dapat-duit-dari-google-adsense

Genap 2 Tahun, Pertama Kali Dapat Duit Dari Google Adsense

Genap 2 tahun pertama kali dapat duit dari Google Adsense. Lama sungguh kan menanti. Namun inilah kebahagiaan untuk seorang blogger.

Blogger umur 40-an macam saya ni. Hahaha.. sebenarnya tak ada istilah terlambat dalam mengejar impian kan. Walaupun ini kali pertama dapat duit dari Google Adsense.

Selagi masih bernyawa, teruslah berusaha dan belajar jana duit dari google sampai lebam.

Blogging ni memang dah lama sangat dalam hidup saya. Dari tahun 2009 lagi dah ada blog. Cuma untuk blog menggunakan wordpress ini dan menjana duit baru dua tahun usianya.

Bersyukurnya selepas 4 bulan saya ada blog ini, Google Adsense saya mula diluluskan. Saya sudah boleh pacak iklan, dan dapat duit dari Google Adsense.

Ada lah sikit-sikit pendapatan adsense dari blog saya ni.

Mungkin yang memboleh saya lulus adsense masa itu, ada beberapa content dalam blog ini sudah ada SEO yang diindeks oleh Google dan ada yang sudah ada di SERP.

Jadi, saya terus saja menulis dan menulis dalam dua tahun itu.

Pertama Kali Dapat Kumpul Duit 100USD Adsense

Akhirnya saya dapat kumpul USD100 dalam akaun Adsense. Bila dah capai payment threshold Adsense sebanyak 100USD itu, Google Adsense akan bayar pemilik blog melalui payment Google Adsense yang kita daftarkan.

Walaupun ambil masa sampai dua tahun untuk dapat duit dari Google Adsense. Bersyukur sungguh sebab blog ini sebenarnya bermula dengan puluh-puluh trafik pengunjung saja.

Sendunya lah kata orang tu. hahaha.

Kemudian, saya berkenal-kenalan dengan blogger-blogger lain dalam grup Biters, buat blogwalking, berkongsi artikel di media sosial sendiri. Kadang-kadang ke fb grup lain juga. Dari situlah agaknya blog saya mula dibaca dan terima kunjungan pelawat.

Alhamdulillah trafiknya sekarang boleh mantain lebih 100 pelawat sehari. Sikit sangat sebenarnya ni kalau nak banding dengan blogger lain yang ribu riban pengunjung blog sehari.

Tapi kan, tak mengapalah kan.

Seronok berkongsi itu lebih membahagiakan lagi. Sebab di blog inilah saya boleh menulis panjang-panjang. Boleh kongsi tentang apa saja.

Cara Dapat Duit Dari Google Adsense

Okay, saya kongsi serba sedikit perjalanan cara dapat duit dengan google adsense saya ini ya.

Selepas daftar dan lulus Google Adsense, setiap iklan yang dipaparkan dalam artikel blog ini akan dibayar oleh Google Adsense. Dengan syarat bayaran yang ditetapkan Adsense.

Misalnya, tak boleh klik iklan sendiri. Tak boleh juga suruh kawan atau sedara mara klik iklan blog. Ianya perlu di klik secara natural oleh pengunjung atau pembaca blog.

Begitulah yang saya faham.

Tapi jangan bayangkan bayarannya mahal lagi tinggi. Sebab jumlah duit itu bergantung juga dengan jumlah PageView (PV), Cost Per Click, dan macam-macam lagi. (Sejujurnya saya pun tak faham sangat)

Kalau PV masih sikit macam saya sen-sen sajalah dapatnya.

Kemudian, bila capai USD10 Google minta saya verified alamat di Google Adsense. Masa inilah saya usahakan minta surat Google Adsense.

Baca juga : Surat PIN Adsense tidak sampai, akhirnya guna email

Tersangkut pula, surat tak sampai selepas berbulan-bulan. Iklan pun kena hold dan akhirnya terpaksa minta kelulusan menggunakan email.

Selesai masalah itu, adsense saya terus berjalan macam biasa. Sampailah bulan April, May, Jun 2021 lalu, artikel di blog saya ada yang hit. Bermaksud menerima trafik pembaca yang tinggi sehingga boleh mencecah pendapatan USD20 sebulan.

Mungkin itu yang membantu percepatkan dapat duit dari Google Adsense tu.

Dari pembacaan di blog-blog lain, ada blogger yang 9 tahun baru dapat bayaran pertama Google Adsense.

Jelaskan.. ianya tidak mudah. Dan memerlukan kegigihan, konsisten dan pengorbanan yang jitu.

Tak naklah saya cerita bulan bintang, hakikatnya tidaklah mudah.

Cash Out Adsense Kali Pertama Secara Online

Sekitar November, masa ini jumlah adsense saya sudah pun 96USD, masa inilah saya mula mengisi maklumat pembayaran di Google Adsense.

Yang mana, saya pilih untuk keluarkan duit adsense melalui bank online.

Saya kongsikan di sini : cara mengisi maklumat pembayaran adsense (Google Adsense Payment Method)

dapat-duit-dari-google-adsense

Dekat penghujung Disember 2022 saya dapat email dari Google Adsense menyatakan yang mereka sudahpun membuat payment adsense. Bermakna akan-akan datang adsense akan maklumkan pada saya mengenai pembayaran menerusi email saja.

Alhamdulillah, dapatlah juga gaji pertama dari Google Adsense secara payment online akhirnya.

Semoga dapatlah saya kumpul lagi duit adsense. Dan cash out dari Google Adsense dalam masa setahun pula.

Doakan saya dapat duit dari google lagi dan lagi ya.

Bila Tarikh Pembayaran Google Adsense Setiap Bulan

Menerusi email yang saya terima, garis masa pembayaran untuk Adsense akan dibayar pada setiap 21hb untuk setiap bulan.

Ini adalah emel pemberitahuan daripada Adsense. Tapi, duit dalam bank belum pun ada lagi.

Pada 23hb barulah duit dari Google Adsense akan ada dalam bank anda. Bolehlah cash outkan.

Sekiranya dalam tempoh 5 hari dari 21hb tu anda belum terima apa-apa duit dari Google Adsense, silalah hubungi pihak bank untuk mengetahui ke mana sebenarnya wang adsense anda itu.

Sekarang ini, lebih mudah sebenarnya cara keluarkan duit Adsense ni. Guna wired transfer saja. Sebab duit adsense ini dari luar negara dan dibayar dalam dollar.

dapat-duit-dari-google-adsense
Akaun adsense yang sudah dicash out akan kembali kepada 0. Marilah kita kumpul semula.

Jika diconvert dollar tu ke duit Ringgit Malaysia dia akan jadi RM400++. Cuma untuk setiap pemindahan wang ini akan ada service charge yang dikenakan.

Mana-mana pemindahan memang macam tu kan. Tapi, ada juga yang free tanpa cas macam pindah duit ke Maybank guna THiJARI.. haa tu free je cajnya.

Baca juga : Cara pindah duit Tabung Haji ke Maybank

Walaupun jumlahnya tidaklah banyak. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung duit belanja time saya dah berhenti kerja ini. Syukur sangat-sangat.

Apa pun, jangan berhenti belajar tentang dunia blogging ini. Sebab setiap hari ada saja ilmu baru di dalamnya.

Video bawah ini beri gambaran serba sedikit tentang apa itu adsense dan bagaimana cara menjana duit dengan Google Adsense ini.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!