense.
Artikel baru saya tak adalah banyak sangat pun. Dalam sepuluh ke berapa, tapi setiapnya itu memang pulun untuk SEO ranking.
Lepas itu saya submit sitemap dekat Google Search Console. Ini pun penting sebab nak bagi google boleh jumpa posting kita dengan mudah.
Sitemap pun kena betul XML nya ya. Kalau salah url ke apa nanti Google pening. Dia tak boleh nak baca. (sebab saya pernah alami. Fuh! berhari-hari nak cari solution dia.)
Install Plugin Google Site Kit
Sebab saya tarik artikel lama dari blogspot. Ada juga isu-isu berbangkit yang Google kesan. (Ini saya kongsikan kendian)
Selesai sitemap, saya masukkan plugin Site Kit dalam dashboard. Aktifkan semua yang ada dalam tu; Google Analytic, Google Search Console, dan Google Adsense.
Ikut saja arahan yang dikongsikan.
Ada Akaun Facebook Page, Instagram
Facebook Page Netty Ah Hiyer Tulis ini saya dah ada lama. Tapi tak konsisten pun postingnya. Lebih pada perkongsian kisah laka-laka anak-anak. Bila ada yang lucu di hati, dan saya mahu tinggalkan kenangan untuk anak-anak saya kongsikan dalam page.
Dan sekarang, saya buatkan satu kategori khas untuk kisah laka-laka anak-anak di web ini.
Dulu saya ada sejarah facebook tiba-tiba hilang. Bila hilang, instagram lama pun hilang. Sejak itu, saya bermasalah nak buka akaun instagram.
Setelah sekian lama, bertahun-tahun, en Yem terbuka hati nak tolong. Hahaha.. dan akhirnya saya ada semula akaun instagram yang baru.
Lepas itu, Zarif godek macam mana ntah. Dia dapatkan semula akaun instagram ibu dia Netty Ah Hiyer Tulis. Maka, saya manfaatkan saya sharing web ini di situ dan instagram sendiri di netty.ah.hiyer.
Daftar Pula Google Adsense
Dalam pada itu daftarlah sekali untuk Google Adsense. Walau pun saya tahu mesti amik masa bertahun nak lulus ni. Pada masa yang sama, terus kan saja kongsi artikel dengan SEO yang betul.
Lepas empat bulan, tu sajalah check Adsense tu. Tengok-tengok dia tulis macam dah lulus. Tapi bila tanya kak Azni dia akan bagi surat.
Biasalah saya kan gatai. Saya godek-godek juga. Ada satu link saya tekan (tak ingat dah) dia tulis sama ada saya nak cuba tak untuk buat demo Adsense dekat web saya.
Saya pun setuju.
Masukkan Plugin Ad Inserter
Dan masa itu baca sana sini, akhirnya saya letak saja plugin Ad Inserter dalam web itu. Nanti dia akan bagitaulah nak kena masukkan apa-apa. Ikut je arahan tu.
Lepas tu saya biar je. Eh! tak lama tu, saya tengok ada iklan dalam web. Bila buka dashboard Home Adsense tu dah ada keluar figure (walaupun kosonglah semua tu).
Mudahnya guna plugin ini sebab lepas kita setting tu, dah tak payah pikir nak buat sendiri. Semua dia buat. Nanti bila suruh update. Updatelah ya.
Dan pastikan apa-apa plugin yang diinstal dalam web kita tu, updatelah plugin nya. Jangan biar tanda-tanda merah tu berlegar-legar dekat blog kita ya.
Akhirnya Lulus Google Adsense
Macam mana boleh tau dah lulus Google Adsense. Macam saya, saya dapat emel pengesahan daripada pihak Google Adsense.
Masa ini, kita masukkan lah nombor kod yang dia berikan itu. Ini boleh google ya. Saya pun dapat daripada bloger-blogger yang rajin berkongsi di blog masing-masing.
Lepas beberapa hari selesai pendaftaran bagai, masuk kod bagai adalah 1 sen. Hahaha.. kira oklah kan untuk web baru ni. Yang lucu, nak cecah 10 sen tu pun macam tunggu durian runtuh.
Baca juga : Genap 2 tahun, pertama kali dapat duit dari Google Adsense
Sapa yang kata senang tu, memang blog/web dia tinggi giler pengunjungnya. Macam blog saya ini nak kata 100 pengunjung, 50 pengunjung sehari pun belum tentu ada.
Dan selalunya adsense akan bayar bila dah cecah USD100. Kalau itulah figurenya. Hahaha.. agaknya tahun bila lah nak cecah tu.
Baca : Surat pin Adsense tidak sampai, akhirnya guna email
Antara Tip Lulus Google Adsense Saya Guna
Di atas antara cara-cara yang saya lakukan dan memungkinkan permohonan Google Adsense saya dapat didaftarkan dengan cepat.
Update : Ada sebahagian konten dalam blog ini saya tarik dari blogspot yang dah wujud sejak tahun 2009 lagi. Tapi rupanya bila tarik dari konten lama banyak benda nak kena buat, betulkan sana sini. Hahaha..
Terutama isu-isu yang berkaitan dengan SEO, Domain Ranking, dan isu di web saya sendiri.
Tak apalah, kalau tak cuba tak belajar kan.
Rupanya ada banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan Adsense tu jadi sumber pendapatan bulanan. Saya memang tak nampak bayang lagi, tapi sedang usaha ke arah itu.
Jadi, jika anda suka perkongsian tip cara nak lulus Google Adsense saya ini dan rasa bermanfaat. Supportlah klik iklan dalam blog saya ini ya.
TIP LAIN DI SINI : - Blogger, belajar dulu jenamakan diri di media sosial - Menulis entri blog mesra pembaca, ini 5 tipnya - Panduan hasilkan penulisan berjiwa - Ini 5 sebab gagal menulis dengan baik
- Like : Fanpage Netty Ah Hiyer Tulis
- Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
wahh.. details penerangan entri ni… kalau cikgu macam ni hahahahah
Hahaha.. takleh derhaka ngan sifu..
Seronoknya baca perkongsian lulus Google Adsense ini…. terima kasih ye….
Alhamdulillah.. Bukan senang nak lulus adsense ni.. Best kan bila dah lulus.. semoga dimurahkan rezeki selalu kak
waaahhh bestnya. ajarin kita ye 🙂
Wah! Sekali kakak otai blogger komen.. boleh saja Kak Anie..