Cara mengecilkan gambar guna handphone dengan download aplikasi ini saya baru cuba. Dan terbukti berjaya.
Kebetulan saya terpaksa menaip di blog menggunakan handphone. Masalah pula bila nak kecilkan saiz gambar jadi bawah 100kb. Ini had limit saiz gambar yang saya tetapkan untuk blog ini.
Saya pernah terbaca saiz gambar ini perlu dikecilkan di bawah 300kb. Lebih baik gambar dicompress dahulu sebelum dimasukkan ke dalam blog.
Edit Dahulu Gambar Di Canva
Akhirnya setelah mencuba godek sana sini, saya jumpa solusi (jawapan) pada masalah mengecilkan gambar di handphone.
Cara ini lebih mudah untuk orang oldskool macam saya ni.
Sebelum itu, semua gambar saya resize dan edit dahulu di Canva.
Dengan bantuan aplikasi Compress photo di Apps Store dapatlah saya kecilkan gambar yang diinginkan.
Ini saya pakai iphone.
Kalau anda pakai android barangkali perlu download apps ini di Play Store. (Maaflah saya tak berapa arif tentang android ini).
Cara Mengecilkan Gambar Guna Handphone
*Yang berlogo biru itu ya.
- Pertama, download dulu aplikasi Compress Video & Photo.
- Selepas download, tekan tiga jalur di bahagian kiri atas.
- Kemudian, tekan compress foto (bagi menggantikan compress video). Sebab kita nak tahu cara mengecilkan gambar guna handphone kan. Kalau untuk video, baru tekan video tu.
- Buka aplikasi tu, tekan ‘select photo to Compress’
- Pilih gambar dari galeri gambar di telefon.
- Pilih gambar dan tekan next.
Proses Mengecilkan Gambar Guna Handphone Jadi Mudah
Sementara nak proses gambar tu akan keluar iklan ya.
Bersabarlah ya.. layan tengok video. Apps percuma memang macam tulah.
Habis video tu tutuplah.
- Menariknya setiap gambar akan tertera saiz sebenar gambar.
- Anda akan tahu kualiti gambar dalam keadaan baik atau sebaliknya.
- Kemudian, tekanlah compress.
Gambar Berjaya Dikecilkan Dengan Handhone
Gambar sudahpun dicompress.
*Hasilnya lebih kecil dari MB menjadi KB.
- Anda ada pilihan sama ada nak simpan gambar original atau delete gambar.
- Imej berjaya dikecilkan saiz gambar dari 1.3MB menjadi 345.9kb.
- Macam saya, saya delete gambar asal. Sebab tak nak keliru masa mencari di galeri phone nanti.
Cuma untuk saiz blog ianya masih lagi besar sebenarnya. Sebolehnya saya akan masukkan gambar bersaiz bawa 100kb untuk gambar di blog.
Semakin kecik gambar, semakin cepatlah loading page nanti.
Malah, loading page juga menjadi lebih cepat.
Baca : Pendekkan link URL yang panjang guna zass.to
Penemuan Selepas Mencuba Cara Mengecilkan Gambar Guna Handphone
Selepas beberapa hari saya mencuba try and error, antara kelemahan cara mengecilkan gambar guna handphone ini, saiz imej turut berubah.
Misalnya, jika gambar asal bersaiz 700 x 400, selepas dikecilkan dengan phone ia boleh menjadi 500 x 300. Keadaan ini agak sukar untuk gambar top image kerana format gambar sudah berubah dan makin mengecil.
Mungkin jika theme anda tidak terikat dengan format sebegitu. Tiada masalah untuk mencuba.
Anda juga tidak dapat memberikan file name pada gambar tersebut di dalam blog. Kerana, imej akan dilabelkan dengan nombor.
Perhatikan juga format file imej semasa mendownload gambar, sama ada jpeg atau png.
UPDATE : Untuk theme saya ini terdapat sedikit kekurangan bila upload gambar di blog menggunakan handphone. Terutama berkaitan dengan google indeks. Saya tak jumpa lagi sebabnya. Saya baru tukar template blog ini, dan masih nak memahamkan rentaknya.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Thanks share. Sangat membantu. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang 🙂
Sama-sama.. selamat hari raya Aidiladha juga