Cepatnya Masak Sardin Tin, Guna 3 Bahan

Masak sardin tin sekarang ini, orang la ni kata dah macam masak lauk kayangan. Sardin tin ni sekarang bukan lagi harga marhaen.

Sardin tin mackerel jenama King Cup yang en Yem beli ini pun dah cecah RM7.90. Kalau Ayam Brand, lagilah ber’ganda’ seringgit dua.

masak sardin tin

Itulah hakikatnya, harga barang makan di Malaysia sekarang ini memang tinggi mencanak.

Gaji rakyat pula, sama ada tidak berubah atau semakin berkurang. Ada juga segelintir yang diberhentikan kerja dek penangan Covid-19, PKP.

Memandangkan dari kecik dah memang makan sardin dalam tin, jadi sesekali tu memang teringin nak rasa. Dia samalah level teringinnya macam nak makan maggi.

Pulak tu, duduk rumah dah berminggu-minggu, nak masak lauk pauk yang ‘berat-berat’ pun dah tak lalu. Akhirnya mencari jugalah lauk pauk simple, mudah masak.

Maka tergeraklah hati mencuba cara masak sardin tin guna bahan paling simple, paling mudah nak jumpa. Dan yang paling penting, jimat belanja dan tenaga.

Memang mudah pun nak buatnya.

Resepi Sardin Tin Simple

masak sardin tin

Bahan-bahan Masak Sardin :

  • 1 tin sardin mackerel – saiz besar
  • 1 biji bawang Holland
  • Selambak cili padi, cili hijau, cili merah besar – sukatannya ikut citarasa anda nak pedas mana.
  • limau nipis

Cara Cepat Masak Sardin Tin Simple

Kisar bawang holland dan semua cili. Ni ikut masing-masing juga. Kalau nak bahan rempah ni jenis kasar-kasar, bolehlah kisar guna chopper ya.

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Saya guna banyak minyak, sebab nak bagi rempah masak betul dan akan berguna untuk garingkan ikan sardin tu nanti.

Tuanglah bahan kisar. Tumis sampai air dalam tu kering skit. (sebab saya kisar pakai air. Kalau pakai chopper lagi cepat menumisnya sebab tak guna air)

Masukkan gula dalam satu sudu. Tumis sampai rempah naik bau (separa garing).

Ikan Sardin Tumis Dengan Rempah

masak sardin tin

Masukkan dulu ikan sardin dalam rempah yang separa garing tu. Goreng ikan tu bersama rempah-rempah tumis tadi.

Agak dah nampak garing kesemuanya, bolehlah masukkan lebihan sos sardin tu tadi. Dan buhlah garam, perasa.

Gaul bagi masakan tumisan sardin ini mesra sekata.

Katakan tak nak pakai kuah sos sardin tin ini, bolehlah tak masukkan. Ini untuk mereka-mereka yang nak kekalkan rasa sambal ori tu.

Macam saya, rasa sayang pulak sos tu terbuang. Lagipun, tak terfikir nak masak apa dengan sos tu. Jadi, saya masukkan jugalah.

Masukkan lah garam, perasa (ni optional).

Perahan Limau Bangkitkan Rasa Kick!

masak sardin

Last sekali, perahkan limau nipis atas dia dan kacau sekata.

Perahan limau ni juga dapat buatkan masakan sardin tin tak hanyir.

masak sardin tin

Angkat dan siap dihidang resepi sardin tin mudah.

Mudahkan cara memasak sardin tin macam ni. Tak sampai setengah jam dah boleh makan. Zup zap zup zap orang kata. Haa.. bila masak macam ni, anak-anak pun makan laju.

Sekejap je licin pinggan. Kadang yang simple, campak-campak, mudah buat tu yang buat nasi bertambah dalam pinggan.

CUBA RESIPI LAIN :
- Kerang bakar tetap gebu, cara saya masak guna pemanggang ajaib saja
- Paling senang buat kimchi daun kucai, olahan resepi Maangchi
- Cara cepat cairkan santan kotak beku, yang berbulan simpan freezer
- Masak nasi lemak dalam periuk spherical bowl
- Asam pedas Klebang, resepi warisan Acik Naros
- Tersenang masak nasi ayam Thai ala Mark Weins

6 thoughts on “Cepatnya Masak Sardin Tin, Guna 3 Bahan”

  1. seriously, resepi ni la yg aida belajar dari kakak ari tu.
    selama ni buat sambal sardin guna ciliboh.
    one day, rasa nyer awal thn ari tu, kakak suruh masak gini.
    resepi mak mertua dia. Allahu, sedapnya!!!
    tq for sharing again. kebetulan pagi ni buat sarapan sandwich sardin.
    esok lusa boleh masak sardin simple gini.

    Reply

Leave a Comment