Menulis artikel SEO di wordpress | Lebih empat tahun saya praktikkan menulis artikel dengan SEO di wordpress.
Pertama, atas tuntutan kerja menulis artikel di Mingguan Wanita Online. Selebihnya, untuk mendalami pengetahuan di blog sendiri, nettyahhiyer.com.
Permulaan belajar penulisan artikel SEO, target saya adalah untuk menjadikan artikel berada di page pertama Google dan duduk di ranking teratas.
Dalam tahun 2018 itulah saya belajar sendiri cara menjadikan penulisan artikel berpandukan SEO untuk wordpress.
Informasinya diperoleh melalui pembacaan, belajar di YouTube, masuk grup di facebook, belajar dengan grup kawan-kawan blogger, grup whatsApp.. eh! banyak rupanya cara nak belajar menulis artikel mesra SEO ni.
Sejarah Saya, Berblog Tanpa Pengetahuan SEO
Dari tahun 2008 lagi saya dah menulis artikel di blogspot. Waktu itu, saya main tulis saja. Tidak ikut pun panduan SEO.
Tahun ini, saya tutup blogspot.
Niatnya mahu beri laluan untuk blog baru ini yang masih bertatih. WordPress peribadi ini baru tahun ini saya daftarkan. Kiranya .com ini baru 9 bulan di alam maya.
Alhamdulillah dalam tempoh itu, beberapa artikel yang ditulis mula diindeks Google dan ada yang berada di page pertama Google.
Dan hit! Antaranya :
- cara pindah duit tabung haji Ke Maybank
- kerang bakar Tetap Gebu, Mudah Masak Guna Pemanggang Ajaib
- Cara Cepat Cairkan santan kotak Beku, Yang Berbulan Simpan Freezer
Permulaannya Belajar Fahamkan SEO
Bagi membolehkan penulisan artikel menarik dilihat Google, nak tak nak kenalah belajar, apa itu SEO. SEO ini adalah Search Engine Optimization.
Bahasa mudahnya, macam mana enjin pencari mengoptimasikan satu-satu konten itu untuk berada di ranking teratas hasil pencarian.
Dalam enjin pencari ini ada web crawler yang dipanggil spider. Spider ni bijak, dia guna RankBrain Algorithm untuk mencari maklumat.
Dan dia terer tapis maklumat yang paling penting dan diperlukan sebagaimana yang menepati intent pengguna (search intent).
Daripada pembacaan, 70% pencari maklumat di Google hanya dapat bersabar untuk klik artikel yang berada pada page pertama Google sahaja.
Konten yang berada pada page kedua dan seterusnya, cuma dapat peratusan yang rendah untuk dibaca.
Pembaca telefon pintar lebih advance lagi. Mereka cuma mampu bersabar dengan kecepatan loading web sepantas 3 saat saja.
Lebih dari tu.. GONE! Hi Hi bye bye.
Okay, saya akui bab loading web ini saya memang gagal. Terlalu teknikal nak fahamkan. Sudahnya, untuk bacaan di telefon pintar konten saya ini belum boleh gi jauh lagi.
Kata mudahnya, bila website laju.
Google suka. Pembaca stay, SETIA.
Tapi, sebagai penulis sejati (chewah!) saya tak mahulah give up dengan benda-benda teknikal ini.
Biarlah dulu bab kecepatan loading itu. Apa yang penting, saya perlu menambah konten dengan memahami cara menulis artikel SEO di wordpress yang berkualiti di blog saya ini.
Lagipun,
Content is King.
Kata mudahnya lagi, JANGAN GIVE UP!
Cara Menulis Artikel SEO Friendly
Daftar Website Di Google Search Console
Sebelum ini, Google Search Console (GSC) dikenali dengan nama Webmasters. GSC ini tools yang sangat penting yang perlu pemilik website miliki.
Daftarkan website anda di Google Search Console.
Selepas mendaftar, PENTING untuk anda ‘tanam’kan sitemap website anda di GSC. Agar GSC dapat mengindeks website dan konten di dalam web anda.
Kalau tak daftar GSC tak boleh ke?
Boleh saja. Cuma macam mana enjin pencari nak jumpa artikel yang anda tulis di web dengan mudah.
Kenalah bagitahu alamat rumah anda dulu pada crawler.
Kiranya macam bagitau dekat Google lah. “Hai! Google, saya ada website. Ini alamatnya. Masuklah tengoklah apa yang menarik dan kongsilah dengan orang lain.”
Haa.. cam gitu nak bagi mudah faham.
Dah alang-alang daftar GSC, daftarlah sekali Google Analytics (GA). GA ini untuk track data pengunjung website anda. PENTING juga.
Guna Yoast SEO Untuk Mudahkan Menulis Artikel Dengan SEO
Blog wordpress saya ini gunakan plugin Yoast SEO. Janganlah tanya saya macam mana nak install ya. Sebab tempoh hari pun kak Azni yang masukkan bagai.
Plugin ini memudahkan pengguna baru macam saya untuk belajar cara menulis artikel SEO di wordpress dengan penulisan SEO yang betul.
Sebenarnya, nak memahamkan Yoast SEO ini pun ambil masa bertahun-tahun juga.
Saya kongsikan, antara yang penting untuk dipraktikkan untuk menjadikan artikel yang ditulis relevan dengan carian pengguna di Google.
Selepas beberapa ketika, saya sudah bertukar dan kini menggunakan plugin Rank Math untuk panduan SEO di wordpress ini.
Menulis Artikel SEO Di WordPress Dengan Meletakkan Keyword Pada H1, H2, H3
Apa itu H1, H2 dan H3 ini?
