kerang-tumis-pedas

Isi Kerang Tumis Pedas, Sedap Makan Panas-panas

Resepi isi kerang tumis pedas ini first time saya cuba. Kebetulan en Yem beli isi kerang dah siap kopek di kedai. Sekali sayur sawi, suruh saya tumis sekali harung.

Selalu isi kerang yang dah siap kopek ini liatkan bila dimakan. Saya pun rasa was-was sebab dah beberapa kali terbeli isi kerang kopek yang liat.

Sampai adalah istilah kerang plastik. Disebabkan susahnya nak kunyah dan makan kerang tu bila dah siap masak.

Jadi, sebelum masak itu, saya cuci dan rasa dulu seketul. Okay, nampaknya dia kenyal dan tak liat sangat.

Tak macam kerang rebus yang segar itu. Isinya lebih lembut, gebu dan fresh. Kerang segar lebih sedap dibakar. Saya pernah kongsikan cara bakar kerang guna pemanggang ajaib dan isinya memang gebu gebas.

Bila guna kerang segera ini, cara masaknya tak bolehlah lama-lama. Nanti isi kerang akan jadi keras dan liat. Akhirnya saya pilih untuk tumis pedas yang simple saja.

nettyahhiyer.com

Resepi isi kerang tumis pedas ini ambil masa memasak tak sampai pun 10 minit. Zup zap zup zap siap.

Persediaan Sebelum Masak

  • Mula-mula bersihkan isi kerang. Cuci bawah air paip saja, sebab dia dah sedia bersih dalam plastik tu.
  • Bersihkan sayur sawi dan potong kecil.
kerang tumis pedas
Rujuk langkah demi langkah cara menumis isi kerang pedas pada gambar.

Resepi Isi Kerang Tumis Bersama Sayur Sawi

  1. Kupas bawang merah, putih, sedikit ikan bilis dan rendam air panas cili kering.
  2. Bawang merah dan putih yang dah siap di kupas, potong kecil. Masukkan dalam chopper. Masukkan juga ikan bilis dan cili kering (basuh bawah air paip dan toskan). Kisar kering sampai halus.
  3. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
  4. Masukkan isi kerang. Tumis sekejap. Masukkan sos ikan dalam 1 sudu besar.
  5. Masukkan sayur sawi yang dah siap hiris kecil. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
  6. Siap pun isi kerang tumis pedas kita.

Cara Simpan Kerang Kopek Segar

Jika anda beli kerang kopek segar yang dah siap dalam plastik itu, simpanlah dalam peti sejuk. Macam saya beli hari ini. Tapi nak masak esok, saya simpan saja di bahagian bawah peti ais.

Jika saya mahu masak lagi beberapa hari, saya simpan dalam peti yang beku. Tak perlu basuh dah buang air yang dalam plastik tu.

Nanti bila nak basuh baru keluarkan dan basuh bawah air paip. Saya tak basuh dengan air panas atau suam, sebab tak nak bagi kerang tu jadi lagi liat.

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!