Adik Nazrul Hysam Nazri ini protege saya. Kisah perkenalan saya dengannya cukup unik sekali. Berkali kak Maswa, memujuk, mendesak, memaksa saya membuatkan blog untuk adik Nazrul.
‘Amal jariah Net‘, kata Kak Maswa berkali-kali. Dalam kesibukan waktu yang ada saya cari masa dan siapkan juga sebuah blog untuk adik ini.
Beberapa bulan, saya membantunya dengan sedikit ilmu berblog yang saya ada. Dan dia memuatkan kisah hidupnya dalam blog pertamanya, PelangaiPilahN9.
Dalam pada itu, saya terus mempromosikan kelas online asas blog dan penulisan di laman facebook saya.
Tiada Wang Mahu Ikut Serta
Adik Nazrul memasang impian mahu menyertai. Namun, dia tidak punya wang mahu ikut serta.
Saya katakan padanya, ‘Tak mengapa, tanya saja pada Kak Net kalau ada masalah berkaitan blog. Kak Net bantu mana yang termampu‘.
Dan dia akan bertanya jika ada kemusykilan mengenainya. Saya faham kesusahan dan kekurangannya.
Baru-baru ini, dia hubungi saya lagi. Nyatakan kesediaannya mahu turut serta dalam kelas saya.
Katanya, sudah punya wang. Hasil jualan ‘tut’ (saya perlu rahsiakan ini. Biarlah saya dan Nazrul saja yang tahu).
Saya tahu adik ini bukan orang senang.
Tapi yuran kelas bukanlah untuk menekannya, cuma itu adalah komitmen untuknya gigih belajar di dalam kelas dan kelak itulah ‘komitmen’ menjana pendapatan dari rumah. Inilah uniknya kelas ini.
Protege Saya Istimewa Orangnya
Ya, saya tahu perjalanannya tidak mudah. Mahu bergelar orang berjaya tidak semudah ABC sebenarnya. Ada onak dan duri perlu dilalui dan semangat kental dan tidak kenal erti putus asa itulah antara rahsianya.
Akhirnya, adik Nazrul menyertai kelas saya pada minggu lalu. Dengan perjanjian, belajar dalam kelas saya dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu ada tangisan kepayahan sepanjang membangunkan sebuah blog hasil air tangan sendiri.
Dari membuat emel sendiri sampailah punya blog sendiri yang jauh berbeza daripada blog pertamanya dahulu.
Kenapa saya biarkan dia belajar membuat sendiri? Akan saya beritahu padanya kelak alasan ini.
Blognya Sudah Ada Entri Baru
Pagi ini dia maklumkan blognya sudah ada entri baru. Segalanya dilakukan mengikut apa yang diajar. Walaupun sekadar pengenalan diri, itu sudah memadai bagi saya.
Sungguh saya terharu, pencapaian jauh lebih baik dari yang saya sangkakan. Saya gembira, Nazrul yang bermula dengan Zero kini sedang mengorak langkah menjadi HERO!
Empat kelas ini terus berlangsung:
- Kelas asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog dan fan page (khusus untuk busines)
- Kelas belajar iklan di mudah.my
- Kelas penulisan kreatif
Bonus : Kelas ini juga memberikan panduan bagaimana mahu menghasilkan penulisan blog yang mesra pembaca.
Salah satu cara menghasilkan blog yang berpengaruh adalah kualiti dalam penulisan blog. Itulah yang saya mahu kongsikan dengan pelajar-pelajar yang juga protege saya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
nice.