pin-adsense-tak-sampai

Surat PIN Adsense Tidak Sampai, Akhirnya Guna Email

Surat PIN Adsense tidak sampai, akhirnya guna email | Pengalaman PIN adsense tidak datang ke alamat rumah cukup memeritkan. Macam menanti buah yang tak gugur.

Seawal bulan Oktober, Adsense saya sudah mencapai 10 USD treshold. Bermakna sudah tiba masa, saya perlu verifikasi alamat di Adsense.

Caranya, pihak Adsense akan hantar nombor Pin Adsense ke alamat rumah yang kita daftarkan untuk surat menyurat.

Ada 6 digit nombor Pin yang perlu diisi untuk verifikasi dengan tiga kali percubaan.

Tapi selagi belum dapat surat Google Adsense itu, janganlah berani-berani nak isi. Suka atau tidak, tunggu saja surat Adsense yang dikirim dengan mel biasa itu sampai ke rumah.

Adsense akan beri masa dalam 4 bulan untuk kita usaha mendapatkan nombor Pin itu. Bermakna, dalam kes saya bulan 1 Februari 2022 jika saya gagal masukkan nombor pin, iklan akan terhenti di blog.

Dengan kata mudahnya.. HILANG.

Sekali lagi, bertenang dan jangan risau. Kalau surat Google Adsense tidak sampai. Ia bukanlah bermakna iklan itu HILANG terus. Cuma terhenti saja di blog.

Surat Nombor Pin Adsense Tidak Sampai Ke Rumah

Alhamdulillah, saya mendapat tunjuk ajar dan bimbingan blogger hebat Sis Awadah.

Kerana, beliau juga pernah berdepan masalah seumpama saya.

Melepasi bulan pertama, surat Pin Adsense tidak juga kunjung tiba. Barangkali kerana pandemik Covid-19, urusan mel dari luar negara berdepan kelewatan.

Dari makluman yang Awa berikan, saya perlu mohon penghantaran semula (mohon PIN pengganti) dan tukar alamat. Selepas tukar alamat saya mohon kembali.

Proses yang sama saya cuba lakukan hampir setiap bulan, dari November, Disember 2021, awal dan hujung Januari 2022.

Baca : Lulus Google Adsense lepas 4 bulan ada website

Cara Dapat Pin Adsense

Seperti yang saya terangkan di atas, anda tentu sudah faham bagaimana cara untuk mendapatkan PIN Adsense ini.

Iaitu duit di Adsense sudah mencapai USD10 dan PIN Adsense akan dihantar ke rumah secara pos. Dalam bentuk surat ya.

Jika PIN Adsense tidak kunjung datang ke alamat rumah yang didaftarkan. Anda boleh mohon untuk mengirimkan semula surat PIN pengganti.

Begini panduan untuk memohon PIN pengganti.

  • Login ke akaun AdSense anda.
  • Klik bahagian PembayaranPemeriksaan verifikasi.
  • Klik Kirim ulang PIN (resend PIN)

Nanti Google Adsense akan mengirimkan PIN yang baru ke alamat pembayaran yang anda daftarkan melalui pos.

Sekiranya, surat Google Adsense pertama yang dikirimkan sudah anda terima sewaktu permohonan PIN pengganti. Anda masukkan saja nombor kod dari surat pertama tadi.

Maklum Google Adsense, surat kedua dan seterusnya itu adalah duplikasi dari surat pertama yang asli.

Empat Kali Mohon Hantar Surat Pin Adsense, Tetap Tak Sampai

Sedihnya, masuk kali keempat request replacement PIN Adsense secara pos, tetap saya gagal mendapatkan surat pin adsense.

Ketika mohon penghantaran semula saya mencuba pelbagai alamat. Dari alamat kampung, sampailah alamat kawan.

Pesan Awa, boleh cuba alamat kawan yang pernah terima pin adsense sebelum ini. Tapi, saya tak cuba pula kaedah itu.

Masuk Bulan Februari Iklan Dihentikan

Macam yang Adsense maklum sebelum ini, jika gagal memasukkan 6 digit nombor pin iklan di blog akan dihentikan. Dan akhirnya ia benar-benar terjadi.

Tapi, tidaklah saya susah hati sangat, sebab dollar dalam itu pun baru berapa je. Hahaha..

Tetaplah juga saya mencuba pelbagai cara mendapatkan pin adsense saya tu. Macam-macam usaha jugalah. Ada tu saya google ‘how to track Google Adsense PIN’. Dan, ada juga saya hantar ke contact us di Adsense itu.

Tak tahulah sampai ke tidak ke pihak sana. Belasah sajalah asalkan mencuba.

Dan dalam tempoh itu, berkali jugalah saya mengganggu sis Awa berkenaan Adsense ini. Segan pun ada. Alhamdulillah, pengasas Biters ini tetap melayan saya penuh santun.

Walaupun, ada ketikanya beliau diuji tidak sihat dan banjir.

surat-pin-adsense
Email dikirim Google Adsense untuk saya verifikasikan alamat rumah secara email tanpa menggunakan nombor pin.

Sehinggalah pada 14 Februari lalu, Google Adsense menghantar email ‘Last Attempt to Verify your PIN’. Masa itu, saya tak berapa faham dan ambil port sangat.

Ingatkan dia minta saya isi atau mohon penghantaran semula surat dari Google Adsense ni. Email itu saya cuma baca sekali lalu. Sehinggalah malam tadi, tergerak pula mahu klik ‘contact us’ dalam email berkenaan.

Baca : Cara mengecilkan gambar di web, loading pun cepat

Cara Verifikasi Pin Adsense Guna Identity Card

Rupanya ada borang yang perlu saya isi.

surat-pin-adsense
Isikan borang ini dengan lengkap dan hantar.
  • Isi nama macam yang didaftarkan di Adsense
  • Masukkan email
  • Isi Adsense Publisher ID (ini boleh cari ID di homepage Adsense kita.
  • Masukkan file yang diminta – gambar Kad Pengenalan ( 1&2 ) – jika alamat IC berbeza dengan alamat yang didaftarkan di Adsense perlu sertakan dokumen lain misalnya gambar penyata bank, bil telefon ( 3&4 ) atau resit sewa kediaman.

Alamat pada kad pengenalan saya, guna alamat rumah mak. Jadi saya sertakan juga bank statement dan bil telefon.

Pastikan alamat di bank statement, bil telefon atau resit sewa kediaman itu sama dengan alamat yang anda daftarkan di Google Adsense.

nettyahhiyer.com
  • Saya screenshot saja bank statement dan bil telefon.
  • Gambar kad pengenalan itu saya sertakan depan dan belakang.
pin-adsense-tak-sampai
file yang saya sertakan dalam attachment.

Akhirnya Berjaya Verifikasi Alamat Adsense Dengan Email

Lepas hantar semua itu, keesokan hari. Saya nampak email dari Google Adsense menyatakan yang alamat saya sudah pun diverifikasi.

surat-pin-adsense
Selepas isi borang di ‘contact us’ dan disahkan Google Adsense, alamat akan diverifikasi secara automatik.

Alhamdulillah.. bermakna, iklan di blog sudah berjalan seperti biasa.

Semoga perkongsian verifikasi alamat di adsense tanpa nombor PIN ini membantu anda yang ketika ini dalam kebuntuan.

Dan mungkin pernah berdepan masalah sama seperti saya. Bagaimana jika pin adsense tidak datang? Bolehlah mencuba solusi pin adsense tidak datang sebegini.

Walaupun alamat sudah terverifikasi. Masih ada lagi beberapa step yang perlu saya selesaikan. Antaranya cara pembayaran Adsense, berkenaan tax dan beberapa hal lainnya.

Haa.. yang itu memang kena cari jalanlah nanti nak update macam mana.

Tak perlu tergesa-gesa sangat, sebab revenue iklan blog ini pun slow and steady saja geraknya. Hahaha..

Baca juga : Genap 2 tahun, pertama kali dapat duit dari Google Adsense

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis

Tags:

17 Comments

  1. Syazni Rahim March 6, 2022
    • nettyahhiyer March 7, 2022
  2. Min Shamsuddin March 7, 2022
  3. Marina March 7, 2022
  4. Bonde Zaidalifah March 8, 2022
  5. ombakbergigi March 8, 2022
  6. MrsPip March 8, 2022
  7. Maria Firdz March 8, 2022
  8. Shamiera Osment March 8, 2022
  9. Sii Nurul March 8, 2022
  10. aienie March 26, 2022
    • nettyahhiyer March 26, 2022
  11. NORHIDAYATI BINTI AB RASHID October 26, 2022
  12. Remy April 26, 2024

Leave a Reply

error: Content is protected !!