sambal-lada-kelantan

Mencuba Resepi Sambal Lada Kelantan Tanpa Belacan

Pertama kali saya cuba buat sambal lada Kelantan ini. Macam biasalah sebab ada orang gout dekat rumah, resepi sambal lada ini tanpa belacan.

Sambal lada ini ada banyak nama. Ada yang sebut sambal cili Kelantan, sambal cuka malah sambal jantan. Agaknya sebab pedas menyengat kot.. tu buh nama jantan.

Siapa makan pedas terserlah kejantanannya. Haha.. pepandai je saya.

Waktu saya kongsikan cerita sambal lada Kelantan ni dekat facebook sendiri. Ada yang bertanya, saya guna cili atau pun lada? Sejujurnya waktu tu, saya tak berapa faham maksud pertanyaan tu.

Rupanya, belah Pantai Timur sana bila sebut lada itu maksudnya cili besar.

Bila sebut cili itu maksudnya cili kecil. Gituh!

Resepi Sambal Lada Kelantan Tanpa Belacan Yang Sedap

Sebenarnya sukatan tepat untuk buat sambal lada Kelantan simple ini saya dah ingat-ingat lupa. Sebab waktu first time buat tu main campak-campak sajakan.

Jadi, nanti kome olahlah sendiri ikut citarasa ya. Cuma pesan kawan fb, kalau nak bagi tak pedas sangat lebihkan lada berbanding cili.

Mujurlah masa buat tu saya sedar diri.

Kiranya betullah cara saya ini. Mahaplah ya, beginner memang macam inilah. Ikut suka dia je.. hahaha

sambal-lada-kelantan

Bahan-bahan

  • 7 tangkai cili merah besar atau lada orang Kelantan panggil
  • 5 tangkai cili merah kecil
  • 1 biji limau nipis (resepi asal guna limau kasturi ya. Kat rumah ini tak ada. Disebabkan guna limau nipis, nak bagi kurangkan rasa pahit tu saya buang hujung limau. Potong nipis, ambil 4 slice je. Satu lagi tu pun saya buang kulit hijaunya. Biji limau nipis pun saya buang. Jadi tidaklah dia pahit bila dah jadi.)
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu garam (saiz besar skit dari sudu KFC tu)
  • Sedikit cuka

Baca : Sambal tomato cili padi simple paling sedap

Resepi asal dia tak letak air tau. Tapi lebihkan cuka. Saya derhaka sikit, buh air sikit.. sikit je.

(Kome ikutlah resepi asal tu. Saya buat ini sebab nanti saya yang nak makan kan. Jadi, ikut sayalah nak buh air ke tak.. hahaha. Kejam netty oii!)

Eh! tak.. tak.. sebab saya takde hand mixer tu.

Ada blender je, blender kang tak jalan kalau tak berair. Saya pulak taknak buh cuka banyak-banyak dalam sambal Kelantan ni.

Begitulah.

sambal-lada-kelantan

Cara Buat Sambal Lada Kelantan Simple

  1. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar sampai halus.
  3. Kalau ada hand mixer lagi bagus. Tak perlu tambah air atau cuka banyak. Bahan-bahan jadi sebati dah.
  4. Siap. Semudah itu saja nak buat sambal cuka ini.
sambal-lada-kelantan

Cara Buat Resepi Sambal Lada Tahan Lama

  • Sambal cili Kelantan yang dah siap dikisar itu perlu dimasukkan ke dalam bekas yang kering dan bertutup.
  • Biarkan selama 2 hari di luar (suhu biasa dalam rumah) dahulu.
  • Kemudian, barulah boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Waktu hendak mengambil sambal lada, gunakan sudu baru yang bersih dan kering.
  • Jika betul cara simpan, sambal lada boleh tahan lama sampai sebulan.

Ini petua yang saya baca di google akan cara penyediaan sambal lada bagi tahan lama ini. Mungkin juga untuk beri bahan-bahan cili, gula, cuka betul-betul terawet dan terperam dengan baik.

Gula dan cili itu pun sebenarnya agen pengawetan yang baik. Sebab itulah, dalam proses pembuatan kimchi pun ada bahan-bahan macam nak buat sambal lada ini.

Ada versi lain sambal lada yang lebih banyak penggunaan bahan-bahannya. Misalnya, diletakkan bawang merah, belacan malah bawang putih.

Tapi, kali ini saya mahu mencuba sambal lada yang simple saja.

Baca juga : Sedapnya ayam sambal hijau simple favourite keluarga

Sambal Lada Kelantan Sedap Makan Dengan Apa

Sambal lada yang sudah menjadi, sedap dimakan dengan nasi kerabu Kelantan. Ada juga yang sarankan agar saya makan dengan bihun sup, nasi berlauk malah laksam.

Makan sambal Kelantan ni dengan ayam, ikan ataupun daging sedap juga.

Kalau makan nasi kak wok pun ada sebenarnya sambal lada ini.

Sambal lada Kelantan ini buatkan rasa ‘kick’ pada makanan tau. Itu yang bila dah ada dalam peti sejuk je, asal makan nasi mesti saya campurkan sedikit di tepi pinggan.

Sebab ada banyakkan, saya peram sambal lada dengan epal fuji.

sambal-lada-kelantan

Sambal Lada Jadikan Jeruk Sambal Cili Kelantan Simple Letak Epal

  • Potong epal fuji memanjang saiz kecil-kecil.
  • Masukkan sesudu dua sambal lada Kelantan yang sudah disimpan sehari dua.
  • Gaul sebati. Tutup.
  • Esok hari boleh dimakan.

Memang sedap bak hang. Sambil-sambil tengok TV boleh layan.

Cuma tak bolehlah makan sekali banyak, ambil sedikit-sedikit. Pedas dia memang padu beb. Pastikan ada air susu dekat sebelah ya. Sebab air susu ini boleh hilangkan rasa pedas.

Ini pun petua yang saya tengok dari rancangan Korea. Menjadi pula bila dicuba setiap kali ambil makanan pedas.

Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Telegram : https://t.me/NettyAhHiyerTulis

Tags:

Leave a Reply

error: Content is protected !!