letak-link-di-story-instagram

Cara Terbaru Letak Link Di Story Instagram

Letak link di story instagram | Menarik sungguh ni. Sebelum ini, jika nak masukkan link dalam instagram story, antara syaratnya perlukan minimum 10,000 follower.

Tu dia, kalau macam instagram story saya ni memang entah bila lah nak capai.

Nak dapatkan 100 follower pun macam namatey je. Dulu saya pernahlah ada instagram, jumlah follower pun dah ribu riban.

Sayangnya, facebook saya kena hack.

Jadi, hilanglah facebook saya dari radar termasuklah instagram. Bertahun-tahun saya tak kisah pun. Ada ke tak de saya okay je. Sampai lah akhirnya, suami kasihan dialah tolong cari balik dan dengan bantuan Zarif juga, saya dapat buat akaun instagram yang baru.

Tiba-tiba, instagram Netty Ah Hiyer Tulis yang dah lama saya pernah buat dulu pun muncul balik. Tapi akaun yang ini baru ada 100 follower saja waktu itu.

Jadi, saya pun ubahlah setting ke instagram business account. Sebabnya, bila dah tukar ke setting ini, saya boleh nampak insight.

Bukanlah beria nak tengok insight tu sangat pun. Saja suka-suka. Hahaha.. boleh gitu.

Instagram Perkenal Fitur Baru Di IG Story

Cuma waktu itu, jika mahu post story di instagram, masih terdapat syarat untuk dipenuhi. Akaun bisnes perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 10 ribu follower, baru boleh share link artikel dari blog.

Sampailah baru-baru ini, instagram dan upgrade dan tukar setting yang baru.

Feature baru ini membolehkan pemilik akaun berkongsi link artikel di instagram story. Malah, boleh dishare juga di facebook story.

Asalkan anda tick fitur share ke facebook yang disediakan.

(Cuma saya tak pasti samada instagram bukan busines boleh ke tidak buat sharing link ni)

Sebelum itu, kenalah betulkan dulu setting di instagram yang mana, setiap posting boleh dikongsikan di facebook sendiri. Ini boleh tengok di ruangan setting.

Tutorial Masukkan Link Di Story Instagram

  • saya guna iphone untuk tutorial bergambar ini ya. Jika anda pengguna android mungkin fiturnya sedikit berbeza. Namun konsepnya tak lari jauh.
letak-link-di-story-instagram
  • Pilih tanda + (dalam bulatan merah) yang ada pada laman home instagram anda.
  • Nanti akan keluar macam ini. Klik ‘story’ yang ada tanda tambah ( + Story ) macam gambar di atas tu.
letak-link-di-story-instagram
  • Saya masukkan layout yang saya dah buat di Canva. Tekan button ’smiley’ dekat atas tu ya.
letak-link-di-story-instagram
  • Akan nampak fitur LINK ( anak panah kuning ). Haa.. tekan fitur ‘LINK’ itu.

Okay, Begini Cara Masukkan Link Di Story Instagram

letak-link-di-story-instagram
  • Akan keluar macam ini. Masukkan lah URL artikel dari blog yang berkaitan dengan layout yang kita buat tu. Pastikan berkaitan dengan layout tadi ya.

Baca : Cara mengecilkan gambar di web, loading pun cepat

letak-link-di-story-instagram
  • Bila link dah keluar (dalam tulisan biru) letakkan caption yang mengarahkan follower untuk klik atau bawa pembaca melayari link artikel di blog anda.
  • Klik button ‘your story’ sehingga jadi biru.
  • Dan tekan button share
  • Boleh juga kongsikan dengan close friend di IG. Klik button ’star’ hijau. Jika tak mahu abaikan saja.

Simpan Dalam Highlights Instagram

  • Sebab saya tak mahu story ini hilang, saya masukkan dalam highlights instagram.
  • Kerana paparan di instagram story cuma bertahan untuk 24 jam saja.
  • Saya klik ‘add to highlights’ button ‘love’ merah.
  • Haa. pilihlah mahu menu highlights instagram yang mana. Sebab ini tentang resepi, maka saya masukkan dalam resepi.

Satu lagi, simpan di instagram highlights ini juga memudahkan untuk kita rujuk dan baca semula.

Selesai.

Mudah saja kan. Selamat mencuba!

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

7 Comments

  1. Ziana Eunos February 17, 2022
  2. Min Shamsuddin February 17, 2022
    • nettyahhiyer February 17, 2022
  3. Mija February 17, 2022
  4. ombakbergigi February 18, 2022
  5. yong February 18, 2022
  6. Shida Rahmat February 18, 2022

Leave a Reply

error: Content is protected !!