Anda menulis entri blog bagai nak rak. Cerita pengalaman konon menarik. Kongsi kisah kehidupan yang difikirkan super hebat. Sayangnya cuma seorang dua yang membaca entri anda.
Apa yang anda rasa?
Frust! Tertekan sampai rasa nak terjun longkang? (Pilih saja lokasi selamat. lokasi lain bahaya, boleh undang kecederaan).
Menulis entri blog yang mesra pembaca memberi ‘content’ atau pengisian artikel yang bermanfaat pada pembaca.
Dengan cara itu anda mampu kuasai trafik blog anda. Salah satu cara lain untuk meningkatkan aliran trafik blog adalah menerusi sokongan backlink.
Ketika saya bersama Akademi Bekerja Dari Rumah, kerja berjemaah memudahkan kerja-kerja menaikkan trafik blog kalian sekaligus membuatkan ia mesra pengunjung.
Dalam website success.com, ada 5 tips penulisan blog yang membuatkan pengunjung suka baca. Saya ringkaskan ikut style penulisan saya ya. Bagi anda lebih mudah memahami.
5 Tip Menulis Entri Blog Mesra Pembaca
Kenali Audien Anda
Siapa audien? Mereka adalah individu yang membaca blog anda. Macamana mahu tahu latar belakang mereka? Tanyakan soalan ini.
- Siapa mereka? (jantina – umur)
- Pekerjaan mereka?
- Apakah minat mereka?
Semakin anda kenali pembaca blog anda, semakin mudah anda membina jalinan emosi antara anda dan pembaca. Tulislah informasi tentang apa yang pembaca anda benar-benar inginkan.
Saya beri contoh blog saya ini. Bukan sekadar menulis entri tentang dunia kewartawanan, saya juga berikan beberapa tips penulisan.
Bukan semua orang dilahirkan berbakat menulis. Itu yang pernah beberapa orang berkongsi pengalaman dengan saya. Tetapi, menulis ini adalah satu kemahiran. Ia sebenarnya boleh diasah.
Baca : Senarai 19 blogger pilihan 2022 tak rugi follow
Menulis Entri Dengan Tajuk Yang Anda Gemari
Sebelum membuatkan pembaca tertarik dengan tajuk yang bakal anda pilih. Anda perlu bertanya dahulu kepada diri sendiri. Adakah anda suka dengan tajuk yang bakal anda kupas?
Jika hati anda menafikan, mengapa membazir masa mahu berkongsi cerita yang bukan-bukan dan membuang masa di entri blog anda yang cukup berharga itu.
Bagaimana mahu memilih tajuk yang anda juga gemari?
Tak perlu mencari tajuk yang terlalu bombastik sehingga pembaca pun pening kepala mahu memahami. Cukuplah dengan pemilihan ‘keyword’ yang mudah dan akhirnya berpotensi untuk dikembangkan.
Misalnya dengan bermula menulis entri blog yang mesra pembaca, anda boleh menimbulkan persoalan lain seperti panduan berblogging mahupun bagaimana mahu menghasilkan penulisan yang bagus untuk entri blog?
Carilah pelbagai idea yang boleh difikirkan tentang topik yang mahu dibincangkan. Buka luas minda dan fahami maksud ‘berfikir di luar kotak’.
Menulis Entri Blog Ikut Gaya Tersendiri
Setiap orang tuhan berikan mereka identiti yang berbeza-beza. Begitu juga dengan penulisan. Kenali diri anda dan carilah gaya penulisan anda. Jangan sesekali meniru orang lain. Kalaupun anda berjaya, ia tidak akan bertahan lama.
Akhirnya sampai satu tahap, anda sendiri sudah tidak larat lagi mahu meniru dan idea buntu. Ok, sebenarnya anda sedang membunuh penulisan anda sedikit demi sedikit.
Fahamkan adakah anda seorang blogger yang suka menulis menggunakan ayat yang panjang-berjela atau jenis yang ‘keep it short and simple’.
Anda gemar menulis gaya bahasa berbunga-bunga atau lebih gemar menulis terus kepada fakta.
Saya kira, menulis dengan menyelitkan pengalaman peribadi sebenarnya membantu anda menjadi unik dalam laman maya. Tidak salah berkongsi apa yang anda alami dan saya kira, pelawat anda juga mahu tahu serba sedikit ilmu dan tips daripada anda.
Paling penting, biarkan penulisan anda menembusi jiwa pembaca secara semulajadi. Mereka baca, mereka faham dan akhirnya mereka praktikkan.
Sebab itulah, perlu jadi diri sendiri.
Tips menarik pembaca:
- Masukkan quote ; kata-kata sendalan yang menarik untuk dibaca. Pastikan ia tidak mengganggu mata mahupun keseronokan pembaca blog anda.
- Berikan list dan subhead (tajuk kecil) untuk menarik pandangan mata pembaca.
- Para yang pendek dan ringkas.
Menulis Entri Intro Yang Memberi Impak
Bukan mudah sebenarnya. Saya sendiri akui proses mahu mendapatkan intro yang benar-benar ‘catchy’ dan memukau tidak mengambil masa yang singkat.
Ia perlukan kesabaran untuk anda memahami, memilih kata yang benar-benar tepat, padat dan ‘menangkap’.
Ada beberapa tips yang boleh dikongsi :
- Mulakan dengan persoalan. Misalnya, Bimbang facebook anda diceroboh? Idea di sini adalah untuk mengundang perasaan ingin tahu pembaca untuk mengetahui apakah artikel yang mahu anda kongsikan itu.
- Boleh mulakan dengan fakta atau pengakuan. Misalnya, Semua orang tahu bagaimana mahu merakam gambar selfie.
Pastikan intro anda ada kaitan dengan artikel. Atau pembaca anda bukan sahaja keluar dari blog anda dengan perasaan hampa malah meninggalkan jejak kemarahan yang sukar dipadamkan.
Sekali nama anda tercalar di laman sosial, susah sebenarnya mahu naik kembali. Jika bernasib baik, sekejap sahaja kesilapan boleh dibetulkan.
Jika hukuman masih belum berakhir, bertahun-tahun lamanya anda terpaksa menanggung susu sebelangan yang telah rosak hanya diakibatkan oleh nila yang setitik itu. Fikir-fikirkan.
Pilih Tajuk Yang Super-catchy
Maksudnya di sini, tajuk perlu memukau tahap super. Baca tajuk saja pembaca terus mahu buka laman blog anda dan tak berganjak membaca artikel yang anda kongsikan.
Silap hari bulan, mereka share pula tips yang anda tulis. Wah! Bukankah itu bonus untuk anda.
Tips pilihan tajuk :
- Bagaimana untuk ….
- Faktor X untuk …..
- Siapa lagi mahu … ?
- Panduan mudah dan ringkas untuk …
- Rahsia ….
- Perkara yang semua perlu tahu tentang ….
- Anda berharap anda …
- Cara paling efektif untuk …
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Disclaimer : Catatan ini bertarikh 28 April 2015
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis