Cara betulkan author page redirect ke homepage blog wordpress. Seharian jugalah mencari jawapan cara nak fix author page redirect ni.
Maklumlah, benda-benda teknikal ini bukannya faham sangat. Tapi bila dah tahu, mudah saja rupanya.
Masalah bermula bila saya buka Ahrefs. Ahrefs maklumkan ada error pada blog saya ini. Dekat page author saya itu dah jadi 301 moved permanently. Atau dengan kata mudahnya jadi tak wujud.
Bila link tu dah tak ada, dia direct pergi ke homepage nettyahhiyer.com.
Itulah namanya redirects.
Menjadikan dalam https saya ini, ada status kod http. Lebih kurang macam tulah dia tulis. Saya fahamkan takat tu je. Nak lelebih karang ‘pecah kepala’ dibuatnya.
Saya pun mencarilah penyebab kenapa author page jadi redirect macam tu.
Punca Author Page Redirect Ke Homepage
Daripada pembacaan di Google, saya jumpalah jawapan kenapa jadi semacam itu. Dari kes yang berlaku dekat saya ini ada dua punca.
- Saya delete plugin Yoast, dan mula gunakan plugin Rank Math. Rupanya, bila kita ubah ada beberapa hal yang perlu saya ejas dalam setting Rank Math yang baru ini.
- Dalam blog saya ini ada lebih satu admin. Settingnya kena berbeza.
Cara Fix Author Page Redirect Ke Homepage Guna Rank Math
Ikut panduan bergambar yang saya kongsikan ini. Lebih mudah, sebab saya ini kan oldskool. Memang kenalah tunjuk satu-satu baru faham.
- Anda masuk ke dashboard wordpress masing-masing.
- Klik Rank Math
- Cari Title & Meta dan klik di situ.
Baca : Solusi trafik blog turun lepas tukar theme
- Akan nampak ‘Authors’
- Macam saya sebelumnya, disabled. Tapi disable ini hanya boleh digunakan jika blog atau wordpress anda cuma ada seorang admin. Bila ada lebih seorang, kenalah klik enabled.
- Pastikan Author Robots Meta diklik (biru) – agar halaman Author Page ini nanti tak berada dalam pencarian Google. Dan tidaklah berlaku duplicate content. (Biasanya ini auto setting di Rank Math.. saya tak usik apa-apa pun selepas klik enable)
- Terus saya save changes
Baca : Cara buat tanda tangan digital online percuma
Selepas melakukan semua pembetulan di atas, maka Author Page saya kembali ada dalam carian : https://nettyahhiyer.com/author/nettyahhiyer/.
Tidak lah menjadi redirect ke homepage.
Baca : pendekkan link url yang panjang guna zass.to
Kenapa Kena Betulkan Masalah Redirect 301 Moved Permanently
- Sebagaimana yang dikongsikan di Ahrefs, redirects ini antara kaedah yang baik untuk mengalihkan halaman web yang tiada kepada halaman web yang baru. Malah boleh lulus PageRank di Google.
- Namun perlu diketahui, pengunjung blog anda bukanlah semata-mata datangnya dari Googlebot.
- Sebab itulah, bila adanya redirects dalam website, anda perlu menghubungkan antara satu halaman dengan halaman yang lain dengan betul.
- Jika tidak, berkemungkinan prestasi website akan terjejas. Terutama kepada pengunjung mobile dan mengundang kekeliruan kepada pembaca blog anda.
- Sebab itulah, perlu untuk mengarahkan halaman lama kepada URL baru yang betul di website anda.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis