maggi kari

2 Resepi Maggi Kari Sedap Masak Tumis, Sup & Goreng Termudah

Maggi kari paling senang dimasak kat dapur rumah. Dua minit dah siap masak mee segera. Masuklah ayam atau sayuran. Makan pula time hujan.

Sebenarnya campur bahan masakan lain macam telur, udang, sotong mahupun ketam pun sedap . Kalau campur bahan lain, akan ambil masa lebih 2 minitlah. Macam masak maggi goreng mamak.

Kalau nak kick buatlah maggi pedas giler. Dua resepi maggi kari yang dikongsi ini antara yang pernah dicuba dan tentunya antara masakan maggi sedap lagi mudah nak dibuat.

Resepi Maggi Kari Tumis

Durasi memasak : 15 minit

Bahan-bahan

  • 1 pek mee maggi kari
  • 2 ulas bawang putih – diketuk dan cincang
  • Sedikit daun kari
  • Perencah maggi kari
  • 1 biji tomato
  • Sedikit brokoli

Cara masak maggi kari

  1. Rebus dahulu mi segera separuh masak. Angkat dan asingkan dalam bekas. 
  2. Tumis bawang putih. Apabila dah naik bau masukkan perencah, daun keri, brokoli dan tomato.
  3. Kacau seketika dan masukkan mi segera. Gaul bagi sebati. 
  4. Siap.

Info Masakan

Mee segera dengan perencah kari ini lebih sedap jika dimasak garing. Untuk dapatkan tekstur maggi kari goreng, semasa mengangkat mi boleh lalukan bawah air paip dan toskan. Jadi, dapatlah masakan maggi yang lebih garing tak berkuah.

maggi kari

maggi kari sup

Durasi memasak : 20 minit

Bahan-bahan

  • 2 pek mee segera maggi perasa kari
  • 1/2 biji bawang holland – hiris
  • 1 biji bawang putih – ketuk je
  • 1/2 biji cili merah – hiris
  • 1 mangkuk ayam kampung abah
  • Sedikit halba
  • 1 inci halia
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Sedikit kangkung

Cara masak maggi segera sup

  1. Tumis bawang holand, bawang putih, halia dan cili. Bila dah naik bau masukkan ayam dan rempah kari dan halba.
  2. Kecilkan api. Tutup. Bila ayam dah kecut masukkan air ikut citarasa.
  3. Bila air mendidih masukkan maggi dan bunga kantan dibelah dua.
  4. Agak-agak mi segera nya  dah masak sempurna, tutup api dan masukkan kangkung. Kacau sekejap dan tutup.
  5. Sedia dinikmati.
maggi kari

3 Jenama Mee Segera Sedap Di Pasaran, Rasa Lebih Kurang 

Mee segera perisa kari di Malaysia ini cukup sinonim dipanggil ‘maggi. Nampaklah apa jenama sekalipun, tetap orang Malaysia sebut maggi.

Tiga jenama maggi kari ini pernah dicuba dan saya jamin kesedapannya seakan sama. Tak rugilah, berbaloi membeli.

Mee Segera Maggi Perisa Kari

Antara semua jenama mee segera, tentulah maggi paling champion. Sampai melekatlah di bibir rakyat Malaysia. 

Rasa berbangga juga bila maggi kari Malaysia ini juga terkenal di luar negara dengan rasanya yang sedap dan ‘menagihkan’. Boleh kalahkan ramen Korea tu.

Mengekalkan tagline ‘2 minit maggi curry’. Malah sampai hari ini jingles nya masih terngiang-ngiang ‘mee maggi cepat dimasak, sedap dimakan’.

Jenama ini juga memperkenalkan Maggi Big Kari untuk memenuhi kepuasan pelanggannya. 

Cara mudah masak maggi Big perisa kari ini : Rebus 450ml air dalam peruk. Kemudian, masukkan maggi Big dan perencah maggi. Rebus selama 2 minit. Kacau dan siap, sedia untuk dinikmati.

Sebenarnya, saya paling suka masak maggi kari sedap cara ini. Lebih terasa asli gitu. Nak lain sikit, pecah je telur. Simple.

Makan pula dengan kimchi halal korea buat sendiri. 

maggi kari

Maggi Kari Sedap : Mee Segera Gardenia Perisa Kari 

Gardenia Numee instant noodle ini satu ketika pernah viral dan menjadi buruan penggemar maggi. Satu lagi, pembungkusannya yang hampir sama membuatkan ada yang tersalah ambil di rak pasaraya.

Bila masak, rasa lebih kurang saja maggi Gardenia dengan yang lain. Sampai tak perasan yang dimakan itu jenama lain rupanya. Harga mee segera Gardenia perisa kari adalah RM4.80. Masih berbaloi untuk dibeli.

Mesti ada yang tertanya sedap ke mi segera Numee ni?

Mi Segera Perisa Kari Lotus

Ini pun alternatif mi segera Kari. Saya beli di Lotus Setia Alam. Harga maggi kari Lotus juga lebih murah berbanding jenama lain. Rasa mee segera perisa Kari Lotus ini juga sama sedap macam yang lain-lain.

Jenama mee segera Lotus yang terpaling viral adalah perisa Tomyam. Siap diaorang buat review macam mukbang. 

Dari segi saiz mee segera nya, agak kecil sedikit berbanding jenama lain. 

Selain mee segera, saya juga gemar beli sardin Lotus. Sebab harganya lebih murah dan macam-macam resepi ikan sardin boleh dicuba.

Read More

Tags:

One Response

  1. SR June 26, 2023

Leave a Reply

error: Content is protected !!