Cara buat jeruk kulit nangka mandai orang Banjar. Ini kali kedua saya mencubanya. Kali ini, cara buat jeruk mandai sedikit berbeza dari sebelumnya.
Versi yang kedua jeruk mandai kulit nangka ini nampaknya lebih sedap dan lebih cantik hasilnya.
Kebiasaannya bila disebut mandai ini, ianya berkaitan jeruk kulit cempedak. Saya tak pernah buat lagi mandai kulit cempedak itu. Mungkin lebih sedap, berisi. Kulit cempedak kan tebal.
Jadi, bila dibuat mandai lebih menarik kejadiannya. Berbanding kulit nangka yang lebih nipis, dan sedikit mencabar untuk mengupasnya.
Apa Itu Jeruk Mandai
Menurut wikipedia, Mandai atau Manday ini salah satu lauk alternatif dari daerah Kalimantan Selatan. Mandai ini juga dipanggil Mandai Basanga atau kulit buah cempedak yang digoreng.
Orang Banjar biasanya menyebut makanan dari kulit cempedak ini sebagai Manday. Dan ada juga yang memanggilnya Dami.
Cara Buat Jeruk Kulit Nangka Mandai
- Bersihkan kulit nangka. Buang kulit luar yang hijau tu sampai bersih.
- Kemudian, cuci kulit mandai di bawah laluan air paip. Toskan.
- Panaskan air dalam periuk. Jumlah air tu, agak-agak dapat menenggelamkan kulit nangka tu nanti.
- Masukkan juga sedikit garam.
- Bila dah menggelegak, celur kulit nangka dalam seminit dua.
- Matikan api dah angkat. Toskan.
- Agak dah suam sikit tu, masukkan dalam bekas bertutup.
- Masukkan beberapa keping asam keping dan garam.
- Tambahkan air masak untuk menenggelamkan kulit nangka tu tadi.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Saya tak letak dulu dekat luar, terus masuk peti sejuk. Menjadi juga jeruk kulit nangka ini.
- Selepas beberapa hari dah boleh digoreng atau dicampur dengan masak lemak.
Begitulah cara saya menghasilkan jeruk kulit nangka mandai. Mudah sajakan.
Masak Lemak Ayam Campur Mandai
Saya suka campur dalam masak lemak ayam, sebab dia akan memberi rasa masam yang enak pada kuah lemak ayam tu nanti. Bila dah guna mandai, tak perlu masukkan asam keping dalam masakan lemak tu.
Mandai nangka itu sendiri sudah ada rasa masam semulajadi yang dihasilkan daripada proses menjeruk selama beberapa hari.
Boleh tengok sini Resepi Masak Lemak Ayam cara saya.
Resepi Jeruk Mandai Goreng Bercili
Bahan-bahan :
- Mandai nangka – tos dan perah airnya
- Ikan bilis
- Bawang besar – hiris
- Cili padi – hiris
Bahan-bahan jeruk mandai goreng ini agak-agak je ya. Kalau suka bawang lebih, masuklah bawang banyak dari bilis. Dan sebaliknya.
Cara nak buat mandai nangka goreng itu mudah saja. Cuma perlu gorengkan dulu mandai. Ketepikan. Goreng pula ikan bilis. Ketepikan. Goreng pula bawang besar dan cili padi. Satukan semua sekali dalam kuali dan sekatakan.
Belajar sini cara buat jeruk bawang merah yang mudah.
Follow fanpage saya : Netty Ah Hiyer Tulis
Tak pernah makan jeruk kulit nangka. nanti buatkan untuk kami, boleh lah rasa mandai ni.
Ohh wow…I love jeruk fruits & always love to make jeruk mangoes , didn’t know can do with nangka kulit, thanks for this recipe, will try this for sure. Cheers Siennylovesdrawing
Pertama kali dengar dan tahu pasal mandai Ni, menarik juga. Nak buat pun senang. Nnt bolehlah kak pip cuba . Tq share resepi.
First time juga tahu ni .. memang tak pernah tahu pasal jeruk ni… Bertambah lagi pengetahuan hari ni… Alhamdulillah…
Belum pernah makan mandai
Kerepek nangka jr dah makan .. t bolrh cari dan rasa mandai sendiri
best ni,dok sini tau makan ja sebab memang banyak orang bnjar disini..tq share resepi
Baru tau pasal jeruk mandai. Jarang gee dengar pasal ni