resepi spaghetti carbonara

Resepi Spaghetti Carbonara Simple Delicious Guna 1 Tin Cendawan Creamy

Mencuba resepi spaghetti carbonara yang sedap. Walaupun tanpa sos prego, spagetthi carbonara ini tetap berasa creamy. Resepi carbonara saya ini simple saja dengan gabungan sos cendawan dan cendawan shitake.

Ikutkan resepi original spaghetti carbonara ini adalah sejenis hidangan classic Italian pasta. Kuahnya mewah dengan sos berkrim yang diperbuat daripada telur kuning, keju Pecorino Romano dan keju parmesan (Parmigiano-Reggiano) dan lada hitam. Ada bermacam versi sebenarnya.

Memandangkan, harga keju agak mahal. Jadi, saya memilih untuk membuat resepi spaghetti carbonara ini dengan bahan bajet iaitu mana yang ada dalam rumah ini saja. Namun masih berasa sedap menepati citarasa orang Malaysia. Paling penting, anak-anak suka dengan creamy sos carbonara simple saya ini.

Resepi Spaghetti Carbonara

Durasi memasak : 20 minit

resepi spaghetti carbonara

Bahan-bahan Untuk Spaghetti

  • 1 pek spageti Angel Hair (apa-apa jenama pun boleh – anggaram 500gram untuk 4 ke 5 hidangan)
  • Air
  • Garam
  • Minyak zaitun (optional – saya guna minyak sawit saja)

Bahan-bahan Untuk Sos Creamy Carbonara

  • 1 tin mushroom soup campbell
  • 100 gram cendawan Shitake – dihiris nipis
  • 2 ketul cendawan Oyster King (cendawan tiram raja) – dihiris nipis
  • 1 pek cendawan Shimeji putih – dihiris sedang
  • Sedikit buttercup
  • 5 ulas bawang putih – dicincang
  • 11/2 sudu besar lada hitam (black pepper) – ditumbuk
  • 500 ml – susu segar full cream
  • Sedikit cooking cream
  • Sedikit kiub pati lembu (optional)
  • Sedikit mushroom seasoning Love Earth Organic

Cara Buat Spaghetti Carbonara

  1. Cara masak resepi spaghetti carbonara : Masukkan spaghetti dan air secukupnya (anggaran dalam 5 liter air) dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak mengikut citarasa. Biarkan selama 3 ke 5 minit atau sehingga spaghetti menjadi al dante (masak sempurna). Iaitu spageti lembut apabila digigit. Sebaiknya ikut arahan pada pek spaghetti yang anda beli itu. 
  2. Kemudian, boleh keluarkan spaghetti dari periuk dan toskan. Tak perlu basuh. Air rebusan tinggalkan sedikit untuk dicampurkan dalam sos carbonara nanti.
  3. Penyediaan bahan tumisan sos carbonara simple : Sementara spaghetti direbus anda boleh buat sosnya dahulu. Dalam pot atau pan, boleh masukkan sedikit minyak dan buttercup. Kemudian, masukkan bawang putih. Apabila dah naik bau boleh masukkan lada hitam, cendawan shitake, cendawan tiram raja dan cendawan shimeji. Tumis sampai naik bau.
  4. Masak sos carbonara : Apabila cendawan dah lembut bolehlah masukkan soup campbell dan air rebusan spaghetti dalam secawan. Gaul sampai sebati lalu masukkan susu segar, cooking cream. Perasakan dengan kiub pati lembu dan mushroom seasoning. Tak perlu tambah garam, sebab semua bahan ini dah ada rasa masin sebenarnya. Kacau semua bahan sampai sebati dan memekat. Tutup api.
  5. Cara hidang : Ambil sedikit spageti, masukkan dalam pinggan. Siramkan sos spaghetti carbonara tadi mengikut sukatan yang anda inginkan. Nak sedap, taburlah keju parmesan, black peper dan daun parsley segar.
resepi spaghetti carbonara

Tips Sediakan Resepi Spaghetti Carbonara Simple

  • Untuk mendapatkan resepi sos creamy carbonara yang sedap, sebaiknya gunakan bahan-bahan yang berkualiti dan segar. 
  • Jumlah cheese dan juga lada hitam hendaklah seimbang. Terlebih lada hitam boleh mengundang rasa pahit.
  • Anda juga boleh menambahkan bahan lain seperti sayuran, herba, kepingan beef salami, sosej mahupun udang galah mahupun udang segar.
  • Bagi menambah rasa pedas, boleh juga taburkan chili flakes atas hidangan resipi spaghetti carbonara. Barulah citarasa orang Malaysia kan.

Variasi Resepi Carbonara

  • Untuk resepi spaghetti carbonara ini olahan dengan menambahkan krim masakan dan susu untuk menambahkan rasa creamy. Memandangkan resepi spaghetti carbonara homemade ini tiada penggunaan parmesan cheese mahupun pecorino romano cheese.
  • Anda juga boleh menggunakan pasta jenis fettucine dan penne.
  • Ada juga spaghetti carbonara vegetarian yang menggunakan sayuran tanpa penggunaan daging segar.
resepi spaghetti carbonara
Betul ke nak tahu spaghetti dah masak ke belum kena lempar ke dinding. Atau sebenarnya baca arahan pada pek spaghetti itu sendiri.

Betul Ke Nak tahu Spaghetti Dah Masak Belum Kena Lempar Ke dinding

Saya pernah terbaca antara tip nak tahu spageti yang direbus itu dah masak sempurna atau dipanggil al dante adalah dengan melemparkan potongan kecil spaghetti ke dinding.

Kalau melekat, bermakna masaklah tu. 

Daripada forum carian yang saya baca, malah dikongsikan orang Itali sendiri. Cara itu, hanyalah mitos sahaja. Asalnya ianya hanyalah satu gurauan dapur semata. Daripada tips yang saya baca itu, cara untuk menentukan spaghetti al dante atau tidak, adalah ketika merebus ikutlah arahan yang sudah diberikan pada setiap paket spageti. 

Kerana setiap pek arahannya berbeza. Jika masih was-was, boleh rasa dahulu spaghetti. Kalau masih keras, rebuslah lagi sampai bila digigit anda rasa lembut dan tak rasa tepung mentah. Cuma, jangan sampai terlebih masak pula ya. Apa pun, ikutlah citarasa anda. Ada orang memang suka spaghetti yang terlebih lembut. 

Tapi kan, saya guna juga kaedah lempar spaghetti ke dinding. Potong sedikit dan lempar. Bila spageti tu melekat kat dinding, boleh dah tutup api. Hahaha.. mitos pun mitoslah.

Alhamdulillah, menjadi sedap resepi spaghetti carbonara versi simple mudah saya ini.

Read More

Leave a Reply

error: Content is protected !!