- H1 – Heading (tajuk artikel)
- H2 – Subheading (tajuk kecil dalam artikel)
- H3 – Second Subheading (tajuk kecil, pecahan tajuk di H2)
Ketika menulis artikel berstruktur, yang ada intro, isi dan kesimpulan. Jangan pula anda lupakan meletakkan keyword di dalam H1, H2 dan H3.
Ini bagi memudahkan enjin pencari lebih memahami pengisian artikel anda itu.
Panduan SEO : Keyword Pada Gambar
Meletakkan keyword pada alt text juga boleh membantu enjin pencari mengindeks konten melalui gambar.
Jika betul keywordnya dengan intent pengguna, gambar anda kongsikan itu boleh berada dalam carian ‘images’ Google. Seronokkan!
Ada yang saya baca, cara memberi penjelasan tentang gambar pun penting juga. Semakin detail infonya, misalnya lokasi gambar, warna atau aktiviti yang tepat dengan gambar yang anda kongsi, semakin naiklah gambar itu dalam ranking carian.
Letak Keyphrase Density Ketika Menulis Artikel SEO Friendly
Bahasa mudahnya keyword lah. Jika anda cerita tentang cara berkebun. Tetapi dalam konten tidak ada pun isi yang berkaitan cara berkebun, bermakna konten anda belum lagi relevan.
Jadi, kena tambahlah keyword yang bersangkutan dengan ‘cara berkebun’ itu.
Apa pun, jangan berlebih-lebihan meletakkan keyword. Google tak suka itu. Nanti dia anggap artikel anda itu sebagai ‘keyword spamming’.
Tak bagus. Silap-silap ranking website pun boleh jatuh.
Meta Yang Jelas Ketika Menulis Artikel SEO
Memasukkan diskripsi meta yang jelas dalam ruangan snippet di SEO amatlah penting untuk anda ingat.
Ramai penulis yang melupakan hal yang satu ini. Hendak cepat menulis atau apa pun tak tahulah.
Bukan saja meta perlu jelas, ia juga tidak boleh berlebih-lebihan perkataannya. Biasanya saya berpandukan saja arahan pada Yoast SEO. Bila hijau tu, baguslah.
Artikel Lebih 1000 Perkataan Itulah Terbaik
Jumlah perkataan pada artikel anda minimum adalah 300 patah kata. Jika mahu lebih mesra dengan SEO, buatlah lebih 1000 patah perkataan.
Panjang artikel ini juga mempengaruhi minit pembacaan pembaca di blog. Lagi lama pembaca stay, lagi baguslah prestasi blog anda.
Link kan Antara Satu Konten Dengan Konten Yang Lain
Buatlah penulisan yang dapat menghubungkan satu konten dengan konten yang lain melalui link terkait. Bukan sekadar meletakkan link ya.
Link itu sama ada dari artikel di web sendiri dan juga link luar dari website anda. Pastikan infonya membantu pembaca untuk mendapatkan informasi lanjut yang mereka perlukan.
Sebelum ini saya ada juga kongsikan panduan menghasilkan penulisan berjiwa. Bagaimana mahu menjadikan penulisan itu satu seni yang menyeronokkan.
Kaitan Menulis Artikel SEO Dengan Inten Pengguna
Serius! bab intent pengguna (search intent) ini saya belum mahir betul. Saya kongsikan berdasarkan apa yang pernah saya buat ya.
Pencari maklumat di Google sebenarnya macam anda juga. Kenapa orang Google info? Kerana mahu mencari jawapan.
Jadi, sebagai penulis anda bertanggungjawab untuk membantu mereka mendapatkan jawapan. Sebagai contoh, artikel cara simpan lesung batu dan lesung batu ini.
Adalah jawapan kepada intent pengguna yang mencari jawapan untuk menyimpan lesung. Semasa berkongsi maklumat, berikanlah info seperti yang mereka cari;
- cara orang lama simpan lesung,
- cara simpan lesung ikut saranan pakar,
- idea simpan lesung,
- cara menjaga lesung bagi tahan lama.
Apabila anda dapat menyelesaikan persoalan pengguna.
Google pun suka.
Google Lambat Indeks, Pantaulah Konten Lama
Satu lagi persoalan yang kerap kali dialami adalah masalah artikel lambat diindeks oleh Google. Macam mana boleh tahu?
Boleh semak di Google Search Console.
Adakah satu masalah bila artikel lambat terindeks. Bagi saya iya. Sebab, konten di blog saya masih sedikit. Jika tidak diindeks Google susahlah nanti.
Biasanya jika jadi sebegitu, saya request indeks URL di GSC. Ambil masa juga cara ini. Dengan GSC ini memang kena banyak bersabar.
Baca juga : Solusi agar wordpress terindeks google dalam 1 hari
Saya kira, punca jadi lambat diindeks itu kerana web saya sendiri ada beberapa kesalahan yang masih gagal saya betulkan. Masalah itu mempengaruhi kecepatan artikel baru untuk diindeks oleh Google.
Biasanya sementara menanti diindeks itu, saya buat saja artikel baru. Atau update semula artikel lama dengan SEO yang betul.
Orang kata tiada rotan, akar pun berguna.
Semoga bermanfaat.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis
Wow sharing yg sgt bagus utk mrk yg nak start menulis blog
tq kak..
TQ nett. Ilmu sangat bagus utk org baru mcm akk ni..
sama-sama kak.
thanks for sharing. masih byk yg abe kie perlu belajar ttg SEO ni. skrg ni tulis pakai apa yg tertaip di tangan je.
Sama-sama abang Kie. Saya pun masih belajar juga. Orang kata belajar SEO tu memang takkan habislah. Hihi..